Skip to content

Rawatan kolesterol baik boleh mengurangkan masalah atherosceloris dalam badan

Perlu diketahui bahawa kencing manis boleh menyebabkan masalah atherosclerosis semakin cepat berlaku.

Atherosclerosis ini adalah pengumpulan kolesterol di dalam bahagian saluran darah menyebabkan saluran darah semakin sempit. Kawasan yang mempunyai kolesterol itu boleh pecah dan menyebabkan pembekuan darah berlaku dikawasan salur darah yang sempat itu.

Hasilnya saluran darah tersebut tersumbat di bahagia itu dan boleh menyebabkan angin ahmar dan juga serangan sakit jantung.



Perlu diketahui kolesterol di dalam darah ini wujud dalam 2 kategori iaitu

  1. Kolesterol baik(High density lipoprotein/HDL)
  2. Kolesterol jahat(Low density lipoprotein/LDL)

Para saintis percaya bahawa kenaikan LDL kolesterol akan menyebabkan kolesterol itu terenap pada dinding saluran darah dan menyebabkan masala atherosceloris. Manakala, kehadiran HDL kolesterol pula akan menjadi sebagai pengangkut yang mengambil kolesterol yang berlebihan didalam darah untuk di bawa ke hati.

Sebab itu kita kata HDL kolesterol adalah kolesterol baik. Manakala, LDL kolesterol adalah kolesterol jahat.

Dalam kajian yang terbaru, para pengkaji daripada ‘New York University School of Medicine’ cuba untuk mengkaji satu rawatan iaitu dengan cara menaikkan jumlah kolesterol HDL(kolesterol baik) dalam darah dan akan melihat sama ada ia membantu dalam menyelesaikan masalah atheroscelorosis ataupun tidak.

Dalam kajian ini mereka menggunakan tikus yang sudah mengalami masalah kencing manis dan menghadapi atherosclerosis



Para saintis tersebut telah membukti bahawa kolesterol baik iaitu HDL dapat membantu dalam mengurangkan masalah atheroscleorsis dalam seseorang pesakit yang mengalami kencing manis.

Bagaimana rawatan terbaru ini merawat pesakit?

Para saintis mengatakan sebelum ini kajian telah membuktikan yang penyakit kencing manis akan menyebabkan penurunan Kolesterol HDL. Bahkan, ia juga menyebabkan kolesterol HDL tidak dapat berfungsi dengan baik.

Dalam kajian ini, para pengkaji akan meningkatkan jumlah kolestrol HDL di dalam tikus yang mereka gunakan dengan meningkatkan protein apoliporotein A-I(apoA-I) yang merupakan salah satu komponen penting dalam kolesterol HDL.

Caranya adalah dengan menyuntikan protein apoA-I ke dalam saluran darah tikus tersebut.

Hasil daripada intevensi ini menunjukkan jumlah kolestrol HDL meningkat dan masalah atherosclerosis berkurangan sebanyak 30% dalam tikus makmal tersebut.

Para pengkaji menyatakan bahawa HDL ini bekerja dengan cara mengurangkan keradangan pada dinding saluran darah tersebut.

Daripada kajian pra-klinikal ini, kumpulan pengkaji ini berharap dapat membuatkan kajian yang lebih mendalam dan dapat menggunakan ia pada manusia kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: KOLESTEROL TINGGI



Sumber:

  1. Tessa J. Barrett, Emilie Distel, Andrew J. Murphy, Jiyuan Hu, Michael S. Garshick, Yoscar Ogando, Jianhua Liu, Tomas Vaisar, Jay W. Heinecke, Jeffrey S. Berger, Ira J. Goldberg, Edward A. Fisher. Apolipoprotein AI) Promotes Atherosclerosis Regression in Diabetic Mice by Suppressing Myelopoiesis and Plaque Inflammation. Circulation, 2019; 140 (14): 1170 DOI: 10.1161/CIRCULATIONAHA.119.039476
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × two =