Skip to content

Najis Hitam: Punca, Simptom dan Rawatan

Najis hitam adalah perubahan pada warna najis yang ketara. Terdapat beberapa punca utama kepada masalah ini seperti permakanan, pengambilan beberapa jenis suplemen dan juga pendarahan dalam saluran permakanan.

Punca najis hitam

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan najis hitam.

Makanan atau diet



Terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan najis menjadi sedikit gelap daripada biasa. Makanan tersebut adalah:

  • Blueberry
  • Cokelat
  • Ubi bit merah

Ubat atau suplemen

Terdapat beberapa jenis ubat atau suplemen yang boleh menyebabkan najis berwarna gelap. Ubat-ubat tersebut adalah

  • Charcoal(Arang)
  • Bismuth – Selalu digunakan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik
  • Ubat zat besi seperti ferrous fumarate, Zincofer, iberet ataupun obimin
Pendarahan dalam saluran permakanan

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan pendarahan dalam saluran permakanan. Punca-punca tersebut adalah:

1. Ulser perut



Jika terdapat ulser di dalam perut, ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan di dalam dan najis akan berwarna hitam.

Punca kepada ulser perut ini selalunya disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang lama dan juga jangkitan bakteria H. pylori

Terdapat juga simptom-simpton lain yang boleh berlaku bersama-sama dengan masalah ini. Ia adalah:

  • Sakit atau pedih ulu hati
  • Perut rasa kembung
  • Perut berangin
  • Muntah darah
  • Kurang selera makan
  • Badan lemah

Rawatan kepada masalah ini adalah bergantung kepada puncanya. Jika ia disebabkan ubat tahan sakit, maka pesakit diminta untuk memberhentikan pengambilan ubat tersebut

Jika ia disebabkan jangkitan bakteria, maka pesakit perlu mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.

2. Kanser

Kanser perut atau kanser usus boleh menyebabkan pendarahan yang kronik dalam saluran permakanan.

Ini disebabkan kanser adalah sel yang rapuh dan senang pecah. Ia mempunyai saluran darah yang sangat banyak hingga menyebabkan ia mudah pecah dan menyebabkan pendarah



3. Radang usus

Masalah radang usus seperti crohn’s disease ataupun ulcerative colitis akan membuatkan bahagian usus atau saluran permakanan ini lebih mudah mengalami pendarahan.

4. Masalah esofagus

Esofagus boleh mengalami beberapa jenis masalah yang boleh menyebabkan pendarahan di bahagian tersebut

Masalah itu adalah:

  • Esophageal varices: Ia adalah keadaan dimana terdapat saluran darah yang besar dan membengkak dibahagian bawah saluran esofagus. Ia selalunya terjadi pada mereka yang mengalami masalah kerosakan hati
  • GERD: Masalah ini disebabkan asid dalam perut refluks naik ke dalam saluran esofagus semula. Ini boleh menyebabkan luka dan pendarahan
punca najis hitam

Punca Najis hitam secara ringkas

Dari segi aspek pemakananDari segi aspek ubat
Pendarahan ulser dalam perutKanser Perut
Kanser UsusGERD
Esophageal VaricesRadang Usus

Simptom-simptom lain

Terdapat simptom-simptom lain yang boleh datang bersama dengan masalah najis hitam ini, ia adalah.

Pedih Ulu HatiPerut Memulas
Muntah DarahBadan Lemah
Berat badan turunKerap Muntah
Kurang Selera MakanPerut Berangin
Tekan untuk baca penjelasan lanjut

Periksa Simptom anda Di Sini



Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian untuk mengesan punca

Tidak semua ujian dibuat serentak untuk mengenali punca kepada masalah najis hitam ini. Selalunya doktor akan bertanyakan tentang permakanan pesakit sama ada pesakit mempunyai sejarah mengambil makanan ataupun ubat yang boleh menyebabkan najis berwarna hitam.

Jika tiada barulah tanda-tanda lain akan diperiksa daripada pesakit untuk mengetahui punca-puncanya

1. Oesophago-gastro-duodenoscopy

Ini adalah prosedur dimana kamera dimasukkan ke dalam saluran pencernaan melalui mulut untuk melihat keadaan esofagus dan perut. Penting untuk mengesan punca pendarahan

2. Colonoscopy

Ini adalah satu prosedur dimana kamera akan dimasukkan ke dalam dubur untuk melihat keadaan di dalam usus besar.Penting untuk mengesan punca pendarahan

3. Fungsi hati

Mereka yang mengalami esophageal varices selalunya mengalami masalah hati. Oleh itu, dengan mengambil darah untuk mengesan fungsi hati, kita sedikit sebanyak tahu apakah yang menyebabkan pendarahan dalam seseorang itu berlaku.



Bahkan fungsi hati yang tidak normal juga akan menyebabkan protein untuk pembekuan darah tidak dapat dihasilkan dengan mencukupi. Ini juga akan menyebabkan seseorang terdedah dengan pendarahan yang sukar untuk dihentikan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Sami, S. S., et al. (2013). Review article: Gastrointestinal angiodysplasia – pathogenesis, diagnosis and management. – Online Library Wiley
  2. Symptoms & causes of GER & GERD. (2014). – National Institute of Health
  3. Symptoms & causes of GI bleeding. (2016). – National Institute of Health
  4. Symptoms & causes of peptic ulcers (stomach ulcers). (2014). – National Institute of Health
Advertisements

2 thoughts on “Najis Hitam: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. Latifah binti Abdul latip

    Hai sy nak tanya sy ade masalah sakit dalam perut dan sukar bernafas.pernafasan sy tersekat di tenggah2 diantara perut dan dada

    1. Ia boleh disebabkan beberapa punca. Punca yang paling bahaya adalah boleh disebabkan sakit jantung. Jadi selalunya jika datang ke klinik kesihatan, doktor akan melakukan pemeriksaan ECG terlebih dahulu untuk melihat sama ada puan mempunyai masalah jantung atau tidak

      Selain dari itu punca yang selalu dihadapi oleh orang Malaysia adalah Gastroesophageal Reflux Disease(GERD) dimana asid dalam perut refluks naik ke atas saluran esofagus. Ini menyebabkan makanan dalam saluran esofagus menolak saluran pernafasan(trakea) dihadapan dan pesakit akan komplain susah untuk bernafas. Simptom susah bernafas ini akan semakin teruk pada waktu baring. Oleh itu, pesakit akan cakap waktu malam simptom susah bernafas ini akan menjadi semakin teruk.

      Pesakit GERD ini juga akan mengadu simptom lain seperti:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × five =