Skip to content

Kerap Tersedu: Punca, Simptom dan Rawatan

Tersedu berlaku apabila terdapat pengecutan otot diafragma yang berlaku secara tidak terkawal. Otot diafragma merupakan otot yang terletak dibawah paru-paru berfungsi untuk pernafasan seseorang manusia. Jika otot ini kerap mengecut secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan seseorang itu kerap tersedu.

Setiap kali pengecutan otot berlaku, ia juga akan menyebabkan tertutupnya peti suara di bahagian leher menyebabkan terhasilnya bunyi ‘Hik’ yang selalu kita dengar ketika seseorang itu tersedu.

Selalunya sedu berlaku apabila seseorang itu makanan dengan kuantiti yang banyak, meminum alkohol, minuman berkarbonat dan juga boleh disebabkan kegembiraan yang melampau. Akan tetapi, ada juga yang berpunca daripada masalah pada bahagian saraf.



Bagi kebanyakan orang, tersedu hanya berlaku dalam waktu beberapa minit dan jarang sampai berbulan-bulan lamanya.

Simptom

Kerap tersedu itu adalah simptom dan selalunya ia akan diikuti dengan rasa ketat pada dada, abdomen dan tekak ketika masalah tersedu itu berlaku

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Kerap Tersedu

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah tersedu berlaku:

  • Minuman berkarbonat
  • Minuman beralkohol
  • Mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak
  • Terlalu gembira atau terlalu stress
  • Perubahan pada suhu secara tiba-tiba
  • Menelan udara ketika mengunyah gua getah atau menghisap gula-gula

Kerap tersedu lebih daripada 48 jam boleh disebabkan pelbagai faktor dan ia boleh dikategorikan sebagai:



1. Kecederaan pada saraf

Salah satu punca yang menyebabkan tersedu yang kerap adalah kecederaan ataupun iritasi pada saraf vagus ataupun saraf phrenic yang bersambungan dengan otot diafragma. Faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini adalah:

2. Masalah pada sistem saraf pusat

Ketumbuhan ataupun jangkitan pada sistem saraf pusat boleh mengganggu refleks tersedu dan menyebabkan seseorang itu lebih kerap tersedu. Contoh gangguan pada sistem saraf pusat adalah:

3. Penyakit metabolik dan ubat

Kerap tersedu juga boleh disebabkan penyakit metabolik dan ubat-ubatan sebagai contoh:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan

Pesakit selalunya akan berjumpa dengan doktor jika masalah tersebut berterusan selama beberapa hari. Pada ketika itu, doktor selalunya akan memeriksa fungsi saraf pusat seperti:

  • Keseimbangan badan dan kordinasi pergerakan
  • Kekuatan otot
  • Refleks otot
  • Deria rasa dan bau

Pemeriksaan ini penting untuk mengetahui sama ada sistem saraf pusat berfungsi dengan normal ataupun tidak. Selain daripada itu, pesakit juga akan menjalani pemeriksaan untuk mengetahui sama ada pesakit mempunyai:



  • Kencing manis
  • Jangkitan kuman
  • Masalah buah pinggang

Rawatan Masalah Kerap Tersedu

Kebanyakan daripada masalah ini akan berlaku selama beberapa minit sahaja dan hilang tanpa memerlukan rawatan. Jika masalah tersebut berlaku disebabkan penyakit lain, maka rawatan untuk merawat penyakit tersebut akan menghilangkan masalah tersedu.

Beberapa jenis ubat yang boleh digunakan ketika masalah tersedu ini berterusan adalah:

  • Baclofen
  • Metoclopramide

Rawatan di Rumah

Walaupun tiada lagi cara rawatan yang terbukti berkesan, tetapi ia mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada anda. Rawatan tersebut adalah:

  • Kumur dengan air sejuk
  • Minum air sejuk
  • Bernafas kemudian berhenti untuk beberapa saat. Kemudian bernafas semula.

Cara untuk mengelakkan masalah ini

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini ialah:

  • Ambil kuantiti makanan secara sederhana
  • Elakkan dari mengambil minuman yang bergas
  • Jika anda pesakit GERD, elakkan daripada mengambil makanan yang terlalu pedas ataupun terlalu berasid.
  • Kekalkan BMI yang ideal untuk mengelakkan penyakit kencing manis dan lain-lain.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Bope ET, et al. Symptomatic care pending diagnosis. In: Conn’s Current Therapy 2016. Philadelphia, Pa.: Elsevier; 2016. http://www.clinicalkey.com.
  2. Walsh D, et al. Hiccups. In: Palliative Medicine. Philadelphia, Pa.: Saunders Elsevier; 2009.
  3. Steger M, et al. Systemic review: The pathogenesis and pharmacological treatment of hiccups. Alimentary Pharmacology and Therapeutics. 2015;42:1037.
Advertisements

2 thoughts on “Kerap Tersedu: Punca, Simptom dan Rawatan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − 11 =