Skip to content

Rasa Tercekik: Punca, Simptom dan Rawatan

Pernahkah tatkala anda sedang menjamu selera, tiba-tiba tekak anda berasa ketat bagaikan anda tidak mampu untuk menelan makanan anda? Artikel pada kali ini akan membincangkan tentang rasa tercekik , punca, simptom dan cara rawatannya.

Pengenalan

Rasa tercekik merupakan suatu kondisi yang terjadi apabila saluran pernafasan anda tersekat disebabkan oleh sesuatu objek ataupun disebabkan oleh keadaan kesihatan lain. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jika tidak dirawat dengan segera, oksigen tidak akan dapat mengalir ke paru-paru dan otak, yang seterusnya boleh membawa kepada kematian.

Simptom Rasa Tercekik

Bergantung kepada punca yang menyebabkan anda rasa tercekik, anda mungkin mengalami simptom-simptom seperti:

  • Tekak rasa sakit atau panas
  • Tekak bengkak
  • Susah untuk telan
  • Rasa benjolan di tekak
  • Kerap menelan


Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Rasa Tercekik

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan rasa tercekik. Antaranya ialah:

1. Pedih ulu hati atau GERD

Jika anda merasa tercekik selepas menjamu selera atau baring selepas makan, anda berkemungkinan mempunyai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). GERD berlaku apabila kandungan asid perut mengalir semula ke dalam saluran pernafasan. Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 5 orang dewasa sering mengalami GERD. Anda mungkin mengalami simptom seperti:

2. Jangkitan kuman



Jangkitan sepeti radang tonsil (tonsillitis) boleh mengakibatkan rasa sesak atau sakit di bahagian tekak. Gejala lain yang boleh dialami ialah:

3. Alahan

Alahan berlaku apabila sistem imun tersalah mengenal pasti sesuatu yang tidak bahaya seperti kacang tanah atau debunga sebagai bendasing yang merbahaya kepada badan. Apabila ini terjadi, sistem imun akan bertindak dengan merembeskan bahan kimia dalam badan yang menyebabkan gejala seperti hidung tersumbat dan mata berair.

Alahan yang paling teruk disebut sebagai anafilaksis. Ia boleh terjadi sebagai tindak balas kepada:

  • Makanan yang diambil
  • Ubat-ubatan
  • Gigitan serangga atau sengatan

Gejala tindak balas ini biasanya berlaku dalam beberapa minit hingga beberapa jam selepas terdedah kepada pencetusnya. Bahan kimia yang dikeluarkan semasa tindak balas anafilaksis akan menyebabkan radang tekak yang boleh membuatkan tekak dan saluran pernafasan menjadi bengkak dan sempit. Gejala anafilaksis yang lain termasuklah:

  • Lelah atau bunyi bersiul ketika bernafas
  • Batuk
  • Suara serak
  • Sesak atau sakit dada
  • Bengkak di bahagian mulut, bibir dan lidah
  • Mulut dan tekak rasa gatal
  • Pening atau pengsan
  • Kulit gatal atau ruam
  • Loya dan muntah
  • Cirit-birit
  • Nadi menjadi laju

Anafilaksis ialah suatu keadaan kecemasan. Minta bantuan dengan segera jika anda mengalami gejala seperti di atas.

4. Kegelisahan

Walaupun kegelisahan merupakan tindak balas emosi, namun ia boleh menyebabkan gejala secara fizikal. Semasa serangan panik, anda mungkin berasa seolah-olah tekak anda tertutup dan jantung berdegup laju. Gejala ini juga boleh menyerupai gejala serangan jantung. Contoh gejala lain ialah:



  • Berpeluh
  • Menggeletar
  • Sesak nafas
  • Kejang atau loya
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Rasa sejuk
  • Kebas
  • Rasa muram

5. Kelenjar tiroid yang membesar (goiter)

Kelenjar tiroid yang menyerupai bentuk rama-rama di bahagian leher berfungsi untuk menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme badan. Sekiranya ia membesar disebabkan oleh jangkitan atau masalah kesihatan seperti hipertiroid dan goiter, ia akan menekan bahagian saluran pernafasan sehingga menyebaban anda berasa susah untuk menelan atau bernafas. Gejala lain yang boleh dialami termasuklah:

  • Tekak menjadi bengkak
  • Perubahan suara atau suara serak
  • Batuk

Ujian Pemeriksaan

Ujian yang dilakukan oleh doktor bergantung kepada punca yang menyebabkan anda rasa tercekik.

1. Ujian untuk GERD

Kadang kala, doktor mendiagnos GERD berdasarkan gejala klinikal. Ujian lain yang boleh dilakukan termasuklah:

Barium swallow

Ujian ini merupakan ujian khas radiologi untuk mengkaji sebarang abnormaliti pada bahagian esofagus dan perut. Anda akan diberi minum sejenis media kontras (Barium Sulphate) untuk memudahkan doktor melihat kondisi esofagus dan perut dengan lebih jelas.

Endoskopi



Dalam ujian ini, satu tiub nipis yang mempunyai kamera akan dimasukkan ke dalam perut melalui mulut untuk melihat bahagian dalam esofagus serta perut anda.

2. Ujian untuk jangkitan kuman

Ujian swab akan dilakukan iaitu dengan mengambil sampel cecair dari bahagian belakang tekak anda untuk melihat jenis mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan.

3. Ujian untuk alahan

Sampel darah akan diambil untuk mengukur tahap enzim (tryptase) yang kebiasaannya meningkat sehingga 3 jam selepas anafilaksis. Selain itu, doktor juga mungkin melakukan ujian kulit untuk mengenal pasti pencetus anafilaksis anda.

4. Ujian untuk kegelisahan

Selain pemeriksaan fizikal, anda mungkin perlu melakukan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk melihat kondisi jantung atau masalah lain yang mempunyai gejala sama seperti kegelisahan.

5.Ujian tiroid



Doktor akan memeriksa kelenjar tiroid anda serta melakukan ujian darah untuk mengukur tahap hormon tiroid. Ujian lain untuk mendiagnos masalah berkaitan tiroid termasuklah ultrasound dan thyroid scan.

Rawatan Rasa Tercekik

Rawatan bergantung kepada punca yang menyebabkan anda rasa tercekik:

1. GERD atau pedih ulu hati

Antara ubat-ubatan yang dapat membantu melegakan gejala GERD:

  • Antasid seperti Gaviscon, Alucid dan Maalox
  • Histamine-2 blockers seperti cimetidine untuk mengurangkan penghasilan jumlah asid dalam perut.
  • Proton pump inhibitors seperti esomeprazole (Nexium), lansoprazole (Prevacid), and omeprazole yang membantu menyekat pengeluaran asid perut.

Perubahan gaya hidup sihat juga memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan GERD. Anda boleh cuba tips ini:

  • Makan dalam kuantiti kecil terutamanya sebelum tidur
  • Menurunkan berat badan yang berlebihan
  • Berhenti merokok
  • Elakkan minum alkohol
  • Meninggikan posisi kepala semasa tidur

Jika anda mempunyai gejala GERD melebihi 2 kali seminggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang terbaik.

2. Jangkitan kuman

Antibiotik membantu sekiranya jangkitan disebabkan oleh bakteria. Anda dinasihatkan untuk berehat dan jaga diri bagi membekalkan tenaga kepada badan untuk melawan jangkitan itu. Amalkan kebersihan seperti kerap membasuh tangan dan elakkan diri daripada mendekati orang yang tidak sihat.



3. Alahan

Mereka yang mengalami masalah alahan, perlulah terus berjumpa dengan doktor. Mereka akan diberikan rawatan seperti suntikan steroid ataupun anti-histamine untuk mengurangkan simptom alahan. Jika pesakit mengalami alahan yang teruk seperti sesak nafas atau tekanan darah rendah, maka pesakit perlu disuntik dengan ubat epinefrin.

Masalah alahan yang teruk dipanggil sebagai Anafilaksis. Jika seseorang itu kerap mengalami alahan yang teruk, maka dia perlu dirawat dengan suntikan epinefrin. Bawa penyuntik automatik (Adrenaclick, EpiPen) jika anda mempunyai alahan teruk terhadap makanan, sengatan serangga, atau ubat. Untuk mendapatkan EpiPen, anda memerlukan preskripsi daripada doktor.

Selain itu, untuk alahan selain anafilaksis, imunoterapi dapat membantu mensensasikan (desensitized) terhadap allergen serta mencegah alahan pada masa akan datang.

4. Kegelisahan

Untuk mengelakkan serangan panik, doktor mungkin akan memberi anda rawatan berdasarkan ubat-ubatan dan terapi. Teknik relaksasi yang lain seperti yoga dan meditasi juga kadang-kadang dapat membantu mengurangkan rasa gelisah.

5. Kelenjar tiroid yang membesar

Jika saiz kelenjar tiroid anda kecil dan tidak memberi sebarang masalah serta berfungsi secara normal, anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun, jika ianya menganggu aktiviti harian, doktor mungkin mengesyorkan rawatan menggunakan iodin radioaktif atau pembedahan, bergantung kepada keadaan kelenjar tiroid anda.



Kesimpulan

Walau bagaimanapun, jika terdapat rasa sakit sehingga menganggu aktiviti harian anda atau simptom serius yang disertai oleh rasa sakit, kehilangan berat badan, kesukaran bernafas atau menelan, anda dinasihatkan untuk jumpa doktor bgagi mendapatkan rawatan segera.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit Pinggang Sebelah KananSakit Perut Berpanjangan
Sakit Kepala BerdenyutBatuk Berpanjangan
Sakit DadaSakit Bahu
Kuat BerpeluhKetiak Berbau
Muntah Hijau dan KuningSakit Kepala Berpanjangan
Selesema BerpanjanganRasa Tercekik
TercekikBernafas Laju
Buku Lali Bengkak

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Watson, S. (2020, July 24). Tightness in Throat: Causes, Treatment, and More. Retrieved September 19, 2020, from Healthline
  2. Why Does My Throat Feel Tight? 4 Causes of Tightness in Throat. (2020, July 28). Retrieved September 19, 2020, from WebMD
  3. Anaphylaxis. (2019, September 14). Retrieved September 19, 2020, from Mayoclinic
  4. Saad, L. (2020, July 21). Asid Refluks (GERD): Punca, Simptom dan Rawatan. Retrieved September 19, 2020, from The Diagnosa
  5. Gaviscon (alginic acid). (n.d.). Retrieved September 19, 2020, from NHS UK
Advertisements

2 thoughts on “Rasa Tercekik: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. EFFARIZA BINTI ismail

    Tekak kerap susah nk telan makanan lately nih.. Makanan masuk x turun kt perut.. Rasa masih Di dada… Apa punca ye… Kolesterol saya tinggi… Lain2 masalah xde… Umur 49 thn

    1. Perlu periksa bahagian leher terutamanya kalenjar tiroid. Ini kerana kalenjar tiroid yang besar boleh menyebabkan rasa tercekik bila menelan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 10 =