Skip to content

Selulit: Punca dan Cara Rawatan

Selulit adalah sesuatu yang paling tidak disukai oleh kebanyakkan orang terutamanya golongan wanita kerana ia memberikan bentuk kulit yang kurang menyenangkan. Selulit merupakan perubahan yang berlaku pada kulit di mana terjadinya lekukan dan ketulan pada kulit.

Nama lain yang turut digunakan bagi menggambarkan keadaan ini adalah orange peel skin (kulit oren), cheese cottage skin (kulit keju) dan mattress phenomenon ( fenomena tilam).

Selulit boleh terjadi kepada lelaki dan perempuan, namun ia lebih banyak terjadi kepada golongan wanita. Hal ini adalah disebabkan oleh kedudukan lemak, otot dan tisu yang tersebar di seluruh badan. Tahukah anda hampir 80 ke 90 peratus wanita mengalami selulit dalam hidup mereka!

Tahap Selulit



Terdapat 3 Tahap selulit.

Tahap 1 atau biasa: kulit berupa seperti kulit oren dan terdapat kulit lebihan yang melendut. Terdapat 1-4 lekukan permukaan pada kulit.

Tahap 2 atau sederhana: kulit berupa seperti kulit keju dan terdapat lebih banyak lebihan kulit yang melendut. Terdapat 5-9 lekukan lebih dalam pada kulit.

Tahap 3 atau teruk: kulit berupa seperti tilam dan terdapat banyak kulit lebihan yang melendut. Terdapat lebih 10 lekukan dalam pada kulit.

Punca Selulit

Punca sebenar selulit masih belum diketahui namun ia mungkin terjadi kerana interaksi antara lapisan tisu konektif di lapisan kulit pertama dan lemak di lapisan kulit kedua di bawahnya.



Dalam kulit wanita, sel lemak dan tisu konektif disusun secara menegak. Jika sel lemak menembusi lapisan kulit, ini menyebabkan terjadinya selulit.

Dalam kulit lelaki, lapisan kulit disusun lebih kurang teratur dan bersimpang siur menyebabkan kurang risiko terjadinya selulit. Selain itu terdapat juga faktor lain seperti:

1. Faktor hormon dan umur

Hormon seperti estrogen, insulin, noradrenaline, hormon thyroid dan prolactin memainkan peranan penting dalam kejadian selulit. Apabila estrogen menurun dalam kalangan wanita yang menghampiri menopaus, bekalan darah ke tisu di bawah kulit juga berkurangan.

Kurang bekalan darah bermakna kurang oksigen di kawasan tersebut. Ini juga menyebabkan penghasilan kolagen juga berkurangan. Sel lemak juga membesar apabila estrogen berkurang.

Kesemua faktor ini menyumbang kepada sel lemak menjadi lebih jelas. Apabila sel lemak menembusi lapisan tisu konektif yang semakin lemah, ia menyebabkan terjadinya kesan lekukan pada kulit. Usia yang meningkat juga menyebabkan kulit kurang elastik, nipis dan mudah untuk melendut. Ini meningkatkan risiko terjadinya selulit.

2. Faktor genetik

Faktor genetik dikaitkan dengan kelajuan metabolisma, pengedaran lemak di dalam tubuh badan dan kadar pengaliran darah. Semua ini menyumbang kepada terjadinya masalah ini.



3. Cara pemakan dan gaya hidup

Pengambilan karbohidrat, lemak dan garam berlebihan dan kurang pengambilan serat menyebabkan terjadinya masalah ini. Mereka yang merokok dan tidak bersenam juga lebih banyak mengalami selulit.

Pemakaian pakaian dalam yang ketat juga menghalang pengaliran darah juga menyumbang kepada masalah kulit ini. Selulit juga lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai lemak berlebihan tetapi boleh juga dialami oleh mereka yang kurus.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Selulit

Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk mengurangkan selulit dengan memusnahkan band dalam tisu konektif di bawah lapisan kulit.

  • Terapi gelombang akustik, ia memerlukan beberapa sesi untuk menunjukkan kesan pada kulit. Dalam rawatan ini ia menggunakan gelombang bunyi
  • Terapi laser ini akan memecahkan tisu dan ini akan menggalakkan penghasilan kolagen
  • Subcision menggunakan pisau kecil bagi memusnahkan tisu yang rosak.
  • Terapi karbon dioksida yang memerlukan suntikan gas karbon monoksida ke dalam lapisan kulit. Kesan sampingannya adalah lebam dan rasa tidak selesa.
  • Endermologie pula menggunakan teknik urutan menggunakan mesin vacuum bagi menganjalkan kulit.
  • Terapi Pemanas yang memanaskan lapisan kulit dan memusnahkan selulit.
  • Liposuction melibatkan pembuangan tisu lemak dari bawah lapisan kulit

Ubatan Dan Krim

  • Krim yang mengandungi Kafein akan menyebabkan sel kulit menjadi kering dan ini akan menjadikan selulit kurang jelas.
  • Retinol akan membuatkan kulit menjadi tebal dan ini akan menyebabkan selulit menjadi kurang jelas. Terdapat kesan sampingan yang boleh berlaku disebabkan penggunaan krim ini seperti jantung berdebar

Perubahan Gaya Hidup

Mengurangkan pengambilan makanan berlemak akan mengurangkan peratusan lemak dalam tubuh. Ini mengurangkan risiko terjadinya selulit. Amalkan juga aktiviti beriadah secara konsisten bagi menjaga kesihatan dan menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit.

Periksa Simptom anda Di Sini



Rujukan:

  1. Everything you need to know about cellulite – Medical News Today
  2. Cellulite treatments: What really works? (n.d.) – American Academy of Dermatology Association
  3. Harmon, K. (2009, May 4). Is cellulite forever? Scientific American
  4. Hexsel, D. (2009, February). A validated photonumeric cellulite severity scale. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology 235, 523-528
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × one =