Skip to content

10 Cara untuk Hilangkan Sakit Gigi

Apakah cara untuk hilangkan sakit gigi? Artikel ini akan membincangkan cara-cara untuk menghilangkan sakit gigi dengan berkesan.

” Gejala sakit gigi boleh dialami seseorang dalam berbagai bentuk. Mengenal pasti puncanya merupakan asas dalam rawatan gejala tersebut. ”

JADA – The Journal Of The American Dental Association

Punca Sakit Gigi



Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 punca utama terjadinya kesakitan gigi dan di antaranya adalah :

  • Gigi berlubang
  • Pulpitis ( Radang tisu pulpa )
    • Struktur gigi terbahagi kepada beberapa lapisan dan bahagian.
    • Bahagian tisu pulpa suatu ruang di bahagian tengah gigi yang mengandungi saluran darah, saraf dan tisu penghubung.
    • Apabila berlakunya keradangan pada bahagian tersebut ia degelar sebagai Pulpitis.
  • Periapical abscess
    • Bengkak bernanah yang terbentuk pada hujung akar gigi.
  • Kecederaan trauma
  • Pericoronitis
    • Keradangan gusi yang terjadi pada kawasan sekeliling gigi geraham bongsu.

Bentuk Kesakitan Mampu Menentukan Puncanya

Secara umumnya sesorang yang mengalami kesakitan gigi boleh merasai dua jenis kesakitan samada rasa tajam ibarat tusukan jarum atau renjatan elektrik atau rasa tidak selesa yang disertai dengan kesakitan berdenyut-denyut.

1. Rasa tajam

Jenis kesakitan ini boleh terjadi akibat :

  • Gigi berlubang
  • Gigi retak
  • Akar gigi yang terdedah

Kondisi- kondisi seperti yang dinyatakan boleh menyebabkan bahagian tisu lembut gigi yang mengandungi saluran darah dan saraf yang terdedah lalu terjadinya kesakitan yang tajam terutamanya apabila seseorang memakan makanan yang sejuk seperti minuman sejuk berais dan aiskrim.



2. Rasa tidak selesa dan berdenyut

Sakit gigi yang mempunyai sifat berdenyut dan tidak selesa pula berkemungkinan besar adalah disebabkan jangkitan gigi akibat dari kelekaan seseorang  dalam penjagaan gigi. Jika dibiarkan ia boleh menjadi lebih serius dengan terbentuknya bengkak nanah.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

10 Cara Hilangkan Kesakitan Gigi Yang Anda Boleh Amalkan

Terdapat beberapa cara untuk anda menghilangkan rasa sakit gigi di rumah. Namun jika ia tidak berjaya dalam tempoh dua atau tiga hari, anda dinasihatkan untuk mendapatkan temujanji dengan doktor pergigian bagi rawatan selanjutnya.

1. Kumuhan Air Garam

Antara kelebihan yang terdapat dalam air garam adalah ia mempunyai ciri antibakteria di mana ciri tersebut mampu mengurangkan tahap keradangan gigi serta mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kelebihan tambahannya ialah langkah berkumuh juga membantu dalam mengeluarkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.

2. Pengambilan Ubat Tahan Sakit

Ubat tahan sakit seperti Paracetamol atau lebih masyhur dalam masyarakat dengan nama “ Panadol ” adalah antara kategori ubat yang paling selamat untuk diambil untuk meredakan kesakitan di antara tahap ringan dan sederhana.

Anda disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum pengambilan ubat yang lebih kuat.



3. Penuaman Pek Ais

Meletakkan pek ais yang dibalut dengan tuala atau kain di kawasan bahagian muka atau dagu yang berdekatan dengan gigi secara berkala-kala dalam 15  – 30 minit sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesakitan.

Suhu sejuk menyebabkan saluran darah pada kawasan gigi serta yang berdekatan mengecut lalu mengurangkan keradangan seterusnya menghilangkan kesakitan.

4. Penggunaan Ubat gel

Selain itu anda juga boleh sapu ubat gel untuk redakan kesakitan seperti “ Bonjela Gel ” yang mengandungi dua elemen penting iaitu antibakteria serta antiradang dipercayai mampu untuk bertindak mengurangkan kesakitan yang dialami seseorang dengan berkesan.

5. Kumuhan Ubat Hidrogen Peroksida

Selanjutnya selain kumuhan air garam, berkumuh dengan ubat hydrogen peroksida yang boleh didapati di klinik atau farmasi pula bertindak mengelakkan jangkitan gusi yang tergolong dalam salah satu punca sakit gigi.

6. Uncang Teh Pudina



Selalunya uncang teh pudina adalah digunakan untuk membancuh minuman.  Percaya atau tidak , kali ini ia digunakan untuk mengurangkan kesakitan gigi.

Menyedut uncang teh tersebut mampu untuk mengurangkan kesakitan yang dialami buat sementera waktu kerana menurut kajian ia mempunyai komponen antibakteria dan komponen antioksida.

Kandungan mentholnya pula bole membantu dalam mengebaskan kawasan-kawasan gigi yang sensitif.

7. Bawang Putih

Ia selalu digunakan di dalam hampir setiap jenis masakan. Kini ia hadir sebagai penawar dalam melegakan kesakitan gigi. Anda boleh memilih samada untuk melumatkannya lalu lumurkannya pada bahagian yang terkesan atau mengunyahnya terus secara perlahan-lahan.

8. Elakkan Makanan Masam Berasid, Keras Atau Sejuk

Makanan seperti buah oren yang masam, keras seperti kacang, aiskrim dan sebagainya boleh memberikan kesan secara langsung pada gigi yang rosak lalu menambah lagi penderitaannya. Mengelakkannya sudah pasti satu langkah yang bijak.

9. Menaikkan Kepala Ketika Baring



Tidur atau baring dengan menggunakan bantal dipercayai sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan kerana ia membataskan takungan saliran darah pada bahagian yang sakit.

10. Minyak Bunga Cengkih

Penggunaan minyak ini pada bahagian gigi yang terkesan boleh menyebabkannya kebas lalu meminimakan rasa sakit yang dialami.

Tanda – Tanda Bahaya

Selain itu, anda juga perlu kenal pasti tanda-tanda bahaya yang boleh berlaku di mana ia bermaksud anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor gigi dengan kadar segera. Melengahkannya boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini terjadi.

Akhir kata , sila lakukan pemeriksaan pergigian dengan lebih awal kerana rawatan yang terbaik hanya dapat diberi setelah punca sebenarnya dikenal pasti.

Di antara contohnya ialah :

  • Sakit kepala
  • Demam panas
  • Bengkak dan sakit apabila disentuh pada bahagian bawah mulut
  • Masalah penglihatan seperti kabur atau double vision ( penampakan dua objek pada penglihatan seperti penglihatan juling ).

Rujukan:

  1. Home Remedies for Toothache – Healthline
  2. Toothache – WebMD
  3. Dealing with toothache – Journal of The American Dentist Association
  4. How to get Rid of Toothache – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − 2 =