Kulat disiling rumah punca batuk dan selesema yang lama

Published by Dr Latif Saad on

Pernah anda lihat tompokan ini dirumah anda. Ia berwarna hitam dan tertumpu pada satu satu kawasan. Selalunya ia berlaku pada kawasan bumbung yang bocor, pada musim hujan ataupun pada kawasan yang lembab.

Kulat di siling rumah merupakan salah satu punca batuk dan selesema. Jika ia tidak dibersihkan, ia boleh menyebabkan batuk dan selesema yang berpanjang

Apakah benda ini?

Jawapannya ia adalah kulat. Sama seperti kulat pada roti yang anda telah simpan lama. Jika roti itu lembab, selang beberapa hari, sudah tentu ia akan ditumbuhi kulat.

Begitu juga kulat di dinding rumah anda. Jika dinding ataupun siling rumah anda basah disebabkan atap bocor, maka kulat lebih mudah untuk tumbuh dibahagian tersebut.

Itu bukan isu yang ingin kami ceritakan. Isunya adalah ia boleh menyebabkan anda atau anak anda batuk pada satu jangkamasa yang lama.

Kulat punca batuk dan selesema yang lama

Kulat ini selalunya akan menghasilkan spora supaya ia dapat merebak ke tempat yang lebih jauh. Malangnya spora ini juga akan disedut ke dalam saluran udara oleh mereka yang tinggal di dalam rumah tersebut.

Spora di dalam paru-paru akan memulakan reaksi sistem imun di dalam badan dengan cara menghasilkan mukus di dalam saluran hidung dan paru-paru. Ini akan menyebabkan pesakit batuk dan juga selesema.

Bahkan bagi mereka yang mempunyai masalah seperti asma, ia akan menyebabkan simptom asma itu tidak terkawal dan pesakit akan kerap mengalami serangan asma.

Oleh sebab itu, penting untuk kita melihat perkara ini dirumah kita jika kita mengalami batuk yang lama.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengawal masalah ini:

  1. Baiki atap yang bocor ataupun punca yang menyebabkan dinding ataupun atap anda menjadi lembab
  2. Bersihkan tempat tersebut dengan menggunakan sabun
  3. Jika tidak boleh, anda boleh mengecat dinding tersebut semula supaya lapisan itu menutup kulat yang sudah anda.
  4. Siling mungkin perlu ditukar jika ia masih masalah tersebut masih ada.
  5. Gunakan bahan pengering untuk mengering kawasan dalam almari anda. Ia bertujuan untuk mengelakkan terjadinya kulat di dalam almari tersebut.

Rujukan:

  1. Ogawa, H., Fujimura, M., Ohkura, N., & Makimura, K. (2014). Atopic cough and fungal allergy. Journal of thoracic disease, 6(Suppl 7), S689–S698. doi:10.3978/j.issn.2072-1439.2014.09.25
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *