Skip to content

Murid sekolah mula membeli cecair vape yang dipromosikan Artis Malaysia.

Sudah diingatkan bahawa promosi vape daripada golongan artis akan sedikit sebanyak menarik minat golongan kanak-kanak di sekolah rendah dan juga remaja daripada sekolah menengah.

Buktinya apabila seorang guru telah merampas cecair vape yang mempunyai gambar salah seorang artis Malaysia. Ini mungkin salah satu vape dimana artis tersebut menjadi duta kepada produk cecair vape tersebut.

Diingatkan bahawa kematian disebabkan vape di Amerika Syarikat telah meningkat kepada 13 orang.



Mungkin akan ada orang mengatakan bahawa ia disebabkan kandungan kompaun lain(THC) yang diletakkan di dalam vape tersebut yang menyebabkan komplikasi kepada mereka yang menggunakannnya.

Tetapi perlu diingatkan bahawa jika mereka pada mulanya tidak menggunakan vape, sudah tentu mereka tidak menggambil cecair vape yang terlarang itu.

Maka anda sebagai artis perlu sedikit cerdik untuk berfikir kemana arah yang akan anda bawa. Jangan terlalu memikirkan duit sahaja tanpa memikirkan komplikasi yang akan dihadapi oleh masyarakat.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − fifteen =