Skip to content

Segitiga Bahaya di Bahagian Muka

Tuan puan semua, doktor mesti pernah menasihati anda untuk mengelakkan diri daripada memecahkan jerawat di muka anda. Kata doktor ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga parut yang teruk.

Tapi adakah ianya dapat membuatkan anda berhenti daripada melakukannya? Mesti ada yang masih juga memecahkan jerawat tersebut. Rasa keseronokan untuk mengeluarkannya adalah satu kenikmatan bagi mereka yang sering melakukan perkara ini.

Tetapi tahukah anda terdapat kawasan di muka anda yang dipanggil sebagai ‘Dangerous triangle'(Segitiga bahaya). Ia boleh menyebabkan nyawa anda terancam jika memecahkan jerawat dibahagian tersebut

Kisah Pesakit



Seorang pesakit dibawa ke jabatan kecemasan disebabkan tidak sedarkan diri. Pesakit ini berumur 28 tahun, seorang wanita. Dimukanya terdapat jerawat muka yang besar dan merah menyala.Jerawat tersebut terletak dibahagian pangkal hidung iaitu diantara mata.

Tekanan darah normal. Cumanya, pesakit sedang demam dengan suhu 39 darjah. Sampai di zon merah, pesakit mula sawan.

Penyiasatan di dalam wad mendapati pesakit mengalami jangkitan selaput otak dan bakteria yang terlibat adalah Staphylococcus areus.

Perlu diketahui bahawa jangkitan staphylococcus areus pada kawasan selaput otak adalah satu yang jarang berlaku kecuali jika terdapat jangkitan ketika pembedahan dilakukan ataupun ia berasal daripada jangkitan kulit.

Tetapi bagi pesakit ini, ia berasal daripada jangkitan jerawat dibahagian muka pesakit. Ahli keluarga pun mengakui bahawa pesakit cuba untuk mengeluarkan jerawat di bahagian hidung tersebut sebelum insiden ini berlaku.

Segitiga bahaya di bahagian muka



Segitiga ini bermula daripada pangkal hidung dan ia membawa kepada hujung bahagian mulut. Kesemua kawasan ini akan membawa darah terus ke satu kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus.

Kawasan segitiga yang berbahaya

Cavernous Sinus ini pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. Jika terdapat jangkitan dibahagian Segitiga yang dikatakan ini, maka jangkitan tersebut boleh masuk ke dalam ruangan ini dan mendatangkan beberapa kesan.

Kawasan Cavernous adalah kawasan yang berwarna biru (rujukan: EBM Consult)

1. Cavernous Sinus Thrombosis

Dimana terdapat pembentukan darah beku di dalam kawasan sinus. Darah beku ini boleh bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok

2. Jangkitan otak

Saluran darah ini akan membawa darah berdekatan dengan otak dan menyebabkan jangkitan pada otak dan selaput otak. Disebabkan lokasinya yang sangat dekat dengan otak, ia boleh menyebabkan kesan yang cepat seperti pesakit yang saya ceritakan ini



3. Lumpuh saraf

Di dalam Cavernous sinus ini pun menjadi laluan beberapa jenis saraf. Jangkitan kuman dalam kawasan sinus ini akan menyebabkan saraf ini lumpuh. Hasilnya otot dibahagian mulut akan terjejas dan penglihatan akan menjadi kabur.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Pengecahan

Jadi untuk anda mengelakkan masalah yang kami ceritakan ini, elakkanlah diri daripada menekan atau memecahkan atau mengeluarkan jerawat yang berada dibahagian segitiga yang kami katakan ini.

Jika anda mempunyai jerawat yang besar, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu

Rujukan:

  1. Eckberg TJ. The Dangerous Triangle (Still Dangerous).  JAMA. 1969;209(4):561. doi:10.1001/jama.1969.03160170057019
  2. Dangerous Triangle – Healhtline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × two =