Skip to content

Apa itu Coronavirus dan Cara jangkitan-nya

Apa itu Coronavirus(nCoV 2019)? Ianya adalah novel coronavirus atau koronavirus baru dimana ia dinamakan sebegini kerana uu merupakan kali pertama kita berhadapan dengan virus tersebut.

Sama seperti koronavirus yang lain, selalunya ia mesti berasal daripada haiwan dimana haiwan tersebut menjadi hos kepada virus itu.

Kebanyakan mereka yang dijangkiti penyakit ini pada mulanya adalah mereka yang bekerja dan kerap membeli di Huanan Seafood wholesale market iaitu pasar yang menjual makanan eksotik di Wuhan.



Kebanyakan virus yang berbahaya selalunya bermula daripada hos haiwan sama seperti MERS-CoV, SARS-CoV dan juga Ebola. Semua itu daripada haiwan.

Apakah coronavirus lain yang terdapat di luar sana?

Terdapat 2 jenis coronavirus sebelum ini yang telah menyebabkan wabak iaitu SARS-CoV dan juga MERS-CoV. Kedua-dua coronavirus ini juga berasal daripada haiwan.

SARS = Severe Acute Respiratory syndrome
MERS = Middle Eastern Respiratory syndrome

Walaupun MersCoV disebarkan kepada manusia melalui haiwan unta, tetapi hos sebenar virus ini adalah berasal daripada kelawar. Begitu juga dengan SARS-CoV, kajian juga menyatakan ia berasal daripada kelawar.

Loading…

Ia hanya disebarkan kepada manusia daripada kelawar melalui haiwan perantaraan.



Pada 2002, SARS telah merebak pada 37 negara dan menyebabkan panik di seluruh dunia. Ia telah menjangkiti lebih 8000 manusia dan menyebabkan kematian sebanyak 750 orang dengan peratus kematian sebanyak 9%

Manakala, MERS pula lebih susah untuk merebak di antara manusia tetapi mempunyai peratus kematian yang lebih tinggi iaitu sebanyak 35%. Setakat ini, lebih 2500 orang telah dijangkiti penyakit ini.

Pada hari ini, novel coronavirus ini pula telah menyebabkan lebih 2700 dijangkiti di seluruh dunia dan menyebabkan 80 kematian. Ia mempunyai peratusan kematian sebanyak 2% berbanding wabak yang lain.

Apakah simptom koronavirus ini?

Pesakit selalunya akan mengadu demam, batuk dan sesak nafas. Ini disebabkan jangkitan kuman yang berlaku di paru-paru menyebabkan oksigen kurang di serap ke dalam badan pesakit.

Disebabkan jangkitan paru-paru ini berasal dari jangkitan virus, tiada antibiotik yang boleh merawat penyakit ini.

Jika pesakit dimasukkan ke dalam hospital, rawatan adalah lebih kepada rawatan sokongan sahaja. Sebagai contoh jika pesakit kekurangan oksigen, kita akan bagi oksigen kepada pesakit. Jika tekanan darah rendah, kita akan berikan ubat untuk meningkatkan tekanan darah tersebut.

Kesembuhan terletak pada sistem imun pesakit itu sendiri. Sebab itulah kebanyakkanya mereka yang mati ini adalah kerana mereka mempunyai sistem imun yang lemah seperti mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, mereka yang sudah berumur atau kanak-kanak.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyebaran di antara manusia

Penyebaran coronavirus diantara manusia telah disahkan oleh Suruhanjaya Kesihatan di China. Pada mulanya dikatakan ia hanya melibatkan mereka yang melawat ke pasar di Wuhan itu sahaja.



Tetapi disebabkan jumlah kes semakin meningkat dan kebanyakkannya tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut, maka ia menunjukkan telah berlaku jangkitan sesama manusia.

Pakar WHO di Imperial College London telah menganggarkan bahawa kes ini boleh meningkat sehingga 4000 orang dengan meletakkan julat diantara 1000 hingga 9700 orang.

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda tidak pernah pergi ke China atau berjumpa dengan mereka yang dijangkiti virus ini, maka anda tidak mempunyai kebarangkalian untuk terkena virus tersebut.

Rawat demam, batuk dan selesema anda seperti biasa. Jika anda ada demam melebihi 3 hari, muntah, cirit-birit, pendarahan, sesak nafas dan apa-apa simptom yang merisaukan, sila terus berjumpa dengan doktor anda.

Baca juga:

Sumber:

  1. https://www.theguardian.com/science/2020/jan/26/what-is-the-coronavirus-wuhan-china-virus-sars-symptoms
  2. https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(20)30183-5/fulltext
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 10 =