Skip to content

Benarkah menepuk-nepuk lengan boleh merawat sakit jantung?

Viral satu video dimana seorang pemuda telah mengalami serangan sakit jantung ketika menonton wayang. Pada ketika itu ada seorang Singseh(Perawat Tradisional China) telah menepuk-nepuk kedua pelipat lengan iaitu di atas siku selama 2 minit.

Kemudian pemuda ini kembali sedar setelah beberapa minit lengannya ditepuk. Dikatakan tempat tersebut mempunyai 3 titik yang berhubung terus dengan jantung dan paru-paru kita. Akhir sekali dalam post tersebut, diminta untuk dikongsikan post tersebut kepada orang lain.

Sebenarnya pemuda tersebut bukanlah mengalami serangan sakit jantung. Ikuti penjelasan kami.

Apakah yang dialami oleh pesakit?



Pada awal video tersebut, perkara yang paling jelas kita nampak adalah satu gumpalan kain telah dimasukkan pada mulut pesakit. Nak menunjukkan sebelum itu, dia bukanlah mengalami serangan sakit jantung sebelum dia pengsan. Tetapi dia mengalami sawan pada ketika yang menyebabkan orang pada ketika itu memasukkan kain dalam mulutnya kerana risau tergigit lidah.

Apabila seseorang itu mengalami sawan, ada kalanya pesakit akan pengsan secara tiba-tiba, muka akan biru dan air liur meleleh. Dan sudah menjadi amalan kebanyakan orang daripada masyarakat yang akan memasukkan sesuatu ke dalam mulut

Pesakit juga akan mengalami satu keadaan pening, mamai dan konfius setelah sawan tersebut berhenti. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘Post-ictal drowsiness’ dan perkara inilah yang berlaku kepada pemuda tersebut setelah sedar. Tetapi lengannya dipukul dengan lebih kuat kerana risau pesakit pengsan semula. Sedangkan tak perlu tepuk lengan tersebut sebab sawan tersebut telah berhenti.

Kemudian, jika dilihat pesakit tersebut adalah orang muda dan orang muda sangatlah jarang untuk mengalami serangan sakit jantung berbanding mereka yang sudah berumur.

Bagaimana sakit jantung dikesan?

Saya tertanya tanya bagaimanakah Singse tersebut ataupun orang yang menulis post tersebut mengetahui bahawa pemuda tersebut sedang mengalami serangan sakit jantung. Video yang ditunjukkan hanyalah video pendek yang kita tidak tahu bagaimanakah kejadian tersebut berlaku sebelum pesakit jatuh pengsan.



Pertamanya sakit jantung adalah istilah yang secara amnya merujuk kepada orang yang mengadu sakit dada dan ia perlu disahkan oleh doktor dengan menggunakan peralatan dan juga pengambilan darah.

Ini kerana sakit bahagian dada mempunyai pelbagai sebab seperti gastrik, GERD, Jangkitan paru-paru dan banyak lagi.

Jadi seseorang yang sakit dada tidak semestinya mengalami serangan sakit jantung.

Untuk seseorang itu disahkan mengalami serangan sakit jantung, pesakit perlu menjalani ujian yang dipanggil sebagai ECG(Electrocardiogram) untuk melihat keadaan gelombang elektrik pada jantung. Kemudian, Ujian darah spesfik untuk mengesan protein Troponin I atau Troponin T yang menunjukkan serangan jantung baru sahaja berlaku.

Dengan pemeriksaan ini terutamanya ECG, barulah seseorang itu dapat dipastikan sama ada mengalami serangan sakit jantung ataupun tidak.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Adakah dengan menepuk bahagian tersebut akan membantu seseorang yang mengalami serangan sakit jantung?

Perlu kita ketahui bahawa serangan sakit jantung adalah disebabkan pembuluh darah dibahagian jantung telah tersumbat dengan darah beku. Cara rawatan yang paling betul adalah dengan cara menghilangkan sumbatan pada saluran darah supaya darah dapat mengalir semula dengan normal.

Dengan cara menepuk-nepuk pada bahagian siku atas atau dalam istilah perubatannya ‘Cubital fossa‘ tidak akan membantu dalam perkara ini. Walaupun pada bahagian tersebut terdapat salur darah yang akan bersambung dengan aorta iaitu salur darah yang paling besar dimana ia mengandung darah yang baru dipam daripada jantung, ia masih tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung ketika kawasan tersebut ditepuk.

Kesimpulannya

  1. Mungkin pemuda tersebut bukanlah menghadapi sakit jantung. Tetapi apa yang dihadapinya adalah sawan. Sawan seperti mana yang kita tahu kebanyakkannya boleh sedar dengan sendiri tanpa menepuk-nepuk tubuh pesakit.
  2. Menepuk-nepuk bahagian siku atas tidak akan membantu bagi mereka yang mengalami sakit jantung. Jadi, janganlah anda tepuk-tepuk bahagian tersebut jika anda syak pesakit sedang mengalami serangan sakit jantung
  3. Jika pesakit mengalami pengsan seperti ini, bawalah pergi ke hospital. Janganlah bertindak seperti ini.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − ten =