Skip to content

Banyak duduk terbukti meningkatkan risiko mati pada awal usia

Bersenam walaupun sedikit ataupun secara ringan sebenarnya boleh memanjangkan usia anda.

Ini adalah dapatan kajian yang telah dilakukan selama 6 tahun. Dalam kajian tersebut juga menyatakan terlalu lama duduk dalam seharian juga boleh meningkatkan risiko untuk seseorang itu mati pada awal usia.

Dalam kajian tersebut, pengkaji menggunakan data daripada 8 kajian yang lain dimana ia melibatkan 36,000 orang dewasa berumur lebih daripada 40 tahun dimana mereka dipantau selama 6 tahun.



Ketika pantauan tersebut, sebanyak 6% daripada peserta meninggal dunia. Maklumat ini diambil dan dianalisis. Pengkaji mendapati apa-apa aktiviti fizikal tidak kisah yang ringan ataupun yang berat boleh mengurangkan risiko untuk mati diawal usia.

Risiko mati turun mendapat apabila seseorang itu melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat berbanding orang lain.

Perbezaan besar didapati dalam risiko kematian awal usia iaitu 5 kali ganda bagi mereka yang tidak aktif berbanding mereka yang paling aktif.

Kajian terbaru itu juga mendapati mereka yang meluangkan masa untuk duduk dalam 9.5jam atau lebih sehari mempunyai risiko untuk mati pada awal usia.

Kajian ini telah di terbitkan di British Medical Journal



Kajian ini telah memberitahu kita bahawa setiap jenis aktivit fizikal yang dilakukan boleh mengurangkan risiko seseorang itu menghadapi penyakit dan mati di awal usia.

Contoh aktiviti fizikal yang ringan:

  • Berjalan biasa
  • Membuat kerja ruma seperti memasak dan membasuh pinggang mangkuk

Contoh aktiviti fizikal yang sederhana:

  • Berjalan laju
  • Vakum rumah
  • Potong rumput

Aktiviti fizikal yang berat adalah seperti:

  • Berjoging
  • Main badminton
  • Mengangkat benda yang berat

Kesimpulannya, mula bangun daripada kerusi anda dan lakukanlah aktiviti fizikal walaupun ia ringan.

Rujukan:

  1. Dose-response associations between accelerometry measured physical activity and sedentary time and all-cause mortality: systematic review and harmonised meta-analysis, BMJ (2019). DOI: 10.1136/bmj.l4570
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 3 =