Skip to content

Kenapa Pesakit Kencing Manis Asyik Rasa Haus?

Kencing manis merupakan salah satu penyakit yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Kami akan menceritakan simptom-simptom yang berkait rapat dengan Diabetis Mellitus (DM) atau bahasa mudahnya ialah kencing manis.

Tiga simptom utama bagi mereka yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal adalah:

  • Polyuria
  • Polyphagia
  • Polydipsia

Pertama kita terang maksud perkataan diatas dahulu. Seterusnya mengapa simptom ini boleh wujud dan mekanismanya.

Polyuria



Polyuria : ‘Poly’ = banyak, many, a lot of amount.

                    Uria = Urea, ( baca : air kencing),

Jadi Polyuria adalah keadaan dimana pesakit kerap ke tandas untuk membuang air kecil. (14- 20 kali/ sehari).  Ahli politik yang banyak sembang dan tidak menjalankan manifesto pun boleh dipanggil Polyuria. (baca dengan nada sarkastik)

Polyphagia

Polyphagia ialah keadaan dimana pesakit mengalami excessive hunger (baca : lapar yang amat sangat). Situasi ini adalah situasi yang kerap dialami, walaupun makanan yang dimakan sudah memadai, namun badan pesakit tidak dapat mengesannya. Hasilnya, pesakit makan dan makan lagi kerana pesakit menganggap diriniya perlu lebih banyak makanan.\

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Polydipsia

Polydipsia adalah situasi dimana pesakit  merasakan perasaan haus yang amat sangat walaupun sudah meminum banyak air. Perasaan haus tersebut tidak akan menghilang walaupun seseorang pesakit itu minum dengan banyak

Penerangan berkenaan Kencing Manis



Baik, untuk menerangkan mekanisma disebalik simptom-simptom tersebut, anda perlu tahu dahulu prinsip disebalik kencing manis (baca : diabetis).

Pertama-tamanya, kencing manis adalah disebabkan ketidakstabilan hormon badan dalam mengawal paras glukosa (gula) dalam badan. Apabila kita makan, makanan kita akan dipecahkan kepada bahan-bahan kecil seperti Glukosa(glucose) (baca : ose panggil gula) untuk memberi tenaga kepada badan dalam bentuk ATP.

Kebiasaannya , glukosa berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen ( glycogen : ‘tempat’ penyimpanan glukosa) dibantu oleh hormon insulin.

Hormon insulin yang bertanggungjawab dalam mengawal paras gula dalam badan akan menjadi berkurangan atau tiada langsung di dalam pesakit kencing manis.

Punca penyakit kencing manis yang lebih spesifik ialah sebagai contoh seperti ‘protein production in cell’ ada masalah atau masalah pada ‘glucose receptor in any cells’. Yang penting , hampa semua faham penyakit kencing manis adalah disebabkan paras gula (baca : glukosa) dalam badan yang tinggi.

Kenapa Pesakit Kencing Manis Asyik Rasa Haus?

Berbalik kepada simptom-simptom kita, penulis akan bercerita tentang polydipsia dahulu. Kita tahu pesakit DM (Diabetis Melitus) mempunyai kadar glukosa yang tinggi dalam darah menyebabkan osmalarity ( baca : kepekatan sesuatu bahan di dalam larutan) meningkat.

Apabila kepekatan meningkat, air akan akan bergerak dari pelbagai tempat di dalam badan untuk melarutkan semula bahan tersebut.

Oleh sebab itu, sistem badan akan berusaha sebaik mungkin mengawal kadar glukosa di dalam badan dengan mengeluarkan hormon insulin. Untuk menceritakan fenomena ini, lihat Rajah B dibawah.



Pergerakan air daripada larutan yang kurang pekat kepada yang lebih pekat

Rajah B. Sumber : wikipedia

apabila kita lihat rajah B diatas, dibahagian manakah lebih banyak kepekatan? Ya disebelah kanan anda. Lalu air yang pada mulanya pada ketinggian yang sama bergerak ke arah larutan yang paling tinggi kepekatannya. Proses bergerakan air kepada larutan berkepekatan tinggi dipanggil osmosis.

Untuk menerangkan dengan lebih jelas kita buat eksperimen sikit, tuangkan sepaket gula di sekeliling pokok bunga/ tumbuhan diluar rumah anda dan biarkan. Anda akan lihat tumbuhan yang terkena gula akan mati. Kenapa? Kerana air didalam sel tumbuhan akan keluar untuk mengimbangi gula di luar yang terlalu banyak.  

Jadi apa kaitan dengan simptom yang penulis perkatakan sebentar tadi iaitu polydipsia? (rasa haus yang amat)

Apabila kepekatan glukosa meningkat, air di dalam sel akan bergerak ke dalam salur darah, dalam usaha untuk melarutkan/ mengurangkan kepekatan glukosa. Menjadikan air di dalam sel berkurang.

Pengesan kepekatan( osmlarity receptor) di medulla akan mengaktifkan thirst center ( perasaan haus) . Semakin pekat glukosa di dalam badan, semakin haus anda. Namun yang terjadi kepada pesakit kencing manis ialah..

Kepekatan glukosa tidak dapat diturunkan di dalam pesakit kencing manis kerana pesakit akan sentiasa makan dan kurang melakukan senaman yang dapat meningkatkan penyimpanan glukosa ( glucose uptake). Akhirnya, kadar kepekatan glukosa di dalam badan tetap tinggi, pesakit tetap haus dan begitulah kitarannya.

Namun satu perkara yang menyedihkan buat pesakit kencing manis bagi sesiapa yang belum tahu, pesakit kencing manis kebiasaannya akan mengalami kerosakan buah pinggang.



Menyebabkan pesakit mempunyai limitasi terhadap amaun air yang boleh diminum. Sebagai contoh, walau haus bagaimana sekalipun, pesakit tidak boleh minum air kerana memikirkan buah pinggang yang tidak dapat menangung beban untuk menapisnya. Bayangkan kesusahan tersebut, nikmat manakah yang kamu dustakan?

To be continued..

Banyak pula, kita sambung simptom lain seperti polyuria dan polyphagia di dalam entry lain. Nak bercerita tentang kencing manis ni memang panjang adik-adik sekalian.

Rujukan:

  1. Physiology Module by Prof Hamdan
  2. Barrett, K. E., & Ganong, W. F. (2012). Ganong’s review of medical physiology. New York: McGraw-Hill Medical.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 1 =