Skip to content

Osteoporosis: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah osteoporosis(tulang rapuh)? Artikel ini akan membincangkan berkenaan masalah ini berserta pencegahan yang boleh dilakukan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Osteoporosis
  3. Punca Osteoporosis
  4. Komplikasi Tulang rapuh
  5. Ujian Pengesahan
  6. Rawatan Tulang Rapuh
  7. Pencegahan

Pengenalan


Osteoporosis atau tulang rapuh ialah satu penyakit yang menyebabkan tulang menjadi sangat lemah dan rapuh, menyebabkan tulang-tulang mudah patah. Banyak kes tulang patah akibat osteoporosis berlaku di kawasan pinggul, peha, lengan, pergelangan tangan, dan tulang belakang.

Simptom Penyakit Osteoporosis


Tiada simptom untuk penyakit osteoporosis pada peringkat awal. Tanda-tanda penyakit ini akan dapat kita kesan hanya apabila tulang-tulang kita menjadi lemah akibat osteoporosis. Antara tanda-tandanya ialah:

  • Sakit pada bahagian belakang atau leher akibat tulang belakang pecah.
  • Ketinggian badan menurun.
  • Posisi badan semakin membongkok.
  • Tulang mudah patah.
  • Kyphosis. Keadaan dimana tulang belakang melengkung kehadapan seolah-olah seorang itu mempunyai bonggol di belakang badannya
  • Bahagian abdomen menonjol ke depan.
  • Menopaus bermula terlalu awal (bagi perempuan).


Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Tulang Rapuh


Antara faktor risiko berlakunya penyakit osteoporosis ialah:

  • Jantina. Penyakit ini banyak menghadapi kaum perempuan berbanding lelaki.
  • Umur. Semakin tua umur manusia, semakin tinggi risiko kita menghadapi masalah tulang rapuh.
  • Asal usul. Penduduk yang tinggal di Benua Asia  mempunyai peratus yang tinggi untuk menghadapipenyakt osteoporosis.
  • Penyakit genetik. Masalah ini juga berkemungkinan ialah penyakit keturunan atau keluarga.
  • Saiz badan. Saiz badan yang kecil lebih tinggi risiko berbanding mereka yang mempunyai susuk tubuh yang besar.
  • Gaya hidup yang tidak sihat. Contohnya ialah merokok, minum alkohol, dan badan kurang aktif.
  • Ubat-ubatan. Kortison, dan heparin.
  • Faktor pemakanan. Antaranya ialah kurang kalsium dalam pemakanan dan
  • Masalah hormon.
    • Rendah sex hormon – Hormon testosterone bagi lelaki dan hormon estrogen bagi perempuan.
  • Pesakit mempunyai masalah kesihatan yang lain. Antaranya:
    • Penyakit hati (liver).
    • Penyakit buah pinggang.
    • Kanser.
    • Lupus.

Komplikasi Osteoporosis


Badan manusia mempunyai banyak sistem yang penting dan setiap sistem mempunyai kepentingan masing-masing untuk menjaga kesihatan badan kita.

Antara fungsi utama sistem rangka manusia ialah untuk menampung berat badan manusia. Justeru, tulang yang sihat dan kuat menjadi perkara yang wajib diperlukan untuk sistem rangka dapat berfungsi secara optimum.

Namun bagi kes pesakit yang mengalami osteoporosis yang mempunyai tulang yang rapuh, sistem rangka mereka tidak dapat memberi sokongan kepada berat badan mereka, seterusnya akan mengakibatkan:

  • Ketinggian bandar semakin berkurangan
  • Postur badan pesakit semakin membongkok.
  • Sakit belakang.
  • Pesakit tidak dapat berjalan dengan sendiri (bagi yang mengalami osteoporosis di tulang pinggul atau kaki).

Ujian Pengesahan




Osteoporosis akan dikesan melalui Ujian Ketumpatan Tulang (Bone Density Testing). Ujian ini bertujuan untuk mengukur kekuatan tulang berdasarkan jantina dan umur pesakit, serta risiko untuk tulang pesakit patah.

Ujian tersebut akan dilakukan dengan menggunakan sinaran x-ray melalui peralatan yang dipanggil densitometer. Doktor juga boleh mengesan masalah ini dengan memeriksa tahap kalsium, phosphate, dan alkalin phosphatase dalam badan kita.

Rawatan Osteoporosis


Untuk kes osteoporosis, doktor akan menggunakan rawatan yang memfokuskan untuk mengelakkan berlaku kekurangan ketumpatan tulang (tulang menjadi lemah), serta merangsang badan pesakit meningkatkan penghasilan komposisi tulang yang baru.

Antara rawatan yang digunakan ialah:

  • Suppliment kalsium dan vitamin D, kerana kedua-duanya ialah asas untuk tulang yang kuat.
  • Biophosphonates untuk mengurangkan risiko tulang menjadi lemah.
  • Denosumab. Ubat ini menghasilkan kesan yang lebih baik berbanding biophosphonates.
  • Terapi hormon. Terapi ini akan menambah hormon testosterone bagi lelaki dan hormon estrogen bagi perempuan.
  • Recombinant Human Parathyroid Hormone (rhPTH). – Digunakan untuk merangsang pembentukan tulang yang baru.

Cara untuk Mengelak Penyakit Osteoporosis


Untuk menjaga badan kita, gaya hidup yang sihat ialah perkara wajib yang kita perlu amalkan. Dan untuk mengelak masalah ini, kita perlu melakukan langkah untuk menjaga kesihatan tulang kita. Antaranya ialah:

  • Berhenti merokok.
  • Berhenti minum alkohol.
  • Makan makanan yang mempunyai zat kalsium yang tinggi sekurang-kurangnya 1000 mg sehari.
  • Elakkan diri daripada terjatuh kerana ia memberi risiko kepada tulang patah.
  • Melakukan senaman berkala. Antaranya ialah:
    • Senaman ‘weigh bearing’.
    • Senaman ‘resistance’.
    • Berjoging.
    • Lompat tali (skipping).
    • Senaman aerobik.
    • Mendaki tangga.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Dr. Ahmed Mowafy (2019). In Capsule Series Internal Medicine: Rheumatology. 4th edition. University Book Centre Sayed Mahmoud
  2. Prof. Dr. Magdy Ishak Atallah MD (2012). Concise Textbook of Internal Medicine.
  3. Osteoporosis – Mayoclinic
  4. Tulang Rapuh – Myhealth
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 − 3 =