Skip to content

Dalam Garam Anda, ada Plastik

Sudah menjadi kebiasaan kita untuk memasukkan garam ke dalam makanan bagi memberikan makanan yang kita masak rasa lebih sedap dan enak. Bahkan negara kita terkenal dengan ikan kering, sotong kering dan berbagai lagi makanan kering dimana makanan tersebut akan direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dijemur di tengah panas.

Tapi tahukah anda bahawa pengambilan garam akan meningkatkan kuantiti anda makan plastik?

Lebih daripada 90% daripada garam dapur yang dijual dipasaran mengandungi ‘Microplastic’.

Kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Environmental Science and Technology.

Microplastic adalah plastik kecil yang terhasil daripada penguraian plastik yang besar. Microplastic wujud sehingga mana kita tidak tahu kewujudannya di dalam air kerana ia tidak mempunyai rasa dan bau dalam kuantiti sedikit.



Microplastic ini juga wujud dalam bentuk ‘Microbeads’ dalam produk kesihatan, kecantikan dan juga produk pencuci. Pernah tak rasa macam biji-biji ketika mencuci muka menggunakan pencuci muka. Itulah microbeads. Apabila air yang mengandungi microbeads dibuang, ia akan masuk ke dalam sistem kumbahan, diproses semula dan sebagainya sehinggalah ia digunakan semula oleh manusia.

Untuk mengetahui bagaimana tahapan microplastic dalam garam yang digunakan dalam masakan harian, pengkaji di Korea Selatan telah berkerjasama dengan Persatuan Greenpeace Asia Tenggara. Kajian tersebut membandingkan kandungan microplastic di dalam air laut bersama dengan tahap pencemaran plastik dikawasan tersebut.

Daripada 39 jenama garam laut yang berasal daripada Eropah, Afrika, Asia dan Amerika, kesemuanya mengandungi plastik kecuali 3 jenama sahaja. Kandungan microplastic dalam garam tersebut adalah berbeza bergantung kepada Jenama. Pengkaji tersebut tidak menyenaraikan jenama yang terlibat. Akan tetapi mereka dapat melihat bahawa kandungan microplastic dalam garam yang tertinggi adalah berasal daripada kawasan Asia.

“Penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan microplastic melalui sumber laut adalah sangat tinggi terutamanya dikawasan yang terlibat (Asia)”

Takpe. Kita ambil garam bukit je lah

Kajian yang sama juga mendapati garam bukit juga mengandungi Microplastic. Cuma kandungannya kurang lagi daripada garam laut. Ini mengambar betapa teruknya bumi ini sudah tercemar sehingga mana garam dibahagian bukit juga mengandungi bahan yang sama

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Microplastic penyebab kanser dan penyakit?



Terdapat pelbagai kajian yang menyatakan plastik boleh menjadi salah satu punca kepada kanser kerana ia mengandungi kompaun BPA(Bisphenol A). Kompaun ini dikatakan boleh mengganggu hormon dalam badan dan mendedahkan seseorang itu kepada penyakit seperti kanser ovari dan sebagainya. Akan tetapi ia masih lagi di tahap yang makmal dan belum lagi boleh dipukul rata untuk semua populasi.

Tetapi cukuplah kita tahu bahawasanya microplastic mungkin akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kita dan masyarakat kena sedar bahawasanya bumi ini sudah tercemar dengan teruknya.

Jadi, kurangkanlah penggunaan plastik supaya alam ini tidak tercemar. Jangan lupa, berhenti merokok juga, sebab dalam putung rokok juga mengandungi plastik

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + 20 =