Penyelidikan awal mendapati bahawa analisis pernafasan dapat membantu mengurangkan keperluan ujian diagnostik terhadap pesakit yang mempunyai penyakit paru-paru benign ( penyakit paru-paru biasa yang lazimnya tidak menyebabkan kanser).
Tidak semua ketumbuhan di paru-paru bersifat kanser. Histoplasmosis, yang sering terjadi di lembah sungai Ohio dan Mississippi, merupakan jangkitan yang boleh berlaku dengan kehadiran tumor atau ketumbuhan. Walaupun menyerupai kanser, namun ia sebenarnya ialah gangguan radang dan tidak mengancam nyawa. Apa yang lebih merumitkan lagi, kanser sering kali dikelirukan dengan jangkitan paru-paru atau pneumonia. Ini adalah pertikaian yang berlaku antara Michael Bousamra II, M.D., seorang profesor bersekutu dengan pakar bedah toraks di James Graham Brown Cancer Center, University of Louisville.
Imbasan PET Membawa Kepada Lebih Banyak Ujian
Pesakit yang mempunyai penyakit paru-paru benign seringkali menunjukkan imbasan PET positif, kata Bousamra. “Dan setelah pesakit mempunyai imbasan PET positif, doktor bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa itu bukan kanser.”
Bousamra dan rakan-rakannya percaya bahawa mereka telah menemukan cara untuk mengurangkan beban fizikal dan kewangan ujian invasif pada pesakit yang tidak mempunyai penyakit yang mengancam nyawa. Teknik analisis pernafasan yang menggunakan mikrocip silikon bersalut khas bagi mengumpul sampel nafas yang dihembuskan telah menunjukkan kadar positif-palsu (false-positive) yang lebih rendah berbanding imbasan PET.
Menurut siaran media berikutan pembentangan hasil kajian Bousamara di Mesyuarat Tahunan American Association for Thoracic Surgery (ATTS) pada 29 April 2014, “Kajian sebelumnya telah menunjukkan empat bahan khusus, yang dikenali sebagai sebatian karbonil yang dijumpai dalam sampel pernafasan mengalami peningkatan penanda kanser (ECMs) yang membezakan pesakit kanser paru-paru daripada penyakit paru-paru benign. Sebatian karbonil yang terdapat dalam nafas ini dianggap sebagai tindak balas kimia yang berlaku pada tumor bersifat malignant.
Bagaimana Penemuan Ini Membantu Dalam Diagnosis?
Dengan mengetahui bahawa analisis pernafasan bukanlah ujian saringan, Bousamara mengatakan bahawa ia digunakan dengan imbasan CT atau CAT. “Jadi, kami mempunyai imbasan CAT yang menunjukkan satu spot di bahagian di paru-paru. Adakah ianya kanser atau bukan kanser?”.
Menurut Bousamara, dalam beberapa kes, dengan hanya melihat imbasan CT, doktor dapat mengetahui sama ada itu adalah kanser atau tidak.”Tidak ada jumlah ujian yang dapat menghilangkan kerisauan pesakit”, katanya menjelaskan bahawa ada sebilangan orang yang tidak mempunyai diagnosis yang betul, dan di situlah kumpulan Bousamra berpendapat bahawa analisis pernafasan dapat membantu. Katanya lagi, sebenarnya analisis pernafasan ini membantu melalui dua kaedah.
Sekiranya analisis pernafasan positif (iaitu tiga daripada empat atau keempat-empat petanda kanser adalah positif), maka kemungkinan besar ia adalah kanser. Dalam sebilangan pesakit itu, daripada melakukan biopsi berpandukan CT atau bronkoskopi, doktor boleh terus melakukan pembedahan dan mengeluarkan tumor itu, kata Bousamra, “kerana kebarangkalian pra-ujian itu untuk menunjukkan kanser adalah sangat tinggi”.
Kedua, kajian itu menunjukkan bahawa analisis pernafasan selalu positif pada tumor besar yang berukuran 3 cm atau lebih”. Namun, jika saiz tumor melebihi 3cm, dan keputusan analisis pernafasan negatif, anda mungkin boleh membiarkannya atau sekadar memerhati,” jelas Bousamra. Dia menyatakan bahawa imbasan PET selalu positif pada kes-kes tersebut dan pakar bedah toraks biasanya dapat mengetahui sama ada ia benign atau tidak. “Sekiranya keputusan analisis pernafasan negatif, maka doktor dinasihatkan untuk tidak melakukan biopsi sebagai ujian seterusnya”, kata Bousamra.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Analisis Pernafasan Lebih Tepat Berbanding PET
Dalam penemuan awal terhadap 147 pesakit, analisis pernafasan jauh lebih tepat (75%) peratus) berbanding PET (38.7%) dalam mengenal pasti mereka yang tidak mempunyai kanser.
Namun, pada masa ini, analisis pernafasan hanyalah sebagai alat siasatan.”Kami tidak membuat keputusan klinikal berdasarkan analisis pernafasan,” Bousamra mengingatkan. “Kami mengumpul data dan pesakit tertarik untuk mengetahui keputusan analisis pernafasan mereka. Kami akan memberitahu mereka, tetapi kami juga memastikan mereka tahu bahawa banyak lagi penyelidikan perlu dilakukan”.
Akhbar yang dibentangkan oleh Bousamra mengenai penemuan awal tersebut semasa perjumpaan AATS akan diterbitkan pada akhir tahun ini dalam AATS’s Journal of Thoracic and Cardiovascular Surgery.
Langkah seterusnya adalah untuk para penyelidik mengumpulkan dua hingga tiga kali lebih banyak pesakit untuk mengesahkan hasil asalnya. Mereka juga perlu mencari penyakit lain yang mungkin menghasilkan petanda yang sama seperti kanser. Mereka sudah mula melakukannya semasa ujian awal, kata Bousamra. “Kami telah melihat pesakit yang mempunyai cystic fibrosis dan fibrosis paru-paru. Mereka tidak menghasilkan petanda kanser karbonil yang sama. Tetapi, kami perlu melakukannya dengan lebih luas agar kita tidak tertipu”.
Klinik ini mendaftarkan sekitar 10 pesakit seminggu, jadi Bousamra menjangkakan mereka akan dapat membina pangkalan data mereka pada tahun berikutnya. Kemudian, jika penemuan mereka bertahan, mereka akan memulakan proses tinjauan FDA.
Diterjemah dari: Will a Simple Breath Test Soon Be Enough to Diagnose Lung Cancer? – Healthline