Dua wanita telah disahkan dijangkiti HIV setelah menjalani rawatan ‘Vampire Facial’

Pernah lihat rawatan kulit ini? Ia digelar sebagai ‘Vampire Facial‘ dan rawatan ini sedang trending di kalangan masyarakat kita. Ia dipanggil sebagai ‘Vampire facial’ kerana rawatan ini akan menggunakan darah sendiri yang akan disuntik semula di kawasan kulit muka.

Suntikan tersebut akan menyebabkan pendarahan diseluruh kulit muka sama seperti dalam filem yang melibatkan vampire. Muka mereka akan dipenuhi darah ketika menghisap darah pemangsa.

Prosedur ini juga dikenali sebagai Platlet Rich Plasma(PRP) dimana darah pesakit akan diambil dan menjalani satu proses dimana sel darah merah akan diasingkan daripada kandungan darah yang lain dan tinggi dengan platlet dan juga plasma darah.

Gambar plasma


Bahagian darah yang mengandungi platlet dan plasma darah ini berwarna kuning dan bahan inilah yang akan digunakan oleh ahli kosmetik untuk disuntik semula kepada muka pesakit. Ia dikatakan mampu merawat muka pesakit yang mengalami masalah.

2 orang telah disahkan dijangkiti HIV setelah membuat rawatan ‘Vampire Facial’.

Kes ini berlaku di Mexico dimana 2 orang wanita telah membuat rawatan ‘Vampire facial’ di salah satu spa di New Mexico. Kedua-dua wanita positif HIV tesebut telah menerima suntikan untuk rawatan muka dan keputusan menunjukkan HIV yang menjangkiti kedua-dua wanita tersebut adalah HIV yang sama jenis.

Bahagian kesihatan New Mexico mengatakan bahawa jangkitan HIV ini mempunyai hubungan dengan rawatan yang dibuat di spa tersebut.

Ini berkemungkinan disebabkan alat yang digunakan untuk mengendalikan darah tersebut sudah tercemar dengan virus HIV. Oleh itu, setiap kali rawatan ini diberikan kepada wanita, wanita tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah HIV ini.

Dalam Vampire facial ini, darah pesakit sendiri digunakan untuk mendapatkan bahagian platlet dan plasma. Suntikan balik platlet dan plasma ke bahagian muka dikatakan dapat menyembuhkan kulit muka dengan lebih cepat dan membuatkan muka nampak lebih berseri.



Rawatan ini menjadi terkenal apabila salah seirang artis barat iaitu Kim Kardhisian telah post gambarnya di instagram ketika sedang membuat rawatan ini.




Akan tetapi keberkesanan rawatan ini masih lagi tidak dapat dibuktikan dengan sepenuhnya. Bahkan ia mempunyai risiko untuk mendapat penyakti seperti HIV dan Hepatitis yang disebarkan melalui darah yang tercemar.

Tidak dapat dipastikan lagi sama ada rawatan Vampire Facial di Malaysia ini benar-benar telah mencapai piawaian yang betul atau tidak. Jika tidak anda mungkin berisiko untuk dijangkiti penyakit yang anda tidak mahu hadapi seperti HIV dan juga hepatitis.

Rujukan:

  1. New Mexico Department of Health: “Free Testing for Persons Who Received Any Injections.”
  2. VampireFacial.com.
Advertisements

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =

Scroll to Top