Skip to content

Asid Refluks (GERD): Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah penyakit GERD, punca-puncanya dan rawatan?

Artikel ini akan membincangkan berkenaan penyakit GERD secara lengkap dari segi punca-puncanya hinggalah cara rawatan pesakit.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca GERD
  3. Simptom GERD
  4. GERD pada kanak-kanak
  5. Komplikasi
  6. Diagnosa-diagnosa lain
  7. Rawatan GERD

Pengenalan

Penyakit GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) juga dikenali sebagai Asid refluks adalah keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.



Sebagaimana yang kita tahu saluran makanan bermula di mulut, kemudian masuk ke dalam saluran esofagus seterusnya masuk ke dalam perut. Di dalam perut, Jus gastrik akan dirembeskan untuk mencerna makanan di dalam perut. Jus gastrik mengandungi asid hidroklorik yang berfungsi untuk membunuh kuman di dalam perut.

Di dalam penyakit asid refluks ini, asid yang terhasil mengalami refluks iaitu asid tersebut naik semula ke dalam saluran esofagus. Ini menyebabkan beberapa simptom seperti pedih ulu hati dan juga sakit dada.

Asid refluks yang teruk akan menyebabkan asid naik hingga ke bahagian tekak dan menyebabkan rasa masam terutamanya ketika bangun daripada tidur. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi seperti masalah untuk menelan makanan dan juga serangan asma.

Punca GERD

Penyakit ini GERD ini adalah berpunca daripada Otot sfinkter di bahagian bawah esofagus mengalami masalah untuk kecut sepenuhnya.

Perlu diketahui apabila makanan sampai dibahagian perut, otot sfinkter bahagian bawah akan mengecut untuk mengelakkan makanan di dalam perut masuk ke dalam esofagus semula.



Oleh itu, apabila otot ini mempunyai masalah, ia akan menyebabkan makanan di bahagian dalam perut boleh naik ke atas semula dan menyebabkan keradangan di bahagian esofagus. Asid di dalam perut tersebut akan menyebabkan keradangan dibahagian esofagus. Perkara ini akan menyebabkan simptom-simptom seperti sakit dada dan sesak nafas.


Dalam penyakit GERD, kandungan di dalam perut akan naik semula ke bahagian esofagus.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ia adalah:

  • Berat badan yang berlebihan
  • Emosi dalam keadaan stress.
  • Hiatal Hernia (sebahagian daripada perut memasuki bahagian atas diafragma)
  • Makanan dalam kuantiti yang banyak
  • Pengambilan beberapa jenis makanan seperti makanan yang pedas, minuman berkarbonat, coklat dan kopi.

Jika pesakit mendapati simptom GERD nya semakin teruk apabila mengambil sesuatu jenis makanan, maka pesakit diminta untuk mengelakkan daripada mengambil makanan tersebut.

punca gerd

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom GERD (Asid Refluks)

Majoriti daripada mereka yang mengalami masalah ini boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Tetapai jika masalah ini berlaku dalam jangka masa yang lama, ia akan dipanggil sebagai Gastroesophageal Disease(GERD).

Beberapa simptom yang akan berlaku jika mereka mengalami GERD adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

GERD pada Kanak-kanak

Masalah ini juga boleh dihadapi oleh kanak-kanak dan juga bayi. Menurut kajian daripada National Digestive Disease Infromation Clearinghouse(NDDIC), majoriti daripada kanak-kanak yang kurang daripada 3 bulan ke bahawa akan mengalami masalah asid refluks ini.

Beberapa tanda-tanda yang menunjukan pesakit mengalami masalah GERD adalah:



  • Menangis secara berterusan
  • Bayi kelihatan tidak selesa dan asyik merengek
  • Kurang menyusu
  • Asyik batuk
  • Badan bayi melengkung kebelakangan selepas selesai menyusu.

Muntah ataupun muak(muntah yang sedikit) mungkin adalah suatu yang normal bagi bayi tersebut. Tetapi perlu diperhatikan tanda-tanda lain yang menunjukkan keadaan pesakit semakin teruk ataupun tidak.

Tanda yang berbahaya bagi bayi yang mengalami asid refluks adalah:

  • Berat bayi tidak bertambah ataupun berkurangan
  • Tidak mahu menyusu
  • Bernafas dengan laju
  • Muntah dengan kuantiti banyak
  • Muntah berwarna hitam atau coklat.

Komplikasi

Komplikasi ini tidak akan berlaku jika masalah ini berlaku dalam jangka waktu yang sekejap. Jika masalah GERD ini berlaku dalam masa yang lama, maka terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku iaitu:

  • Barret Esophagus: Disebabkan keradangan kronik berlaku disitu, ia akan menyebabkan sel dikawasan tersebut berubah kepada sifat yang lain dan ia merupakan salah satu sel pra-kanser. Jika dibiarkan sel tersebut boleh berubah kepada kanser esofagus.
  • Saluran Esofagus mengecut dan tidak elastik (stricture): Asid yang naik ke dalam kawasan esofagus akan mencederakan sel di kawasan esofagus. Ini akan menyebabkan kawasan tersebut menghasilkan parut yang tidak elastik. Pesakit akan mengalami masalah untuk menelan kerana makanan akan tersekat dibahagian bawah esofagus
  • Keradangan esofagus: Asid yang merosakkan lapisan esofagus ini juga akan menyebabkan kawasan tersebut menjadi keradangan. Perkara ini akan menyebabkan pesakit mengadu sakit pada ulu hati dan juga sakit dada.

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa penyakit yang boleh menunjukkan simptom yang sama seperti masalah GERD ini. Penyakit tersebut adalah:

Penyakit GastrikJangkitan Bakteria H. pylori
Keradangan EsofagusHiatal Hernia
Batu HempeduSakit Jantung
Kanser EsofagusKanser Perut

Ujian pengesahan


Ujian yang selalu dibuat untuk pesakit yang mengalami masalah ini adalah Oesophagogastroduodenoscopy(OGDS). di dalam prosedur ini, ia melibatkan kamera yang dimasukkan ke dalam saluran pencernaan daripada bahagian mulut kebahagian esofagus.Esofagus yang kelihatan kemerah-merahan menunjukkan kawasan tersebut sedang mengalami keradangan. Ia menunjukkan kawasan tersebut pernah mengalami GERD dan asid telah mencederakan lapisan esofagus di bahagian tersebut.

Kamera tersebut juga akan dimasukkan terus ke dalam perut untuk melihat keadaan perut dan mengambil sedikit sampel. Ia digunakan untuk mengesahkan kehadiran bakteria Helicobacter pylori yang boleh menyebabkan penyakit gastrik.

Rawatan gerd


Untuk merawat pesakit yang mengalami masalah ini, pesakit perlulah menjalani beberapa jenis rawatan seperti1. Perubahan Gaya hidup

  • Menurunkan berat badan hingga mencapai BMI yang ideal
  • Elakkan atau kurangkan pengambilan kopi, jus limau, alkohol dan makanan yang pedas
  • Kerap mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk melapik perut
  • Selepas makan, perlu tunggu selama 3 jam sebelum baring
  • Kepala dinaikkan sedikit ketika tidur

2. Penggunaan ubat



  • Antacids: Ubat ini bersifat alkali dan berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Contoh ubat adalah Aluminium hydroxide dan magnesium trisilicate.
  • H- receptor antagonist: Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan rembesan jus gastrik ke dalam perut. Seterusnya ia akan mengurangkan penghasilan asid dalam perut yang mungkin akan menyebabkan keradangan dibahagian esofagus berlaku. Contoh ubat adalah ranitidine dan cimetidine.
  • Proton-pump inhibitor: Ubat ini pula berfungsi untuk menyekat penghasilan asid hidroklorik di dalam perut. Contoh ubat adalah omeprazol, esomeprazole dan pantoprazole.

3. Pembedahan

Ada beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Tetapi ia hanya dilakukan jika ubat atau perubahan gaya hidup tidak mampu mengurangkan simptom GERD ini. Ia juga dilakukan jika simptomnya terlalu teruk.

Pembedahan yang selalu dilakukan dinamakan sebagai ‘Fundiplication’ dimana perut bahagian atas yang dikenali sebagai fundus akan dijahit mengelilingi bahagian bawah esofagus. Pembedahan ini dilakukan untuk menguatkan lagi otot sfinkter dibahagian bawah esofagus tersebut.

Cadangan untuk Ubat ini

GavisconGaviscon double action

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan GERD sahaja. Tapi ia juga menyebabkan kanser

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Katz PO. Medical therapy for gastroesophageal reflux disease in 2007. Rev Gastroenterol Disord. 2007 Fall. 7(4):193-203
  2. Gallup Organization. Heartburn Across America: A Gallup Organization National Survey. Princeton, NJ: Gallup Organization; 1988.
  3. DeVault KR, Castell DO. Updated guidelines for the diagnosis and treatment of gastroesophageal reflux disease. Am J Gastroenterol. 2005 Jan. 100(1):190-200.
  4. Sveen S. Symptom check: is it GERD?. J Contin Educ Nurs. 2009 Mar. 40(3):103-4.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 12 =