Skip to content

Kentut Vagina: Punca, Simptom dan Rawatan

Kentut vagina atau kentut faraj adalah angin yang keluar daripada vagina seolah-olah sama seperti kentut yang keluar daripada dubur.

Apabila angin terperangkap di dalam vagina, selalunya ia akan dikeluarkan juga dan bunyinya sama seperti kentut biasa.

Ia adalah perkara yang normal dan jarang menunjukkan masalah kesihatan yang berbahaya. Akan tetapi, jika ianya kerap berlaku, maka anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Punca Kentut Vagina



Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terkumpulnya gas di dalam vagina. Beberapa punca tersebut adalah:

1. Aktiviti Seks

Aktiviti seks merupakan salah satu punca utama kentut vagina. Pergerakan penis masuk dan keluar daripada vagina menyebabkan udara boleh terperangkap di dalam vagina.

Apabila otot bahagian peranakan mengecut ketika orgasm, ia boleh menyebabkan kentut tersebut berlaku dan menyebabkan bunyi seperti buih yang pecah. Seks secara oral juga boleh menyebabkan perkara ini berlaku

2. Produk Pencuci feminine

Mereka yang menggunakan tampoon untuk mencuci alat sulit mereka boleh menyebabkan udara terperangkap di dalam vagina. Udara itu terkeluar ketika melakukan aktiviti fizikal ataupun ketika produk itu dikeluarkan daripada alat sulit

3. Senaman regangan

Terdapat jenis senaman terutamanya yoga ataupun senaman regangan yang melibatkan bahagian pelvis akan menyebabkan bahagian vagina lebih relaks dan membenarkan lebih banyak udara masuk ke dalam kawasan tersebut.



Ketika posisi tersebut berubah, ia akan menyebabkan poket udara terlepas dan kentut vagina terjadi.

4. Permeriksaan alat kelamin

Pemeriksaan alat kelamin selalunya menggunakan alat seperti spekulum yang dimasukkan ke dalam vagina. Prosedur ini juga boleh menyebabkan udara terperangkap dalam faraj dan masalah ini berlaku.

5. Masalah otot pelvis

Kajian mendapati, jika terdapat masalah pada otot pelvis, perkara ini akan menyebabkan udara lebih mudah terkumpul di dalam vagina dan membuatkan kentut vagina menjadi lebih kerap.

Cara untuk mengelakkan kentut vagina

Kebanyakan kes kentut vagina tidak memerlukan apa-apa rawatan. Ia akan datang dan pergi kerana selalunya masalah ini adalah sesuatu yang normal. Anda juga boleh cuba mencangkung untuk mengeluarkan udara yang terperangkap pada bahagian tersebut.

Elakkan penggunaan pembersih feminine seperti tampoon untuk mengurangkan udara yang terperangkap di dalam vagina

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Fistula

Fistula juga boleh menyebabkan kentut vagina. Fistula adalah satu laluan yang terbentuk diantara dua organ yang mempunyai ruang. Contohnya adalah fistula(laluan) di antara vagina dan juga dubur dan ini dinamakan sebagai rectovaginal fistula.

Masalah ini boleh terbentuk disebabkan tisu parut dan kebanyakan fistula yang bersambung dengan vagina akan menghasilkan kentut vagina yang kerap. Terdapat beberapa jenis fistula iaitu:

1. Vesicovaginal fistula

Ini adalah fistula yang terbentuk diantara vagina dan pundi kencing. Ia selalunya terbentuk disebabkan masalah ketika bersalin ataupun komplikasi pembedahan masalah sakit puan.



Simptom yang akan dihadapi oleh wanita adalah air kencing yang berterusan keluar daripada laluan vagina.

2. Ureterovaginal fistula

Ini pula adalah fistula diantara vaginal dengan saluran ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan ureter. Simptom ini juga akan menyebabkan air kencing berterusan keluar dari vagina

3. Rectovaginal fistula

Fistula jenis ini pula menghubungkan vagina dan juga bahagian dubur(rektum). Pesakit selalunya akan mempunyai simptom najis/tahi yang keluar daripada bahagian vagina pesakit

Punca kepada fistula jenis ini adalah:

  • Radang usus yang boleh disebabkan oleh penyakit ulcerative colitis atau Crohn’s disease
  • Kecederaan ketika melakukan pembedahan
  • Terapi radiasi(untuk kanser) pada bahagian pelvis
  • Kanser di bahagian pelvis

Bila perlu berjumpa doktor?

Kebanyakan masalah kentut vagina adalah suatu perkara yang normal dan akan berlaku sekali sekala. Tetapi jika ia kerap berlaku dan mempunyai simptom-simptom ini, maka anda perlulah berjumpa dengan doktor. Simptom tersebut adalah:

  • Keluar air kencing daripada bahagian faraj
  • Keluar najis/tahi daripada bahagian faraj
  • Bau vagina yang sangat busuk
  • Keradangan/sakit pada bahagian vagina
  • Sakit ketika melakukan seks

Pembacaan bagi masalah yang lain

Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Berger, M. B., Khandwala, N., Fenner, D. E., & Burney, R. E. (2016, September-October). Colovaginal fistulas – presentation, evaluation and management. Female Pelvic Medicine & Reconstructive Surgery, 22(5), 355–358
  2. Das, B., & Snyder, M. (2016, March). Rectovaginal fistulae. Clinics in Colon and Rectal Surgery, 29(1), 50–56
  3. Kriss, H., Medina, C., & Stanton, S. L. (2003, November 25). Vaginal wind – a new pelvic symptom. International Urogynecology Journal and Pelvic Floor Dysfunction, 14(6), 399-402
  4. Mayo Clinic Staff. (2017, August 16). Vaginal fistula
  5. Stamatakos, M., Sargedi, C., Stasinou, T., & Kontzoglou, K. (2012, December 14). Vesicovaginal fistula: Diagnosis and management. The Indian Journal of Surgery, 76(2), 131–136
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 18 =