Skip to content

Probiotik: Apakah ia dan Kebaikan-nya

Probiotik adalah bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan seseorang terutamanya untuk kebaikan usus.

Kita selalu menganggap kuman ini adalah punca kepada penyakit. Akan tetapi sebenarnya badan kita memang penuh dengan bakteria sama ada bakteria baik ataupun jahat.

Manakala, probiotik ini pula merupakan bakteria baik dimana ia akan mengekalkan usus kita dalam keadaan sihat.

Jenis probotik



Probiotik mungkin mengandungi pelbagai mikroorganisma dan setiap satu organisma mempunyai faedah atau kebaikan yang berlainan.

Jenis-jenis probiotik tersebut adalah:

  • Lactobacillus: Ini adalah probiotik yang paling selalu digunakan. Ia selalunya terdapat di dalam yogurt dan juga makanan yang diperam. Lactobacillus dikatakan dapat membantu masalah cirit-birit dan mereka yang mempunyai masalah tidak boleh menghadamkan gula laktulosa dalam susu.
  • Bifidobacterium: Anda boleh jumpa bakteria ini di dalam produk tenusu. Ia dikatakan boleh membantu pesakit yang mengalami masalah keradangan usus.
  • Sacchromyces boulardii: Merupakan yis iaitu salah satu jenis kulat. Ia dikatakan boleh membantu mereka yang mengalami masalah pencernaan.

Adakah prebiotik sama seperti probiotik?

Tidak. Ia merupakan makanan yang susah untuk dicernakan oleh manusia. Bahkan, prebiotik ini menjadi makanan kepada probiotik dan ia meningkatkan koloninya di dalam usus manusia.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah itu sinbiotik?

Sinbiotik merupakan produk yang mengandung gabungan prebiotik dan probiotik.

Cara probiotik bekerja

Probiotik mempunyai pelbagai kesan terhadap badan dan setiap jenis mempunyai kesan yang berbeza.



Probiotik mungkin:

  • Membantu dalam mengekalkan bakteria baik di dalam usus. Keseimbangan bakteria ini akan mengelakkan badan manusia untuk mengalami penyakit
  • Membantu dalam pencernaan makanan dan menghasilkan bahan yang bermanfaat kepada manusia di dalam usus.
  • Membantu dalam menguatkan imun badan.

Probiotik di Malaysia

Di Malaysia, produk ini di label sebagai suplemen dan bukan sebagai ubat. Ia tidak boleh mempunyai tuntutan perubatan seperti mengatakan produk tersebut boleh menyembuhkan kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Jika terdapat penjual produk yang membuat tuntutan ini, maka ia boleh diambil tindakan.

Sains dan probiotik

Terdapat banyak kajian yang melibatkan penggunaan produk ini. Akan tetapi banyak lagi yang belum diketahui terutamanya duncaaripada segi keberkesanan penggunaan produk ini pada manusia.

Probiotik telah menunjukkan kesan yang bagi pada penyakit cirit-birit disebabkan antiobiotik, necrotizing entrocolitis, keradangan usus dan pelbagai lagi.

Akan tetapi, ianya masih tidak diketahui jenis organisma yang mana betul-betul membantu atau tiadk. Selain itu, kita juga tidak tahu berapa banyak dos yang boleh diambil oleh seseorang supaya ia memberi faedah kepada orang tersebut.

Kegunaan Probiotik

Probiotik dikatakan boleh menambahkan bakteria baik di dalam usus. Oleh itu, ia akan mengelakkan penyakit yang boleh berlaku ketika mana bakteria di dalam usus tidak seimbang.

Anda boleh menggunakan antibiotik untuk:



  • Mengambilnya selepas anda habis mengambil antibiotik: Pengambilan antibiotik selalunya diberikan bila perlu sahaja dan akan membunuh kuman yang menyebabkan penyakit pada seseorang. Malangnya, ia juga boleh membunuh bakteria di dalam usus. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah cirit-birit dan pengambilan probiotik dikatakan dapat membantu masalah ini
  • Cirit-birit: Cirit-birit yang disebabkan jangkitan bakteria dikatakan mempunyai manfaat ketika mana seseorang itu mengambil probiotik.
  • Radang usus: Mereka yang mengalami masalah radang usus seperti ulcerative colitis atau Crohn’s disease dikatakan mempunyai kaitan dengan koloni bakteria baik dan buruk yang tidak seimbang di dalam usus. Oleh itu, pengambilan produk ini dikatakan akan membantu sedikit sebanyak untuk masalah tersebut

Kesan probiotik yang berbahaya

Produk ini mempunyai sejarah penggunaan yang selamat bagi kebanyakan orang. Akan tetapi, kajian berkenaan keselamatan produk ini masih terlalu sedikit menyebabkan maklumat berkenaan kesan sampingan masih lagi tidak lengkap.

Terdapat beberapa jenis individu yang perlu mengelakkan produk ini. Ia adalah:

  • Sistem imun yang lemah: Pesakit kanser dan pesakit HIV
  • Bayi yang tidak cukup bulan
  • Terlalu tua

Rujukan:

  1. Bafeta A, Koh M, Riveros C, et al. Harms reporting in randomized controlled trials of interventions aimed at modifying microbiota: a systematic review. Annals of Internal Medicine. 2018;169(4):240-247.
  2. Blaabjerg S, Artzi DM, Aabenhus R. Probiotics for the prevention of antibiotic-associated diarrhea in outpatients—a systematic review and meta-analysis. Antibiotics. 2017;6(4).pii:E21.
  3. Butel M-J. Probiotics, gut microbiota and health. Médecine et Maladies Infectieuses. 2014;44(1):1-8.
  4. Ford AC, Harris LA, Lacy BE, et al. Systematic review with meta-analysis: the efficacy of prebiotics, probiotics, synbiotics and antibiotics in irritable bowel syndrome. Alimentary Pharmacology & Therapeutics. 2018;48(10):1044-1060.
  5. Goldenberg JZ, Yap C, Lytvyn L, et al. Probiotics for the prevention of Clostridium difficile-associated diarrhea in adults and children. Cochrane Database of Systematic Reviews. 2017;(12):CD006095. Accessed at www.cochranelibrary.com(link is external) on January 23, 2018.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − seven =