Skip to content

Benjolan Di Ketiak: Punca dan Rawatan

Apakah punca dan rawatan benjolan di ketiak?

Artikel ini akan membincangkan punca-punca berserta rawatan untuk masalah benjolan di bahagian ketiak ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca
  3. Ujian Pengesanan Punca
  4. Rawatan
  5. Benjolan di Ketiak Wanita

Pengenalan


Benjolan di ketiak boleh membawa maksud benjolan yang berasal daripada kelenjar limfa ataupun daripada mana-mana struktur dibahagian tersebut seperti daripada kulit ataupun lemak.



Di bahagian ketiak, terdapat kelenjar limfa yang berfungsi sebagai sistem imun untuk menapis kuman daripada bahagian dada mahupun bahagian tangan.

Kelenjar ini boleh dirasa jika seseorang doktor itu melakukan pemeriksaan fizikal. Jika saiz kelenjar tersebut kecil, ia tidak mengapa kerana ia menunjukkan saiz sebenar kelenjar. Jika ia besar, keras atau sakit, mungkin terdapat jangkitan kuman ataupun penyakit kanser yang sedang berlaku.

Anda perlulah berjumpa dengan doktor juga benjolan tersebut semakin membesar ataupun saiznya tidak berkurangan.

Punca Benjolan di Ketiak


Benjolan di ketiak disebabkan kelenjar limfa(Bengkak kelenjar limfa) adalah sesuatu yang selalu dijumpai. Jika terdapat benjolan dibahagian ini, doktor perlu membezakannya sama ada ia disebabkan jangkita kuman ataupun kanser.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan




Terdapat beberapa perkara yang akan dilakukan oleh doktor untuk mengetahui punca kepada masalah benjolan di ketiak ini.

1. Pemeriksaan Fizikal

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengetahui saiz, tekstur benjolan tersebut, sama ada ia sakit ataupun tidak berserta pemeriksaan fizikal yang lain. Perkara ini penting untuk mengetahui apakah punca yang menyebabkan benjolan tersebut berlaku

2. Mammogram

Mammogram adalah x-ray yang digunakan untuk melihat keadaan payudara. Ia penting untuk mengetahui terdapat kanser ataupun tidak di dalam payudara pesakit

3. MRI atau ct-scan

Selalunya ujian ini digunakan untuk mengesan samada kanser seorang itu telah merebak ataupun tidak.

4. Biopsi



Biopsi adalah prosedur pengambilan sampel pada kawasan benjolan. Prosedur ini penting untuk mengetahui sama ada benjolan tersebut disebabkan kanser, jangkitan kuman ataupun perkara yang lain

Rawatan benjolan di ketiak


Rawatan kepada masalah ini adalah bergantung kepada punca masalah tersebut.

1. Pemantauan

Terdapat beberapa jenis benjolan yang tidak perlu dirawat terlebih dahulu. Punca kepada benjolan tersebut adalah:

  • Lipoma
  • Jangkitan virus
  • Fibroadenoma

Untuk benjolan diketiak disebabkan masalah ini, selalunya doktor akan melakukan pemantauan terlebih dahulu. Tetapi jika saiz benjolan semakin membesar sampai mengganggu fungsi tangan pesakit, pesakit akan disyorkan melakukan pembedahan

2. Antibiotik

Jika terdapat jangkitan kuman yang menyebabkan benjolan kelenjar limfa berlaku, pesakit boleh diberikan antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut.

3. Dressing



Jika kawasan bengkak tersebut mengeluarkan nanah, pesakit perlulah datang ke klinik untuk dressing hinggalah nanah tersebut sembuh

4. Pembedahan

Pembedahan hanya dilakukan ketika mana pesakit telah disahkan mempunyai kanser atau saiznya terlalu besar hingga mengganggu fungsi harian pesakit

Jika benjolan tersebut disebabkan kanser, maka pesakit akan dirujuk untuk mendapat beberapa jenis rawatan lain seperti:

  • Kemoterapi
  • Radioterapi dan pembedahan.

Benjolan di ketiak wanita


Masalah ini boleh berlaku pada kalangan lelaki dan wanita. Tetapi pada wanita, benjolan tersebut juga boleh merujuk kepada penyakit kanser payudara. Oleh itu, seseorang wanita perlulah melakukan pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan dan melaporkan kepada doktor jika terdapat benjolan pada payudara.

Perlu diketahui bahawa payudara mengalami perubahan ketika perubahan hormon yang berlaku mengikut kitaran haid. Ketika haid, benjolan pada payudara akan mengalami rasa sakit lebih daripada biasa. Ini dikira sebagai sesuatu yang normal. Oleh itu, pesakit disarankan untuk melakukan pemeriksaan payudara satu hingga 3 hari selepas haid.

Salah satu punca yang menyebabkan benjolan pada ketiak wanita adalah masalah hidradenitis suppurativa. Perkara ini berlaku disebabkan kalanjer pada folikel rambut tersumbat hingga menyebabkan jangkitan kuman. Benjolan tersebut boleh menyebabkan penghasilan nanah jika berlaku jangkitan kuman.

Pembacaan bagi masalah yang lain



Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Breast self-awareness. (n.d.). -hopkinsmedicine.org
  2. Dufour DN, et al. (2014). Hidradenitis suppurativa: A common and burdensome, yet under-recognised, inflammatory skin disease. DOI: 10.1136/postgradmed-2013-131994
  3. Lipomas. (2016). Clevel and Clinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + thirteen =