Skip to content

Seorang remaja buta disebabkan makan ‘french fries’ bertahun lamanya.

Seorang remaja berumur 17 tahun buta setelah kehidupannya dipenuhi dengan makanan ringan seperti kentang goreng, pringles dan juga roti potong sahaja.

Kanak-kanak dari Bristol, England ini mula menghadapi masalah ketika umurnya 14 tahun. Pada ketika itu, dia mengalami masalah pendengaran dan ini menyebabkan ahli keluarganya membawa pesakit berjumpa dengan doktor.

Sejurus mendengar sejarah pesakit yang hanya mengambil kentang goreng dan roti putih sahaja, doktor terus boleh mengagak yang pesakit mengalami masalah kekurangan vitamin.



“Pesakit ini hanya mengamalkan diet kentang goreng daripada kedai ‘fish and chip’ berdekatan setiap hari.”Dr Denize Atan berkata. Dr Denize merupakan doktor mata yang merawat pesakit ini di Hospital Mata Bristol.

Dikatakan pesakit juga hanya mengambil sedikit roti putih dan juga sedikit daging sahaja dan perkara ini juga sebenarnya jarang dilakukan oleh pesakit. Tiada sayur-sayuran atau buah-buahan dalam diet remaja tersebut.

Remaja ini telah disahkan mengalami kekurangan Vitamin B 12 yang sebenarnya banyak ditemui dalam ikan, daging, susu dan juga telur. Vitamin ini adalah sangat diperlukan oleh fungsi saraf dan juga penting untuk pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini pula boleh menyebabkan masalah saraf terutamanya pada saraf mata.

Pada mulanya pesakit hanya mengalami masalah pendengaran dan doktor telah memberikan suplemen vitamin B12 kepada pesakit untuk masalah tersebut.

Tetapi pesakit tidak mendengar nasihat doktor dan ibubapa pesakit juga tidak membawa pesakit berjumpa doktor selepas daripada itu.



Selepas 3 tahun, remaja tersebut datang berjumpa dengan doktor semula dan kali ini ia disebabkan matanya tidak nampak.

Dr Denize mengatakan terdapat titik buta dibahagian pusat penglihatannya. Ini menyebabkan titik fokus penglihatan matanya tidak berfungsi. Dia boleh berjalan seperti biasa kerana pemandangan dibahagian tepinya masih berfungsi seperti biasa. Tetapi tidak boleh membawa kereta di masa hadapan.

Pesakit ini disahkan mengalami optic neuropathy(masalah saraf mata) yang menyebabkan pesakit tersebut dikira sebagai buta. Masalah ini boleh sembuh jika dirawat awal tetapi malangnya remaja tersebut telah terlambat.

Selain dari itu, pesakit ini juga disahkan mengalami masalah ‘Arfid'(Avoidant restrictive food intake disorder) dimana pesakit ini akan mengelakkan beberapa jenis makanan disebabkan rasa ataupun pengalaman tidak baik ketika mengambil makanan tersebut.

Oleh itu, jika anak anda mengalami masalah ini, sila bawa berjumpa dengan doktor agar tidak buta dimasa hadapan.

Kes ini telah diterbitkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × two =