Akupuntur adalah salah satu rawatan tradisional dimana jarum digunakan untuk ditusuk pada satu titik yang spesifik di bahagian badan. Ia digunakan untuk pelbagai jenis penyakit sebelum ini.
Tetapi yang benar-benar terbukti adalah ia dapat mengurangkan rasa sakit dan juga untuk rawatan pesakit angin ahmar. Malah ia juga digunakan di dalam pembedahan untuk memberi bius setempat ketika pembedahan dilakukan
Secara saintifiknya bagaimana ia boleh membantu pesakit masih lagi tidak diketahui. Ada yang mengatakan ia membantu dalam menyeimbangkan tenaga di dalam badan. Yang lain punya mengatakan ia memberi kesan kepada bahagian saraf badan.
Bagaimana ia berfungsi?
Dalam kaedah rawatan ini, penyakit dipercayai wujud disebabkan berlakunya ketidakseimbangan ‘Yin’ dan ‘Yang’. Pergerakan antara kedua elemen ini akan menghasilkan satu tenaga kehidupan dipanggil sebagai Qi
Qi pula dikatakan mengalir melalui meridian ataupun laluan di dalam badan manusia. Laluan tenaga ini boleh di akses melalui 350 titik akupuntur pada badan. Seseorang yang mengalami sesuatu penyakit dipercayai ia disebabkan laluan meridian yang tersumbat. Maka, untuk menyembuhkannya adalah dengan membuka semula laluan tersebut dengan menggunakan tusukan jarum
Memasukkan jarum pada titik ini dengan kombinasi yang betul dapat membantu untuk menyeimbangkan semula tenaga di dalam badan.
Tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan laluan qi ataupun titik akupuntur ini wujud. Akan tetapi kesan daripada rawatan tersebut sahaja dapat dilihat.
Sesetengah pakar saraf menyatakan bahawa titik akupuntur tersebut terletak dibahagian saraf,otot dan juga tisu badan yang boleh dirangsang. Rangsangan tersebut akan meningkatkan pengaliran darah dibahagian tersebut dan dalam masa yang sama badan menghasilkan kompaun semulajadi yang berfungsi sebagai ubat tahan sakit
Kegunaan rawatan akupuntur
World Health Organization (WHO) telah pun melihat kajian-kajian yang telah dibuat di serata dunia berkenaan rawatan ini. Mereka telah mengeluarkan satu kertas berkenaan perkara ini iaitu ACUPUNCTURE : REVIEW AND ANALYSIS OF REPORTS ON CONTROLLED CLINICAL TRIALS.
Secara kesimpulannya ini adalah beberapa jenis pesakit yang boleh menerima faedah dari rawatan ini. Ia adalah:
- Migrain
- Senggugut
- Resdung
- Rheumatoid arthritis
- Sakit gigi
- Angin ahmar
- Pesakit yang mengalami kesan sampingna kemoterapi seperti rasa loya dan muntah
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Kelebihan akupuntur
Rawatan ini memberi manfaat kepada pesakit iaitu:
- Selamat, jika dilakukan dengan betul
- Kurang kesan sampingan
- Ia boleh menjadi lebih berkesan jika rawatan itu digabungkan dengan rawatan konvensional
- Ia dapat mengurangkan rasa sakit
- Ia boleh membantu peskait yang tidak sesuai dengan pengambilan ubat
Walaupun demikian, pesakit perlulah meminta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan ini.
Risiko Rawatan Akupuntur
Setiap rawatan konvensional mahupun tradisional terdapat risikonya. Beberapa risiko yang boleh berlaku adalah:
- Pendarahan pada pesakit yang mengalami masalah pembekuan darah
- Bengkak pada kawasan tusukan
- Jika jarum yang digunakan kotor, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman
Dimana untuk mendapatkan rawatan ini?
Sehingga Jun 2014, terdapat 15 unit Perubatan Tradisonal dan Komplementari yang di tempatkan di hospital- hospital kerajaan terpilih di seluruh Negara. Ia adalah:
- Hospital Sultanah Bahiyah. Alor Setar, Kedah
- Hospital Kepala Batas, Penang
- Hospital Sultanah Nur Zahira, Kuala Terengganu
- Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah rata, Cameroon Highland, Pahang
- Hospital Putrajaya
- Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
- Hospital Umum Serawak
- Duchess of Kent Hospital, Sandakan, Sabah
- Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan
Pesakit diminta untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan ini. Selalunya doktor akan memberi surat rujukan untuk melakukan rawatan tersebut.
Rujukan:
- Acupuncture: In depth. (2017, February 21).
- Chmielnicki, B. (2003). Evidence-based acupuncture WHO official position.
- ACUPUNCTURE : REVIEW AND ANALYSIS OF REPORTS ON CONTROLLED CLINICAL TRIALS.
- How acupuncture can relieve pain and improve sleep, digestion, and emotional wellbeing. (n.d.).