Skip to content

Minum kopi dalam kuantiti yang banyak menyebabkan sakit jantung

Daripada Cappuccino kepada kopi yang di ‘brew’ sejuk. Minuman ini merupakan minuman yang menjadi pujaan dan pilihan kebanyakan orang Malaysia. Tetapi adakah ianya bagus untuk kesihatan dan berapakah kuantiti kopi tersebut agar ia tidak berlebihan?

Jawapannya adalah “Mereka yang minum 6 cawan kopi atau lebih akan meningkatkan risiko terkena serangan sakit jantung sebanyak 22%”.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh satu kajian yang dibuat oleh South Australia University. Mereka menyatakan bahawa meminum kopi untuk permulaan hari mungkin tidak akan menyebabkan apa-apa kesan sampingan. Tetapi jika ia berlebihan, ia mungkin akan menyebabkan anda terkena serangan sakit jantung.



Seperti mana yang kita tahu bahawa serangan sakit jantung merupakan salah satu punca kematian utama dinegara kita. Bahkan ia juga menjadi punca utama kematian di seluruh dunia.

Kopi merupakan salah satu minuman yang terkenal di seluruh dunia. Dijangkakan terdapat lebih kurang 3 billion orang mengambil minuman kopi ini dalam sehari.

Disebabkan itulah pengkaji daripada Australia ini cuba mengaitkan bahawa pengambilan kafein secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan berakhir dengan serangan sakit jantung.

Untuk kajian ini, para pengkaji menggunakan data lebih kurang 300,000 orang dewasa yang berumur 37 hingga 73 tahun. Mereka mengkaji bagaimana metabolisma kafein berlaku dan adakah ia meningkat risiko untuk serangan jantung.

Menariknya dalam kajian ini, ia mendapati mereka yang tidak meminum kopi ataupun mengambil kopi dalam bentuk yang tiada kafein mempunyai risiko masalah jantung lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mengambil kopi 1-2 cawan sehari.



Sebab itulah terdapat kajian yang mengatakan untuk mendapatkan umur panjang perlu meminum 1-2 cawan kopi sehari.

Tetapi jika pengambilannya melebihi 6 cawan kopi sehari, maka risiko untuk terkena sakit jantung tersebut akan meningkat.

Kajian ini telah diterbitkan di The American Journal of Clinical Nutrition.

Kesimpulan

Ambillah sesuatu itu pada kadar yang sederhana. Untuk kopi ini, ambillah dalam 1-2 cawan sehari dan pastikan ianya rendah gula supaya penyakit lain tidak datang kepada anda seperti kencing manis.

Rujukan:

  1. Long-term coffee consumption, caffeine metabolism genetics, and risk of cardiovascular disease: a prospective analysis of up to 347,077 individuals and 8368 cases, Ang Zhou Elina Hyppönen, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 109, Issue 3, March 2019, Pages 509–516, https://doi.org/10.1093/ajcn/nqy297, Published: 06 March 2019
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =