Skip to content

Gula Getah Nikotin: Kegunaan, Dos & Kesan Sampingan

Tidak semua orang tahu tentang gula-gula getah nikotin (Nicotine Gum). Bentuknya sama sahaja seperti kebanyakan gula-gula getah. Namun ia mempunyai kegunaannya tersendiri, khususnya untuk para perokok. Artikel kali ini akan menyentuh beberapa maklumat penting mengenai gula ini.

Kegunaan Gula Getah Nikotin

Gula-gula getah nikotin adalah merupakan salah satu rawatan terapi yang digunakan untuk membantu perokok berhenti merokok.

Selalunya pesakit yang mengambil gula ini akan mengikuti program berhenti merokok yang membekalkan kaunseling dan nasihat atau teknik untuk berhenti merokok. Program ini penting supaya perokok mendapat kelompok yang menjadi sistem sokongan untuk perokok untuk berhenti merokok secara lebih efektif.

Cara Ubat ini Berfungsi



Gula-gula getah nikotin mengandungi dos nikotin yang rendah tanpa bahan-bahan kimia lain yang terdapat dalam sebatang rokok. Nikotin tersebut dapat menggantikan nikotin yang terdapat dalam rokok yang menjadi punca kepada masalah ketagihan merokok. Melalui langkah ini, perokok dapat melatih diri mereka untuk berhenti merokok, selain itu dapat mengelakkan perokok menghadapi nicotine withdrawal sepanjang proses terapi.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Dos Nicotine Gum

Anda boleh dapatkan gula-gula getah nikotin di mana-mana farmasi yang berdekatan. Anda boleh dapatkan gula-gula getah tersebut dengan dos 2mg atau 4mg, mengikut tahap ketagihan individu masing-masing.

Sama seperti gula-gula getah biasa, gula ini hanya digunakan melalui mengunyah di dalam mulut tanpa ditelan.

Cara Menggunakan Gula Getah Nikotin

  1. Kunyah gula ini sehingga rasa gula-gula getah tersebut menjadi kuat.
  2. Letakkan gula-gula getah tersebut di antara gusi dan pipi anda.
  3. Apabila rasanya semakin hilang (kebiasaannya selepas satu minit),  kunyah semula sehingga rasanya menjadi kuat kembali.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 selama 30 minit.
  5. Anda juga perlu mengikut arahan panduan yang terdapat di kotak ubat tersebut serta merujuk kepada doktor untuk sebarang nasihat.

Berikut pula ialah cadangan bilangan biji yang diambil oleh perokok mengikut minggu:

Minggu 1-6 : Sebiji setiap 1-2 jam.



Minggu 7-9 : Sebiji setiap 2-4 jam.

Minggu 10-12 : Sebiji setiap 4-8 jam.

Ataupun gunakan bila perlu. Contohnya jika seseorang itu akan merokok selepas makan, maka dia perlu menggambil gula getah tersebut selepas daripada makan

Cara Penyimpanan Gula Getah Nikotin

  • Simpan ubat ini dalam bekasnya dengan ketat.
  • Letakkan ubat tersebut di tempat yang selamat daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Simpan gula-gula getah di tempat pada suhu bilik.
  • Elakkan daripada cahaya, haba yang berlebihan serta persekitaran yang lembap.
  • Lupuskan gula-gula getah nikotin yang telah digunakan dengan baik dan cermat.
  • Pulangkan gula-gula getah yang sudah lama kepada pihak farmasi.

Kesan Sampingan

Berikut adalah antara kesan sampingan gula-gula getah nikotin. Jika anda mengalami sebarang gejala tersebut, segara berhenti mengambil gula-gula getah tersebut dan terus rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

  • Sakit Tekak. Perkara ini kerap terjadi jika seseorang itu mengunyah gula getah ini terlalu laju. Cara untuk mengatasinya kunyah secara perlahan dan kerap mengambil air kosong
  • Masalah mulut, gigi, atau rahang.
  • Pening kepala.
  • Rasa mual.
  • Muntah-muntah.
  • Cirit-birit.
  • Rasa lemah badan.
  • Insomnia.
  • Hilang selera makan.
  • Selalu tersedu.
  • Jantung berdegup dengan laju.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Ulcer mulut.
  • Ruam.

Peringatan

  • Pastikan anda tiada alahan kepada gula-gula getah nikotin.
  • Maklumkan kepada doktor jika anda mengambil sebarang ubat seperti insulin, ubat untuk depresi, atau ubat untuk penyakit asma.
  • Maklumkan kepada doktor jika anda mengambil sebarang bekalan nutrisi tambahan.
  • Maklumkan kepada doktor jika anda sedang atau pernah menghadapi sebarang penyakit sama ada kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dan lain-lain.
  • Elakkan mengambil ubat tersebut jika anda sedang hamil, merancang untuk hamil, dan masih dalam tempoh menyusukan anak.
  • Pastikan anda tidak merokok atau mengambil produk lain yang mengandungi nikotin untuk mengelakkan terlebih dos nikotin (nicotine overdose).

Interaksi antara Ubat

Buat masa sekarang masih tiada sebarang interaksi antara terapi penggantian nikotin dengan ubat-ubat yang lain.

Namun, disebabkan gula-gula getah tersebut mengandungi nikotin, ia mungkin akan boleh dengan adenosin, memberi kesan kepada tekanan darah.

Kesan Terlebih Dos

Terlebih dos akibat gula getah ini boleh berlaku jika anda mengambil terlalu banyak gula-gula getah sekali gus atau anda mengambil dos yang tidak sesuai dengan anda.

Berikut antara gejala daripada terlebih dos adalah:



  • Keracunan nikotin.
  • Muntah.
  • Mual.
  • Sakit di bahagian abdomen.
  • Cirit-birit.
  • Banyak berpeluh.
  • Nadi lemah dan tidak sekata.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Badan mengalami kekejangan (general convulsion).

Rujukan

  1. Nicotine gum – Medlineplis
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × five =