Skip to content

10 Khasiat Buah Manggis untuk Kesihatan

Anda mungkin terkejut apabila anda mendengar tentang bagaimana memakan buah Manggis eksotik ini boleh memberi manfaat kepada pelbagai keadaan kesihatan. Artikel kali ini kita akan bincangkan 10 khasiat buah Manggis untuk kesihatan kita.

Pengenalan

Buah tempatan, manggis dengan nama saintifik Garcinia mangostana ialah buah tropika eksotik dengan rasa sedikit manis dan masam. Buah ini berasal dari Asia Tenggara tetapi boleh ditemui di pelbagai kawasan tropika di seluruh dunia.

Buah manggis memiliki buah yang berbentuk bola dengan warna ungu tua. Isi buahnya memiliki tekstur cair, berwarna putih, dan memiliki rasa masam manis. Namun, tak hanya lazat dimakan, buah manggis juga menawarkan pelbagai manfaat, khasiat, dan kandungan nutrisi yang berguna untuk kesihatan

Kandungan Berkhasiat dalam Buah Manggis



Umum mengetahui bahawa buah manggis membekalkan pelbagai vitamin, mineral dan serat yang baik di samping rendah kalori. Nutrien- nutrien ini penting untuk mengekalkan banyak fungsi dalam badan kita. Manggis juga mengandungi sebatian semula jadi lain yang mujarab seperti katekin, polisakarida, kuinon, stilben dan polifenol.

Katekin dikenali sebagai antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C. Polisakarida pula adalah sebatian tumbuhan yang bersifat anti-kanser dan anti-bakteria yang sangat kuat. Bahan kimia ini membantu menyekat penyebaran sel kanser dengan berkesan terutamanya terhadap bakteria di dalam sel. Quinones juga terkenal dengan sifat anti-bakteria juga merupakan oksidan yang kuat.

Stilbenes dalam tumbuhan manggis mempertahankan tumbuhan ini daripada kulat. Menariknya, stilbenes juga mengekalkan sifat anti-kulat walaupun selepas isi manggis ditelan. Polifenol didapati jauh lebih kuat sebagai antioksidan daripada vitamin E, dianggap sebagai salah satu antioksidan yang paling bermanfaat.

Vitamin dan mineral dalam manggis adalah penting untuk mengekalkan banyak fungsi badan, termasuk pengeluaran DNA, pengecutan otot, penyembuhan luka, imuniti dan fungsi saraf.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Nutrisi

Manggis agak rendah kalori namun membekalkan banyak nutrien penting. Satu hidangan 1 cawan (196 gram) manggis dalam tin dan ditoskan menawarkan:- 

Kalori143 kalori
Makronutrien
Karbohidrat35 gram
Protein1.0 gram
Lemak1.0 gram
Serat3.5 gram
Mikronutrien
Vitamin C9% daripada RDI
Viamin B915% daripada RDI
Vitamin B17% daripada RDI
Vitamin B26% daripada RDI
Mangan10% daripada RDI 
Copper7% daripada RDI
Magnesium6% daripada RDI

10 Khasiat Buah Manggis Pada Kesihatan



1. Bersifat Anti Kanser

Kajian populasi pada tahun 2011, mendapati bahawa diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti manggis (sumber antioksidan yang tinggi) dikaitkan dengan pengurangan penyakit kanser [1].

Sebatian kimia khusus dalam buah manggis seperti xanthone mempunyai kesan antioksidan dan anti-radang, yang boleh membantu melawan perkembangan dan penyebaran sel kanser. Berdasarkan kajian tabung uji juga menunjukkan xanthone boleh menghalang atau melabatkan pertumbuhan sel kanser dalam tisu paru- paru, perut dan kolon [1,2]. Walaupun begitu, masih kurang penyelidikan yang telah dilakukan pada manusia.

2. Bersifat Anti radang

Sebatian Xanthone yang terdapat dalam manggis memainkan peranan dalam mengurangkan keradangan. Kajian tabung uji dan haiwan menunjukkan bahawa xanthone mempunyai kesan anti-radang dan boleh mengurangkan risiko penyakit radang, seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes [2].

3. Mengawal Gula dalam Darah

Seterusnya, kajian juga menunjukkan sebatian xanthone dalam manggis boleh membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat [3].

Pada tahun 2018, kajian 26 minggu terhadap wanita obes mendapati bahawa mereka yang menerima 400 mg ekstrak manggis tambahan setiap hari mempunyai pengurangan signifikan dalam rintangan insulin berbanding kumpulan kawalan [4].



Buah manggis juga merupakan sumber serat yang baik, nutrien yang boleh membantu menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kawalan diabetes.

4. Meningkatkan Kekebalan Sistem Imun

Buah manggis kaya dengan serat dan vitamin C yang penting untuk sistem imun yang sihat. Serat menyokong bakteria usus yang sihat sekaligus meningkatkan tahap imuniti. Manakala vitamin C diperlukan untuk fungsi pelbagai sel imun dan mempunyai sifat antioksidan.

Selain itu, beberapa kajian mencadangkan bahawa sebatian tumbuhan tertentu yang terkandung dalam manggis mungkin mempunyai sifat antibakteria. Hal ini boleh memberi manfaat kepada kesihatan imun dengan memerangi bakteria yang berbahaya [5].

Sistem imun kita memerlukan banyak nutrien yang berbeza untuk berfungsi secara optimum. Manggis mungkin merupakan pilihan yang sihat untuk dimasukkan bersama makanan yang padat dengan nutrien lain sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

5. Baik untuk Kesihatan Kulit

Tahukah anda, kerosakan kulit akibat pendedahan matahari adalah perkara biasa di seluruh dunia dan penyumbang utama kepada kanser kulit dan tanda-tanda penuaan [6].

Satu kajian pada tikus yang dirawat dengan ekstrak manggis menunjukkan kesan perlindungan terhadap sinaran UVB terhadap kulit [7].



Lebih menarik lagi, terdapat sebuah kajian selama 3 bulan pada manusia mendapati bahawa individu yang dirawat dengan 100 mg ekstrak manggis setiap hari mengalami kulit yang lebih anjal dan kurang pengumpulan sebatian tertentu yang diketahui menyumbang kepada penuaan kulit [8].

Para pengkaji menegaskan bahawa kandungan antioksidan yang tinggi dan sifat anti-radang manggis adalah sebab utama untuk kesan perlindungan kulit ini, tetapi lebih banyak kajian dalam bidang ini diperlukan.

6. Mengurangkan Tekanan Darah

Kandungan mineral dalam buah manggis seperti copper, mangan, magnesium dan kalium berpotensi memberi manfaat kesihatan terutamanya untuk kardiovaskular.

Kalium melindungi daripada strok dan penyakit jantung koronari kerana ia merupakan komponen penting dalam sel dan cecair badan serta mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Kuantiti kalium, copper, magnesium, dan mangan yang banyak terkandung dalam manggis boleh membantu mengawal tekanan darah. Kalium terutamanya menggalakkan kesihatan jantung dengan mengekalkan kadar denyutan jantung normal sekali gus menjaga paras tekanan darah.

7. Sistem Pencernaan Lebih Sihat

Manggis padat dengan serat. Hanya 1 cawan (196 gram) menyediakan kira-kira 14% daripada RDI. Serat adalah penting untuk kesihatan pencernaan, dan diet serat tinggi membantu menggalakkan pergerakan usus. Komposisi serat yang tinggi pada buah manggis juga meningkatkan pengambilan prebiotik yang baik untuk usus.

8. Membantu Merawat Alzheimer



Penyakit Alzheimer disertai dengan gejala seperti kekeliruan, kebingungan dan kesukaran untuk mengingati sesuatu. Bukan sahaja buah manggis, kulit manggis, dan bahagian lain juga mengandungi banyak manfaat kesihatan.

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak manggis membantu mencegah kemerosotan mental, mengurangkan keradangan otak dan memperbaiki gejala kemurungan pada tikus [9,10].

9. Mengurangkan kesan Penuaan

Penuaan berlaku akibat pengoksidaan. Manggis dipenuhi dengan antioksidan seperti katekin (antioksidan yang terdapat dalam teh hijau). Hal ini membantu dalam memerangi radikal bebas. Sebatian xanthone yang terdapat dalam kulit buah manggis adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan lain. Ini boleh menyembuhkan penyakit kulit, membaiki sel-sel yang rosak dalam badan anda dan melambatkan proses penuaan.

10. Membantu Penurunan Berat Badan

Salah satu manfaat besar buah manggis ialah potensinya untuk membantu penurunan berat badan. Satu kajian mendapati bahawa tikus yang menjalani diet tinggi lemak, lalu menerima dos tambahan manggis memperoleh berat badan yang jauh lebih rendah daripada tikus dalam kumpulan kawalan [11]. 

Penyelidikan tambahan mengenai manggis dan kegemukan adalah terhad, tetapi penyelidik berpendapat bahawa kesan anti-radang buah manggs memainkan peranan dalam menggalakkan metabolism lemak dan mencegah penambahan berat badan. 

Kesimpulannya, buah manggis ini banyak potensi manfaat kesihatannya. Kebanyakannya berkaitan dengan profil pemakanan dan kandungan antioksidan yang unik. Namun, banyak faedah yang dirasakan ini masih belum dibuktikan secara saintifik dalam kajian manusia. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami dengan lebih baik bagaimana manggis bekerja untuk kesihatan sistem badan manusia.



RUJUKAN

  1. Shan, T., Ma, Q., Guo, K., Liu, J., Li, W., Wang, F., & Wu, E. (2011). Xanthones from mangosteen extracts as natural chemopreventive agents: potential anticancer drugs. Current molecular medicine, 11(8), 666–677.
  2. Ovalle-Magallanes, B., Eugenio-Pérez, D., & Pedraza-Chaverri, J. (2017). Medicinal properties of mangosteen (Garcinia mangostana L.): A comprehensive update. Food and chemical toxicology : an international journal published for the British Industrial Biological Research Association, 109(Pt 1), 102–122.
  3. Shandiz, H., Razavi, B. M., & Hosseinzadeh, H. (2017). Review of Garcinia mangostana and its Xanthones in Metabolic Syndrome and Related Complications. Phytotherapy research : PTR, 31(8), 1173–1182.
  4. M., Gangitano, E., Francomano, D., Addessi, E., Toscano, R., Costantini, D., Tuccinardi, D., Mariani, S., Basciani, S., Spera, G., Gnessi, L., & Lubrano, C. (2018). Mangosteen Extract Shows a Potent Insulin Sensitizing Effect in Obese Female Patients: A Prospective Randomized Controlled Pilot Study. Nutrients, 10(5), 586.
  5. Cunha, B. L., França, J. P., Moraes, A. A., Chaves, A. L., Gaiba, S., Fontana, R., Sacramento, C. K., Ferreira, L. M., & França, L. P. (2014). Evaluation of antimicrobial and antitumoral activity of Garcinia mangostana L. (mangosteen) grown in Southeast Brazil. Acta cirurgica brasileira, 29 Suppl 2, 21–28.
  6. D’Orazio, J., Jarrett, S., Amaro-Ortiz, A., & Scott, T. (2013). UV radiation and the skin. International journal of molecular sciences, 14(6), 12222–12248.
  7. Im, A. R., Kim, Y. M., Chin, Y. W., & Chae, S. (2017). Protective effects of compounds from Garcinia mangostana L. (mangosteen) against UVB damage in HaCaT cells and hairless mice. International journal of molecular medicine, 40(6), 1941–1949.
  8. Ohno, R., Moroishi, N., Sugawa, H., Maejima, K., Saigusa, M., Yamanaka, M., Nagai, M., Yoshimura, M., Amakura, Y., & Nagai, R. (2015). Mangosteen pericarp extract inhibits the formation of pentosidine and ameliorates skin elasticity. Journal of clinical biochemistry and nutrition, 57(1), 27–32.
  9. Oberholzer, I., Möller, M., Holland, B., Dean, O. M., Berk, M., & Harvey, B. H. (2018). Garcinia mangostana Linn displays antidepressant-like and pro-cognitive effects in a genetic animal model of depression: a bio-behavioral study in the Flinders Sensitive Line rat. Metabolic brain disease, 33(2), 467–480.
  10. Huang, H. J., Chen, W. L., Hsieh, R. H., & Hsieh-Li, H. M. (2014). Multifunctional Effects of Mangosteen Pericarp on Cognition in C57BL/6J and Triple Transgenic Alzheimer’s Mice. Evidence-based complementary and alternative medicine : eCAM, 2014, 813672.
  11. Chae, H. S., Kim, Y. M., Bae, J. K., Sorchhann, S., Yim, S., Han, L., Paik, J. H., Choi, Y. H., & Chin, Y. W. (2016). Mangosteen Extract Attenuates the Metabolic Disorders of High-Fat-Fed Mice by Activating AMPK. Journal of medicinal food, 19(2), 148–154.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + twenty =