Skip to content

Cara hilangkan kahak dengan berkesan

Masalah kahak adalah sesuatu masalah yang selalu dihadapi oleh manusia. Di dalam artikel ini kami akan berkongsi tips dan cara hilangkan kahak yang mungkin akan membantu anda.

Bahkan perkara ini menjadi salah satu perkara yang menjadi kerisauan kepada ibubapa jika anak-anak mereka mengalami masalah ini.

Apakah itu Kahak?

Kahak merupakan satu bahan yang likat, melekit dan ia terletak dibahagian tekak. Selalunya ia terhasil ketika kita seseorang itu batuk atau selesema.



Terpata lapisan mukosa(Mucous membrane) di bahagian tekak yang sentiasa menghasilkan mukus(bahan yang melembabkan saluran pernafasan). Lapisan mukosa ini melapisi bahagian mulut, hidung, tekak dan juga paru-paru.

Mukus ini pula mempunyai sifat melekit berfungsi untuk memerangkap habuk dan virus di dalam udara. Bila anda sihat, cecair mukus ini tidak terlalu likat dan anda sendiri tidak sedar akan kehadirannya.

Tetapi apabila anda tidak sihat, mukus ini akan dihasilkan dengan lebih banyak dan ketika anda mengeluarkan bahan tersebut, itulah yang anda panggil sebagai kahak.

Tips dan cara hilangkan kahak

Terdapat beberapa cara hilangkan kahak dan membantu anda menghadapi masalah ini:

1. Gunakan pelembab udara (Air humidifier)

Melembabkan udara di sekeliling akan mengelakkan kahak menjadi likat. Ia sama seperti menggunakan wap stim untuk mencairkan kahak. Tetapi terdapat risiko melecur jika menggunakan wap stim.



Oleh itu, jika boleh, penggunaan mesin pelembab adalah lebih disyorkan berbanding wap stim.

Cadangan Mesin Pelembab Udara Di Sini

2. Sentiasa kekalkan hidrasi

Pengambilan air yang cukup boleh mengelakkan mukus daripada menjadi pekat. Pengambilan sup juga diperbolehkan untuk menghidratkan badan.

3. Kumur air garam

Kumur air garam boleh membantu dalam mencairkan kahak yang terdapat di tekak anda. Bahkan ia boleh membantu membunuh kuman dan menghilangkan kerengsaan di tekak.

Campurkan 1/2 atau 3/4 camca teh garam dengan segelas air. Gunakan air suam jika mahu garam tersebut larut dengan lebih cepat. Kemudian kumur sambil mendongakkan kepala selama 30-60 saat. Akhir sekali, buang air tersebut.

4. Menggunakan semburan saline atau air garam

Penggunaan spray yang menggandungi garam boleh membantu dalam mencairkan mukus dan menghilangkan sumbatan pada hidung.

Anda boleh beli semburan saline ini di farmasi berdekatan. Elakkan menggunakan cecair garam yang anda buat dirumah.

Ini merupakan salah satu cara hilangkan kahak yang terkenal dirumah



5. Elakkan daripada asap rokok

Asap rokok akan menyebabkkan kerengsaan pada lapisan mukosa. Ini akan menyebabkan lebih banyak lagi mukus dihasilkan menyebabkan kahak bertambah dengan lebih banyak

6. Beli ubat di farmasi

Terdapat beberapa jenis ubat pencair kahak yang tidak memerlukan preskriprsi doktor dan boleh dibeli di farmasi.

Dua jenis ubat yang boleh anda cuba adalah:

a. Pelega hidung tersumbat(Decongestant)

Batuk berkahak juga boleh disebabkan seseorang itu mengalami selesema. Oleh itu, ubat jenis ini boleh mengurangkan selesema dan seterusnya mengurangkan kahak.

Di malaysia, ubat decongestant ini selalunya akan digabungkan dengan ubat selesema yang lain. Contoh yang ada adalah

  • Fedac : Ia mengandungi kombinasi antihistamine iaitu tripolidine dan juga decongestant iaitu Pseudoephedrine HCl
  • Clarinase: Ia mengandungi antihistamine iaitu loratadine dan juga decongestant iaitu Pseudoephedrine

b. Ubat cair kahak

Disebabkan kahak ini boleh memekat, ia akan menyebabkan seseorang itu tidak selesa ketika mana kahak ini melekat di bahagian tekak. Ini merupakan salah satu cara hilangkan kahak yang berkesan

Oleh itu, ubat cair kahak boleh membantu anda. Beberapa jenis ubat ini adalah:

  • Bromhexine: Ia membantu mencairkan kahak dengan cara menghasilkan dengan lebih banyak cecair di lapisan mukosa. Ini akan menyebabkan kahak yang pekat itu menjadi cair
  • Guaifenesin: Ia mencairkan kahak dengan menghasilkan mukus yang cair. Selalunya ubat ini akan mempunyai gabungan dengan ubat batuk yang lain.

Periksa Simptom anda Di Sini



Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Home remedies for colds from around the world. (2014, September 25) – Kidworldcitizen
  2. Karmouty-Qyintana, H., Cannet, C., Sugar, R., Fozard, J. R., Page, C. P., & Beckmann, N. (2007, April). Capsaicin-induced mucus secretion in rat airways assessed in vivo and non-invasively by mafnetic resonance imaging. British Journal of Pharmacology, 150(8), 1022-1030
  3. Mousa, H. A. (2017, January). Prevention and treatment of influenza, influenza-like illness, and common cold by herbal, complementary, and natural therapies [Abstract]. Journal of Evidence-Based and Complementary & Alternative Medicine, 22(1), 166-174
  4. Randell, S. H., & Boucher, R. C. (2006, July). Effective mucus clearance is essential for respiratory health. American Thoracic Society, 35(1), 20-28
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 2 =