Skip to content

Paru-paru lelaki ini bocor selepas menyanyi di Karaoke

Seorang lelaki berumur 65 tahun datang ke jabatan kecemasan disebabkan sesak nafas dan juga sakit dada yang teruk.

Pemeriksaan di jabatan kecemasan mendapati pesakit mengalami satu keadaan yang dinamakan sebagai pneumothorax ataupun bahasa mudahnya adalah paru-paru bocor.

Sebenarnya terdapat ruang diantara paru-paru dan juga dinding dada. Ruang ini dinamakan sebagai ‘Pleural space‘(ruang pleura). Ia mengandungi cecair yang berfungsi sebagai pelincir supaya paru-paru mudah berkembang ketika seseorang menarik nafas.



Akan tetapi paru-paru itu sendiri boleh bocor menyebabkan udara di dalam paru-paru keluar dan memasuki ruangan pleura tersebut.

Paru-paru yang bocor ini akan mengecut sama seperti belon yang pecah. Paru-paru yang tidak boleh berfungsi dengan normal ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan semakin kurang.

X-ray ini menunjukkan pneumothorax pada bahagian kanan paru-paru. Paru-paru kelihatan mengecil disebabkan udara yang masuk di dalam ruang pleura

Pesakit akan mengalami sesak nafas dan juga sakit dada disebabkan kekurangan oksigen dalam badan dan juga disebabkan paru-parunya yang bocor.

Sejarah diambil daripada pesakit dan mendapati pesakit telah menyanyikan lebih kurang 10 lagu yang mempunyai suara(note) di yang tinggi di karaoke sebelum mengalami masalah ini. Tiada sejarah kemalangan ataupun trauma pada bahagian dada dalam waktu yang terdekat.

Oleh itu, Doktor mengesahkan punca kepada masalah paru-paru bocor itu adalah disebabkan menyanyi dengan note yang tinggi.



Kes ini telah berlaku di negara China dan dilaporkan oleh media South China Morning Post.

Sebenarnya ramai dikalangan manusia yang menyanyi lagu yang sama tetapi tidak mengalami sebarang masalah. Oleh itu, berkemungkinan sebelum paru-paru lelaki itu pecah dia sudah mengalami masalah paru-paru terlebih dahulu yang dia tidak tahu.

Bahkan sebelum ini telah terdapat satu kes yang melibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun mengalami masalah yang sama iaitu pneumothorax apabila dia menjerit terlalu kuat dalam satu konsert. Kes tersebut telah dilaporkan dalam Journal of Emergency Medicine pada tahun 2017.

Nasihatnya disini, elakkan daripada terlalu lama menyanyikan lagi pada note yang tinggi ataupun menjerit dengan terlalu kuat. Jika paru-paru anda ada masalah, mungkin ia boleh menyebabkan paru-paru anda bocor.

Selain dari itu, pneumothorax dalam perubatan dikira sebagai keadaan yang berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang jika tidak dirawat dengan cepat.

Sumber:

  1. https://www.iflscience.com/health-and-medicine/man-hospitalized-with-collapsed-lung-after-too-much-karaoke/
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 12 =