Skip to content

Kenapa Bau Durian boleh menyebabkan orang masuk hospital

Pada 22 Jun, laman sesawang berita antarabangsa, CNN telah melaporkan pada hari Sabtu yang lalu, seramai 12 orang pekerja pos telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, manakala berpuluh lagi telah dipindahkan keluar daripada pejabat pos.

Perkara ini berlaku apabila seorang pekerja pos itu telah menjumpai sebuah bungkusan yang mempunyai bau yang kuat dan mencurigakan. Difahamkan bahawa mereka telah memanggil pihak polis, bomba, dan perkhidmatan kecemasan untuk ke pejabat pos tersebut yang terletak di Bandar Bavarian, Schweinfurt, untuk membantu pemeriksaan bungkusan tersebut.

“Oleh kerana kandungan bungkusan tersebut belum diketahui, bungkusan tersebut berisiko memberi ancaman bahaya,” jelas pihak polis.



Ternyata setelah diperiksa, bungkusan tersebut mengandungi empat biji buah durian dari Thailand yang dihantar oleh penduduk bandar tersebut yang berusia 50 tahun kepada rakannya di Nuremberg.

Seramai 12 orang pekerja pos yang merasa loya dan sakit sakit kepala telah dirawat, enam daripadanya telah dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini bukan lagi insiden aneh apabila warga asing dikaitkan dengan buah durian, kerana ramai dalam kalangan mereka yang tidak suka buah durian atas faktor rasa dan baunya yang agak ‘unik’.

APAKAH KANDUNGAN GAS YANG DIHASILKAN OLEH DURIAN?

Durian amat terkenal dengan baunya yang kurang menyenangkan. Hal ini dapat dilihat apabila majoriti warga antarabangsa, bahkan ramai penduduk Asia sendiri yang tidak menggemari bau durian.

Selain itu, terdapat banyak jenis gas yang dihasilkan oleh buah durian yang menyebabkan bau durian tersebut. Antaranya ialah:

  • Ethyl cinnamate.
  • Ethyl butanoate.
  • Hydrogen sulfide.
  • Methanethiol.
  • Ethanethiol.
  • Propane-1-thiol.

KESAN SAMPINGAN JIKA MENGHIDU BAU DURIAN SECARA BERLEBIHAN

Normalnya, bau tidak dapat memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Manusia dapat menghidu apa-apa bau apabila molekul sesuatu bau merentasi hidung manusia. Kemudian di dalam hidung, molekul itu merangsang sistem saraf dalam hidung kita untuk otak mengenalpasti bau tersebut.



Jika bau itu tidak menyenangkan, otak kita akan menghantar isyarat supaya kita bertindak menjauhi punca bau tersebut.Namun, Hydrogen sulfide (H2S), antara kandungan dalam bau durian, dapat memberikan kesan negatif jika kita menghidunya secara berlebihan.

Hydrogen sulfide mempunyai ciri-ciri bau busuk telur yang sudah rosak. Dan molekul ini tidak menyebabkan penyakit, sebaliknya ia akan menyerang sistem saraf kita.

Antara kesan buruk akibat terdedah kepada bau durian secara amat berlebihan:

Oleh disebabkan itu, ia boleh memberikan kesan sampingan sama seperti apa yang berlaku dalam kes ini.

Tetapi jangan dilupa walaupun baunya tidak menyenangkan, buah ini mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk badan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

KANDUNGAN DURIAN

Walaupun durian mempunyai bau yang kuat dan boleh mendatangkan kesan sampingan pada sesetengah orang, tetapi ia merupakan salah satu buah yang mempunyai banyak kandungan nutrisi berbanding buah-buahan yang lain. Berikut ialah kandungan durian untuk satu hidangan (243 gram):

  • Kalori: 357
  • Fat: 13 grams
  • Karbohidrat: 66 grams
  • Fiber: 9 grams
  • Protein: 4 grams
  • Vitamin C: 80% daripada nilai harian (DV/Daily Value)
  • Thiamine: 61% daripada DV
  • Manganese: 39% daripada DV
  • Vitamin B6: 38% daripada DV
  • Potassium: 30% daripada DV. 400mg 2 ulas.
  • Riboflavin: 29% daripada DV
  • Copper: 25% daripada DV
  • Folate: 22% daripada DV
  • Magnesium: 18% daripada DV
  • Niacin: 13% daripada DV

Selain itu, durian juga mempunyai bahan kimia seperti anthocyanin, carotenoid, polyphenol, dan flavonoid. Banyak yang mempunyai fungsi sebagai antioksidan.

Ini menjadi bukti bahawa durian ialah antara buah yang terkaya dengan nutrisi di serata dunia. Namun, kita tetap dinasihatkan agar sentiasa menjaga kadar pemakanan durian.



APAKAH KEBAIKAN DURIAN?

Makan durian dapat memberi banyak kesan positif dari sudut kesihatan. Antaranya ialah:

1. Sebagai Antioksidan

Buah durian yang mempunyai antioksidan dapat melindungi badan kita daripada beberapa penyakit seperti kanser. Sebelum ini, ujian tabung uji telah menunjukkan bahawa durian dapat mengelakkan sel kanser payudara daripada merebak.

2. Mengelakkan penyakit masalah jantung.

Terdapat beberapa kandungan dalam durian dapat membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan kita. Hal ini dapat mengurangkan risiko kita daripada dijangkiti penyakit artherosklerosis, atau pengerasan saluran adarah arteri.

RUJUKAN

  1. A suspect Packages Sent People To Hospital. CNN
  2. Can Smells Harm You. ACS Chemistry of Life
  3. Characterization of the Major Odor-Active Compounds in Thai Durian (Durio zibethinus L. ‘Monthong’) by Aroma Extract Dilution Analysis and Headspace Gas Chromatography–Olfactometry. PuB ACS
  4. Why Does the Durian Fruit Smell So Terrible? -Smithsonian Magazine
  5. Durian Fruit – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 2 =