Skip to content

Tatacara pesakit di klinik kesihatan ketika Wabak

Bulan lepas kita dikejutkan dengan penularan wabak daripada virus Nobel Coronavirus(nCoV) atau nama baharunya COVID-19. Ia makin menular hingga ke hari ini dan jumlah kes meningkat saban hari.Bahkan jumlah kematian juga semakin meningkat.

Perlu diketahui bahawa ketika wabak sedang berlaku di luar negara, maka kementerian kesihatan akan mengaktifkan kesiapsiagaan untuk menghadapi perkara tersebut dan semua fasiliti kesihatan akan diminta bagi bersedia mengadapi masalah ini.

Oleh itu, kawasan di fasiliti kesihatan akan diubahsuai agar pesakit yang disyaki mempunyai jangkitan ini dapat disaring dipintu hadapan klinik terlebih dahulu supaya pesakit ini tidak terlepas masuk ke bahagian dalam klinik dan bergaul dengan pesakit yang lain.



Oleh itu, ada beberapa tips atau tatacara yang anda perlu buat ketika anda sampai ke klinik kesihatan supaya anda melindungi diri dan juga staf kesihatan yang lain.

1. Ikut pintu hadapan klinik atau lobi utama klinik
Contoh lobi utama Klinik Kesihatan Telupid

Sesetengah klinik selalunya mempunyai banyak pintu masuk. Ada pintu belakang, pintu tepi, boleh naik melalui lif daripada tempat parking dan sebagainya.

Perlu diketahui bahawa kaunter saringan untuk pesakit yang mengalami masalah ini selalunya terletak di pintu hadapan atau lobi utama klinik.

Ini akan memudahkan anda disaring di bahagian hadapan klinik tanpa bercampur dengan orang lain terlebih dahulu.

Perkara ini dibuat supaya pesakit yang disyaki nCoV ini dapat disaring dan mereka selalunya akan disuruh pergi ke satu tempat di klinik tanpa bercampur dengan pesakit lain.



Kecuali sudah ada papan tanda yang menyatakan kena pergi ke tempat sekian-sekian untuk pesakit disyaki nCoV ini, maka anda kena pergi ke tempat tersebut.

Jika tiada maka, tempat saringan tersebut selalunya terdapat di bahagian lobi utama.

2. Kena tahu anda patut berada di mana dan tidak berada di tempat larangan
Contoh garisan kuning tapi ini untuk polis. Jika anda terjumpa tali ini, maka elakkan daripada masuk ke dalam tali tersebut kerana ia mungkin laluan pesakit nCoV

Ketika wabak seperti ini, selalunya klinik akan mewujudkan laluan khas untuk pesakit yang disyaki mengalami penyakit ini.

Laluan ini selalunya ditanda dengan tali kuning dengan isyarat anda tidak boleh masuk ke dalam kawasan tersebut.

Bahkan ada klinik yang mewujudkan tempat menunggu pesakit untuk memberi masa pada staf kesihatan memakai baju perlindungan(personal protective equipment) terlebih dahulu sebelum memeriksa pesakit.

Oleh itu, anda tidak boleh berada di tempat tersebut supaya anda tidak terdedah kepada pesakit yang disyaki nCoV(COVID-19) ini.

Jadi anda kena peka dan baca setiap papan tanda di klinik yang anda datang.

3. Sentiasa gunakan pencuci tangan(Hand Sanitizer)

Anda dinasihatkan untuk menggunakan hand sanitizer sebelum dan selepas keluar daripada klinik.



Jika boleh beli satu untuk diri sendiri dan juga untuk ahli keluarga.

Setelah keluar sahaja daripada bilik doktor terus gunakan hand sanitizer tersebut. Jika anda masih ada ambil ubat dan sebagainya, sejurus selepas daripada itu, basuh tangan semula menggunakan hand sanitizer lagi sekali untuk mengelakkan diri dan keluarga anda di jangkiti oleh apa-apa kuman daripada klinik tersebut.

4. Jangan tangkap gambar jika anda nampak staf kesihatan pakai baju perlindungan diri
Elakkan tangkap gambar staf kesihatan

Tujuan anda datang ke klinik kesihatan sebab sakit atau bawak ahli keluarga yang sakit. Anda datang ke klinik bukan untuk menjadi wartawan.

Jika anda terlihat staf kesihatan sedang memakai baju perlindung diri atau sedang memeriksa pesakit menggunakan baju tersebut, mohon jangan menangkap gambar staf tersebut.

Tidak semestinya pesakit itu mempunyai penyakit tersebut.

Kalau dah tertangkap tu, mohon hapuskan gambar tersebut. Jangan pula sebarkan dan cakap ada pesakit coronavirus di klinik sekian-sekian dan sebagainya kerana ia akan mencetuskan rasa panik yang tidak perlu.

5. Balik dengan segera

Jika urusan anda telah selesai, anda dinasihatkan untuk pulang dengan segera.

Semakin lama anda duduk di klinik, semakin mudah anda terdedah dengan pelbagai jenis virus atau bakteria yang dibawa oleh pesakit.



Jika pesakit COVID-19 ini terlepas masuk ke dalam tempat menunggu pesakit biasa juga, maka anda akan terdedah juga.

Sebagai tambahan

Sebagai tambahan, jika anda mempunyai batuk dan selesema yang biasa dan tiada kaitan dengan penyakit COVID-19 ini, anda boleh mengambil ubat-ubatan di farmasi terlebih dahulu tanpa datang ke klinik.

Ini akan mengurangkan risiko anda untuk terdedah dengan pesakit COVID-19 ini.

Tetapi jika anda sudah ada demam yang teruk, muntah dan cirit birit dan penyakit yang tidak baik-baik, anda dinasihatkan untuk datang ke klinik.

Artikel berkaitan:

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − five =