Skip to content

Ketagihan Game diisytiharkan sebagai salah satu Penyakit Mental

Hingga sekarang kita tidak akan terkejut apabila seseorang yang asyik melihat skrin telefon ataupun komputer boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan mereka. Ia bukan sahaja mengganggu jam biologi seseorang , ia juga boleh mengganggu hubungan diantara pasangan suami isteri. Malah kajian juga menunjukkan ketagihan ini akan menambah risiko untuk seseorang itu mengalami tekanan perasaan dan juga kerisauan yang melampau apabila mereka tidak tahu bila untuk berhenti.

Bahkan ketagihan ini juga sudah bermula dikalangan kanak-kanak sehingga mana mereka memarahi ibubapa mereka ketika disuruh berhenti daripada bermain. Sehingga mana ada yang sanggup untuk membuang air kencing di tempat duduk mereka hanya semata-mata untuk tidak terlepas perlawanan ketika dalam permainan tersebut.

Keadaan ini telah memberi impak yang besar kepada masyarakat sehingga mana gaya hidup seseorang itu telah menjadi mandul untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Apa yang difikirkan oleh mereka adalah bermain game siang dan malam.

Ketagihan Game diisytiharkan sebagai salah satu Penyakit Mental



Akan tetapi pada minggu ini, World Health Organization (WHO) iaitu Persatuan Kesihatan Dunia telah mengumumkan bahawa penyakit ketagihan game(Gaming Disorder) akan menjadi salah satu diagnosis untuk masalah mental.

Diagnosis ini telah dimasukkan ke dalam salah satu tempat rujukan bagi para doktor iaitu International Classification of Diseases (ICD) iaitu Klasifikasi Penyakit Antarabangsa.

“Keputusan untuk memasukkan diagnosis ini sebagai salah satu penyakit adalah berdasarkan bukti dan kajian yang ada berserta kata sepakat dari pakar berlainan disiplin dimana mereka inilah yang terlibat dalam proses untuk menghasilkan klasifikasi penyakit antarabangsa (ICD)”

Mengikut WHO, penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti ketidaupayaan seseorang itu untuk mengawal waktunya ketika bermain game hingga ia menyebabkan kesan negatif pada kehidupan sehariannya. Untuk mengesahkan penyakit ini, ketagihannya pada permainan tersebut perlulah teruk hingga menyebabkan kesan negatif pada diri sendiri, keluarga, pembelajaran, pekerjaan dan masyarakat dan ia perlu berlaku sekurang-kurangnya selama 12 bulan.

5 tahun lalu, Persatuan Psikiatrik Amerika (American Psychiatric Association) telah mula mengenalpasti penyakit ini dan menamakan ia sebagainya “Internet Gaming Disorder”. Dimana mereka yang ketagih kepada permainan ini selalunya mereka yang bermain permainan online. Sebab itu kita lihat ada anak-anak muda yang sanggup untuk pergi ‘bertapa’ di cybercafe dari pagi hingga ke petang hanya semata-mata untuk bermain game.



Ketika mana WHO memberi keputusan ini, ia membuka satu laluan baru untuk membuat kajian akademik kepada masalah ini dan juga kajian berkenaan rawatan kepada masalah tersebut.

Disebabkan penyakit ini baru sahaja ditemui, masih tiada lagi rawatan ataupun protokol yang terbukti berkesan. Akan tetapi sudah terdapat persatuan dan industri yang menyediakan khidmat bantuan untuk mereka yang mengalami masalah ini terutamanya di Amerika, China dan juga Korea Selatan.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini ataupun ibubapa yang memerlukan bantuan untuk menghadapi anak yang mengalami masalah ini, anda boleh menyertai group support di Game Quitters.

Jangan lupa SHARE dan TAG kawan anda yang sedang ketagihan bermain game.

Ikuti pengalaman individu ini yang telah pulih dari ketagihan game

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + 6 =