Skip to content

Gigi Goyang: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah gigi goyang? Artikel ini akan membincangkan masalah gigi goyang ini dengan lengkap dan rawatannya.

Pengenalan

Bagi kanak-kanak, gigi goyang adalah perkara yang biasa terjadi kepada mereka. Gigi primer atau lebih dikenali sebagai gigi susu pada usia tertentu akan bergoyang atau gugur untuk memberi ruang pada gigi kekal untuk tumbuh. Akar gigi susu akan mengalami penyusutan secara perlahan-lahan kerana proses pertumbuhan gigi kekal di bawahnya. Dalam jangka masa tertentu, gigi susu akan gugur, dan digantikan oleh gigi kekal.

Namun begitu, ketika menginjak usia dewasa, gigi goyang wajar diambil serius kerana seperti namanya, gigi kekal perlu kekal sepanjang hayat kita.

Punca Gigi Goyang



Terdapat beberapa punca kepada masalah gigi goyang. Punca-punca tersebut adalah:

1. Penyakit periodontal

Penyakit periodontal atau penyakit gusi boleh menjejaskan bukan sahaja gusi tetapi ligamen dan tulang yang mengelilingi dan menyokong gigi. Penyakit periodontal adalah salah satu sebab utama untuk gigi bergoyang. Keadaan ini bermula apabila plak bakteria yang wujud pada sekeliling garisan gusi mengeras menjadi karang akibat kurang memberus dan flos gigi.

Apabila karang membentuk dan lebih banyak plak gigi yang membentuk di atasnya mengandungi toksin bakteria, tisu gusi mengalami inflamasi, senang berdarah dan berenggang dari gigi. Gusi akan mendapat poket periodontal yang membentuk sekeliling gigi dan menyebabkan lebih banyak bakteria memasuki poket gusi. Akhirnya, tulang dan tisu penghubung yang memegang gigi anda akan menyusut dan menghilang.

2. Hormon mengandung



Kadar tinggi hormon progesterone dan estrogen ketika mengandung boleh mengakibatkan ligamen dan tulang di sekeliling gigi menjadi longgar, seterusnya menjadi gigi bergoyang. Namun begitu, ini adalah situasi sementara yang selalunya tidak menyebabkan gigi bergoyang melainkan terdapat komplikasi lain seperti penyakit periodontal.

3. Osteoporosis

Golongan lelaki dan wanita boleh dijejaskan akibat osteoporosis, iaitu keadaan di mana tulang di seluruh badan menjadi kurang padat atau rapuh dan senang terdedah kepada keretakan. Apabila kepadatan tulang di sekeliling gigi berkurang, gigi boleh bergoyang.

American Dental Association mengesyorkan anda memberitahu doktor gigi yang merawat anda mengenai ubat yang diambil untuk rawatan osteoporosis. Walaupun risikonya rendah, namun ubatan antiresorptif boleh mengganggu sesetengah rawatan pergigian. Contoh ubat adalah seperti bisphosphonates. Ubatan ini boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil osteonecrosis, seterusnya mengakibatkan gigi bergoyang.

4. Kecederaan dari trauma

Ligamen periodontal dan tisu penghubung yang memegang gigi anda di dalam soket boleh meregang apabila terdapat daya ekstrim yang terjadi pada gigi. Apabila ligamen periodontal menjadi regang, anda boleh mengalami gigi bergoyang. Ini terjadi jika anda selalu mengetap gigi pada waktu malam, mengetap rahang atau mempunyai gigi yang tidak rata. 

Trauma kepada mulut ketika jatuh, bersukan atau kemalangan boleh merosakkan ligamen dan tulang sekeliling gigi. Sila anggap kecederaan pada kawasan mulut adalah kes kecemasan gigi dan terus rujuk ke doktor gigi.

Periksa Simptom anda Di Sini



Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan tanda-tanda gigi goyang

Terdapat beberapa simptom dan tanda gigi goyang yang anda perlu tahu iaitu:

  • Gusi yang mengalami kesakitan dan keradangan
  • Gusi bengkak
  • Gusi berdarah
  • Nanah yang terbentuk di sekeliling gigi
  • Makanan yang tersekat di celah gigi atau di dalam gusi
  • Gusi yang menyusut
  • Ngilu pada gigi ketika minum minuman sejuk atau panas

Simptom ini adalah tanda-tanda adanya jangkitan aktif pada mulut yang menyebabkan penyakit gusi yang serius. Jika anda memahami tanda-tanda tersebut, ini boleh membantu doktor gigi anda membuat keputusan untuk rawatan sesuai bagi anda.

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan kemungkinan anda untuk menghadapi masalah ini seperti:

Komplikasi

Pesakit yang mempunyai gigi bergoyang selalunya mengalami ketidakselesaan dan kesukaran ketika mengunyah dan menggigit. Jika tidak dirawat, ia akan mengakibatkan kehilangan gigi kerana tiada sokongan tulang.

Cara mengelakkan gigi goyang

Anda boleh mengambil langkah ini untuk mengelakkan gigi bergoyang:

  • Memberus gigi 2 kali sehari
  • Flos gigi sekali sehari
  • Berhenti merokok
  • Membuat temujanji rawatan dengan doktor gigi
  • Memakai mouth guard yang sesuai ketika bersukan
  • Menjaga kadar kencing manis

Rawatan gigi goyang

Beberapa rawatan boleh disyorkan dan pilihan yang terbaik bergantung pada punca kegoyangan tersebut, contohnya:

  1. Scaling dan root planing: Cara pembersihan dalam gusi ini boleh membantu dan merawat penyakit gusi.
  2. Ubat kumur mulut: Ini boleh membantu gusi yang dijangkiti pulih dan melawan bakteria di dalam mulut.
  3. Pembedahan: Cara ini adalah untuk membuang tisu gusi yang mengalami keradangan dan tulang yang terjejas akibat penyakit gusi.
  4. Bone graft: Cantuman tulang boleh membina semula tulang yang hilang akibat penyakit gusi.
  5. Soft tissue graft: Juga dikenali sebagai cantuman gusi, ini boleh mengelakkan penyusutan gusi atau kehilangan gigi kerana penyakit gusi.
  6. Alat pergigian seperti bite splint: Boleh mengurangkan kerosakan akibat mengetap gigi dan boleh membantu mulut sembuh selepas pembedahan gigi.

Jika anda mengalami gigi bergoyang, sila berjumpa doktor gigi dengan segera. Ini dapat untuk mengelakkan dari penyakit menjadi lebih serius. Anda perlu mendapat rawatan awal supaya gigi anda kekal dan selamat.

Masalah Gigi dan Gusi yang lain:



Gigi BerlubangGigi Ngilu
Gigi KuningGigi Goyang
Gigi TercabutGigi Rapuh
Sakit GigiGigi Rongak
Karies GigiGigi Hitam
Plak GigiGigi Jarang
Gusi HitamGusi Bernanah
Gusi BengkakGusi Berdarah
Gigi BongsuGigi Berlapis
Gigi Jongang

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. The Many Causes of Loose Teeth. Colgate.
  2. How to treat a loose tooth in adults. Medical News Today. 8
  3. Loose Teeth. Kementerian Kesihatan Malaysia.
  4. 9 Risk Factors for Tooth Loss. WebMD.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × two =