Kulit Nipis: Punca, Rawatan dan Pencegahan

kulit nipis

Kulit yang senang terkoyak, lebam dan luka mungkin adalah kerana kulit hang nipis. Ia kerap dialami oleh orang tua dan paling jelas dilihat di muka, tangan dan lengan. Mereka yanh mempunyai kulit yang nipis juga dapat melihat bayang saluran darah, urat, tulang dan tendon di bawah kulit tangan dan lengan.

Kulit terdiri daripada banyak lapisan dan lapisan tengah adalah dermis. Dermis mempengaruhi sebanyak 90% ketebalan kulit.

Bahagian dermis yang tebal dan fibrous diperbuat dari kolagen dan elastin. Dermis membantu kekuatan kulit, fleksibiliti dan kekenyalan kulit. Kulit nipis terjadi kerana dermis yang menipis.

Walaupun kulit nipis sering dikaitkan dengan proses penuaan, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhinya seperti sinaran UV, genetik, gaya hidup dan penggunaan sesetengah ubatan.

Punca Kulit Nipis

Terdapat beberapa punca kepada masalah kulit nipis. Ia adalah:

1. Proses penuaan

Apabila usia meningkat, penghasilan kolagen pun berkurang. Kolagen merupakan bahan asas dan utama dalam kulit yang membantu mencegah kedutan dan kulit kering. Genetik anda mungkin mempengaruhi jumlah kolagen yang hilang apabila anda berusia.

Apabila dermis menghasilkan kolagen yang tidak mencukupi, kulit tidak mampu merawat luka dengan baik menyebabkan kulit nipis.

2. Pendedahan kepada sinar UV

Pelbagai jenis kerosakan pada dermis seperti kedutan, tompok penuaan dan kulit nipis terjadi kerana pendedahan kepada cahaya matahari. Kerosakan ini terjadi setelah bertahun lamanya terdedah kepada cahaya matahari.

Kulit nipis kerap terjadi di bahagian muka, tangan dan lengan. Ini merupakan bahagian badan yang tidak terlindung oleh pakaian.

3. Penggunaan sesetengah ubatan

Sesetengah orang mengalami kulit nipis setelah penggunaan beberapa jenis ubata buat masa yang lama. Antaranya:

4. Gaya hidup

Terdapat beberapa faktor dalam aspek gaya hidup yang menyebabkan kulit menua sebelum waktunya. Antaranya ialah:

  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Kekurangan aktiviti senaman
  • Pemakanan yang kurang buahan dan sayuran tetapi mempunyai lebihan gula dan karbohidrat proses

Rawatan kulit nipis

Doktor kulit akan menjalankan beberapa rawatan yang bersesuaian dengan keadaan anda seperti microneedling, suntikan fillers, rawatan laser, rawatan cahaya dan terapi fotodinamik.

1. Rawatan laser

Rawatan laser dapat mengurangkan kesan penuaan kerana terdedah kepada sinar UV.

Sesetengah laser menawarkan hasil sejurus selepas rawatan namun ada juga yang mengambil sedikit masa bagi melihat kesannya.

2. Rawatan cahaya dan terapi fotodinamik

Rawatan cahaya merupakan rawatan intensif bagi menghidupkan kulit. Ia memfokuskan sinar cahaya pada kulit. Ia juga disebut sebagai photofacial.

Terapi fotodinamik pula menggunakan sinar cahaya yang lebih intensif. Sebelum rawatan dimulakan, kulit disapu dengan produk photosensitif.

Kedua rawatan ini memerlukan beberapa sesi bagi melihat kesan. Mereka menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kesan kerosakan pendedahan cahaya matahari seperti tompok hitam. Kedua rawatan ini boleh digunakan pada wajah, tangan, dada.

3. Microneedling

Microneedling atau dermarolling boleh dibuat dirumah atau di klinik bagi menghidupkan sel kulit. Doktor akan menyapu ubat bius topikal pada kulit dan menggunakan sejenis alatan yang mempunyai jarum jarum kecil.

Jarum ini akan menyebabkan sedikit pendarahan kecil pada kulit tetapi tidak merosakkan struktur kulit. Rawatan ini jika dilakukan beberapa kali mampu menggalakkan penghasilan kolagen. Lantas meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit.

4. Suntikan fillers

Fillers merupakan sejenis bahan cecair yang disuntik ke dalam kulit bagi mengisi kekosongan atau menambah cecair dalam kulit, menghasilkan kulit wajah yang anjal dan lebih muda. Kebanyakannya disuntik di muka namun ada juga yang disuntik di tangan.

Sesetengah fillers menawarkan hasil yang segera selepas rawatan yang mampu bertahan selama 2 tahun. Fillers jenis lain pula memerlukan beberapa sesi rawatan bagi menghasilkan keputusan dalam masa beberapa bulan.

Rawatan di rumah

1. Preskripsi retinoid

Retinoid merupakan sejenis ubatan derivatif vitamin A yang sangat efektif mengurangkan dan mencegah kesan kerosakan kulit kerana sinaran UV.

Antara kesan sampingan retinoid ialah kulit kering, kulit kemerahan, dan gatal.

2. Diet dan pengambilan suplemen

Mengamalkan diet yang seimbang penting bagi kesihatan kulit. Banyak komponen penting untuk menghasilkan kulit yang cantik terdapat dalam buahan, sayuran, ikan, minyak dan daging.

Berikut merupakan antara suplemen yang disyorkan untuk melawan kesan penuaan pada kulit:

  • Vitamin C oral dan topikal
  • Minyak evening primrose oil
  • Kolagen peptide
  • Omega-3

Cara Pencegahan Kulit Nipis

  • Memakai krim pelindung UV SPF30 setiap hari
  • Berhenti merokok
  • Mengamalkan pemakanan seimbang
  • Mengurangkan pengambilan alkohol
  • Bersenam secara berkala
  • Memakai krim pelembab setiap hari

Rujukan

  1. Thin skin – Healthline
  2. McCusker M, et al. (2010). Healing fats of the skin: The structural and immunologic roles of the omega-6 and omega-3 fatty acids [Abstract]. DOI: 10.1016/j.clindermatol.2010.03.020
  3. Muggli R. (2005). Systemic evening primrose oil improves the biophysical skin parameters of healthy adults [Abstract]. DOI: 10.1111/j.1467-2494.2005.00274.x
  4. Preissig J, et al. (2012). Current laser resurfacing technologies: A review that delves beneath the surface [Abstract]. DOI:
    10.1055/s-0032-1329413

Nurul Afza

Nurul Afza Shamsul Kamal merupakan merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Teknologi MARA. Penglibatan beliau dalam The Diagnosa sebagai penulis adalah merupakan satu usaha dalam menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

Kumpulan artikel-artikel Nurul Afza di SINI

Kenali Nurul Afza melalui profil beliau di SINI

Artikel berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 4 =