Kronologi Wabak Novel Coronavirus(nCoV)

Published by Dr Latif Saad on

Home » Artikel Terbaru » Berita » Kronologi Wabak Novel Coronavirus(nCoV)

Ini merupakan sedikit sebanyak kronologi berkenaan wabak novel coronavirus yang sedang berlaku. Anda boleh baca daripada bawah ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Simptom. Punca dan Rawatan Coronavirus

28 Jan 2020

3 kes baru dikesan positif coronavirus menjadikan jumlah kes di Malaysia positif koronavirus kepada 7 kes. Kesemua pesakit adalah Warga china dan setakat ini tiada lagi jangkitan kepada warga Malaysia.

Kes diseluruh dunia pula mencatatkan pada angka 4593 kes dengan jumlah kematian 106

27 Jan 2020

Kerajaan Malaysia telah menggantung Visa pelancung dan kemudahan tanpa visa bagi mereka yang berasal daripada Wuhan dan juga dari wilayah Hubei China.

26 Jan 2020

Penambahan satu lagi kes positif nCoV di Malaysia menjadikan jumlah kes kepada 4. Kesemua kes adalah warga negara China.

Peningkatan kematian kepada 80 orang di China dan jumlah kes secara keseluruhan adalah lebih kurang 2000 orang dan jumlah ini dijangka akan meningkat

25 Jan 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan 3 kes positif novel koronavirus. Pesakit merupakan warga china dan mempunyai hubungan terdekat dengan pesakit yang disahkan positif koronavirus di Singapura.

Ketiga-tiga pesakit telah dipindahkan ke Hospital Sg Buloh yang merupakan Pusat untuk penyakit berjangkit(Infectious Disease Centre).

24 Jan 2020

Singapura telah mengesahkan 2 lagi kes terbaru daripada Penyakit Novel coronavirus ini menjadikan jumlah pesakit kepada 3 orang.

Kematian pesakit telah meningkat kepada 26 orang setakat ini

23 Jan 2020

Wuhan telah menutup semua pengangkutan awam bagi mengelakkan wabak ini daripada merebak dengan lebih berleluasa.

Seramai 500 orang telah disahkan mengalami jangkitan ini. Dan dijangkakan lebih kurang 4000 orang sedang mengalami masalah ini tetapi belum lagi disahkan dengan penyakit ini

Singapura telah mengesahkan pesakit pertama di negara mereka yang telah mengalami jangkitan novel coronavirus

22 Jan 2020

Bilangan kes meningkat kepada 314 kes. 309 kes daripada China, 2 kes daripada Thailand, satu daripada korea utara dan satu lagi daripada jepun

Loading…
21 Jan 2020

Kematian ke-6 dilaporkan dan wabak ini telah dikategorikan sebagai Penyakit Berjangkit Kelas oleh Kementerian Kesihatan China

20 Jan 2020

Beijing melaporkan kes terbaru coronavirus, manakala Korea Selatan pula melaporkan 1 kes terbaru

19 Jan 2020

Shenzen telah mengesahkan terdapat kes perttama mengalami jangkitan coronavirus ini. Manakala Wuhan pula melaporkan 77 kes baru menjadikan jumlah kes sebanyak 138 kes yang meningkat 2 kali ganda dalam waktu 2 hari

18 Jan 2020

Terdapat 50 kes yang baru telah dilaporkan di Wuhan dan kematian 3 pesakit yang mengalami penyakit ini

17 Jan 2020

Thailand melaporkan terdapat kes kedua yang melibatkan penyakit ini

15 Jan 2020

Jepun telah melaporkan kes pertama coronavirus di negara mereka. Pesakit mempunyai sejarah pergi ke Wuhan tetapi tidak pergi ke Wuhan Seafood Market tersebut.

Manakala terdapat peningkatan pesakit kepada 41 pesakit di Wuhan dan dilaporkan kematian yang kedua disebabkan penyakit ini.

14 Jan 2020

Thailand telah melaporkan kes pertama yang melibatkan coronavirus yang terbaru itu. Pesakit itu telah diberikan rawatan sebelum ini di Wuhan

11 Jan 2020

Wuhan telah melaporkan kematian pertama disebabkan wabak virus tersebut. Saintis pula melaporkan bahawa virus tersebut adalah 80% sama dengan SARS

9 Jan 2020

Saintis telah menemui jenis terbaru coronavirus yang menyebabkan penyakit tersebut.

8 Jan 2020

Jabatan Kesihatan Wuhan telah mengesahkan bahawa ia bukan jangkitan MERSCoV atay SARS

1 Jan 2020

Wuhan Seafood Market ditutup untuk tujuan pembersihan(disinfection)

31 Disember 2019

Jabatan Kesihatan Wuhan telah melaporkan 27 kes jangkitan paru-paru atypical mempunyai sejarah pergi ke Wuhan seafood market(Pasar Makanan Laut Wuhan)

12 Disember 2019

Penemuan pertama pneumonia(jangkitan paru-paru) jenis ‘atypical’ di Wuhan. Atypical ini bermaksud simptom atau penemuan x-ray adalah berbeza daripada jangkitan paru-paru yang biasa

0 0 vote
Article Rating
Categories: Berita

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science.

Ikut perbincangan ini
Hantar notifikasi jika
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Tanya soalan anda disinix
()
x