Skip to content

Urutan Tengkuk menyebabkan wanita ini lumpuh

Pada satu hari seorang wanita berumur 23 tahun cuba untuk melakukan regangan pada badannya. Perkara yang selalu dibuat olehnya adalah melakukan regangan pada bahagian leher dengan cara menggunakan tangannya untuk memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Perkara ini menghasilkan bunyi ‘Pop’ yang lebih kuat daripada biasa. Setelah 15 minit, wanita ini cuba pergi ke tandas. Malangnya buat wanita ini, selepas regangan leher itu dia menyedari yang dia tidak boleh menggerakkan kakinya.

Mangsa ini dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Daripada pemeriksaan MRI, doktor mendapati salah satu saluran darah yang penting di bahagian lehernya telah pecah iaitu saluran darah arteri vertebra.



Bila saluran darah ini pecah, ia boleh menyebabkan berlakunya pembekuan darah di dalam saluran darah tersebut. Apabila darah beku ini tercabut daripada tempat asal, maka ia akan dipam masuk ke dalam saluran darah di bahagian otak menyebabkan kawasan tersebut kekurangan bekalan oksigen.

Perkara ini akan menyebabkan fungsi otak terutamanya yang mengawal pergerakan badan terjejas dan menyebabkan lumpuh. Pesakit ini disahkan mengalami strok ataupun angin ahmar.

Strok yang disebabkan sumbatan saluran darah ini selalunya lebih sukar untuk pulih berbanding strok yang disebabkan pendarahan dalam otak.

Wanita malang ini mungkin akan lambat untuk pulih sepenuhnya daripada kelumpuhan tersebut ataupun mengalami masalah ini hingga ke akhir hayatnya hanya kerana ingin meregangkan lehernya.

Perkara ini bukan main-main

Anda perlu ambil serius perkara ini kerana urutan seperti ini yang anda lakukan sendiri ataupun di kedai gunting dan sebagainya mempunyai risiko yang sama.



Aktiviti memanipulasi leher ini boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian tulang, sendi, otot, saraf dan saluran darah dibahagian tersebut dan ia boleh menyebabkan kecacatan yang kekal seperti mana yang dialami oleh wanita tersebut.

Anda mungkin tidak akan mengalami perkara diatas, tetapi melakukan perkara ini berulang kali boleh menyebabkan sendi leher anda mengalami masalah osteoarthritis yang menyebabkan leher anda selalu terasa sakit.

Walaupun kebanyakan individu tidak mengalami komplikasi seperti yang dinyatakan, tetapi kelegaan yang seketika tidak akan mampu mengatasi kecacatan yang anda perlu bawa hingga akhir ayat. Oleh itu, perbuatan membunyikan leher ini AMATLAH TIDAK DIGALAKKAN.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 17 =