Kerja lebih masa boleh meningkatkan risiko terkena Angin Ahmar

Sampai ke pejabat paling awal dan keluar paling lewat ketika kerja mungkin akan membantu dalam kenaikan gaji serta pangkat anda. Tetapi kajian terbaru memberi amaran bahawa kerja berlebihan masa adalah sesuatu yang tidak baik untuk otak anda.

Dan semakin lama anda berbuat demikian, semakin tinggi risiko anda untuk menghadapi Angin Ahmar.Ini merupakan salah satu kajian yang terbaru berkenaan dengan kesan mereka yang kerja lebih masa.

Kajian ini melibatkan 144,000 pekerja di Perancis yang berumur 18 hingga 69 tahun.

Mereka yang bekerja melebihi 10 jam akan mempunyai risiko menghadapi angin ahmar sebanyak 29%. Dan mereka yang bekerja lebih daripada 10 jam dan melakukannya lebih daripada 10 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi iaitu sebanyak 45%.

Masa kerja berlebihan di sini definisikan sebagai kerja lebih daripada 10 jam sehari melebihi 50 hari dalam setahun. Jadi jika anda sudah kerja lebih daripada satu setengah bulan secara berlebihan dalam tahun ini, maka anda sudah mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena angin ahmar.

Dalam kajian ini, ia lebih tertumpu kepada pekerja yang sudah bekerja secara tetap selama 6 bulan. Para pengkaji menggunakan soalan soal selidik untuk mengetahui faktor risiko yang lain seperti BMI badan, sejarah penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dan juga sejarah penyakit keluarga.

Pasukan kajian ini mendapati sebanyak 30% daripada peserta kajian telah bekerja melebihi 10 jam sehari. Manakala 10% daripadanya pula telah bekerja seperti itu selama lebih 10 tahun. Hanya 1% sahaja daripada mereka yang bebas daripada serangan strok.

Kesimpulan yang mereka boleh berikan daripada kajian ini adalah terdapat hubungan yang kuat diantara kerja lebih masa dengan risiko angin ahmar. Ianya lebih mudah berlaku pada mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.

Descatha iaitu ketua pengkaji menyatakan bahawa penemuaan ini adalah sesuatu yang tidak dijangkakan dan perlu lebih banyak kajian untuk mengetahui kenapa mereka yang lebih muda banyak menghadapi perkara ini.

Dia berpendapat bahawa perkara ini mungkin disebabkan orang muda berhadapan dengan jadual kerja yang tidak tetap, stress di tempat kerja dan kurangnya bersenam. Ketiga-tiga faktor ini boleh menyumbang kepada impak yang negatif seperti obesiti dan juga tekanan darah tinggi.

Buat masa sekarang, jika anda masih kerja lebih daripada 10 jam, anda perlu sentiasa periksa tekanan darah, berat badan, bacaan kolesterol dan perlu sentiasa melakukan aktiviti fizikal untuk mengurangkan risiko angin ahmar.

ARTIKEL BERKAITAN: ANGIN AHMAR

Rujukan:

  1. Association Between Reported Long Working Hours and History of Stroke in the CONSTANCES Cohort. Marc Fadel, MD, Grace Sembajwe, ScD, Diana Gagliardi, MD, Fernando Pico, MD, PhD, Jian Li, MD, PhD, Anna Ozguler, MD, PhD, Johannes Siegrist, PhD Bradley A. Evanoff, MD, MPH, Michel Baer, MD, Akizumi Tsutsumi, MD, DMS, Sergio Iavicoli, MD, PhD, Annette Leclerc, PhD, Yves Roquelaure, MD, PhD, Alexis Descatha, MD, PhD. Published: 20 June 2019. https://doi.org/10.1161/STROKEAHA.119.025454

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science.

Artikel berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 11 =