Skip to content

Ubat sakit tekak & 8 cara menghilangkan sakit tekak

Semua manusia mesti akan mempunyai pengalaman sakit tekak. Pada ketika itu, ramai yang akan mencari ubat sakit tekak walaupun kebanyakannya boleh sembuh sendiri tanpa mengambil apa-apa ubat.

Pesakit juga boleh mempunyai simptom-simptom lain seperti batuk, selesema dan juga demam. Ini disebabkan kebanyakan daripada simptom ini berpunca dari jangkitan virus.

Ubat sakit tekak & cara untuk menghilangkan sakit tekak

Terdapat beberapa tips dan juga ubat sakit tekak yang boleh dicuba untuk membantu pesakit bagi mengurangkan kesakitan tersebut:

1. Hisap lozenges


Terdapat beberapa jenis tablet lozenges yang mengandungi menthol, salah satu bahan yang boleh kebaskan bahagian tekak. Ini sedikit sebanyak akan mengurangkan sakit tersebut.

Tablet ini dapat memberikan kelegaan seketika daripada sakit tersebut sehinggalah kesannya hilang

Elakkan penggunaan lozenges pada kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tercekik.

Ubat sakit tekak jenis ini adalah lebih kepada rawatan simptom berbanding merawat penyakit itu sendiri.

2. Cuba ubat tahan sakit

Kebanyakan sakit tekak adalah berpunca daripada jangkitan virus dan virus tidak boleh dibunuh dengan menggunakan antibiotik.



Ia selalunya akan baik dengan sendirinya apabila sistem imun badan sudah menghasilkan antibodi untuk membunuh virus tersebut.

Untuk menunggu sehingga badan membunuh virus tersebut, anda boleh cuba mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol (Panadol) atau jenis nonsteroidal antiinflammatory (nSAIDS) seperti diclofenac (voltaren) dan mefenamic acid (Ponstan).

Tetapi pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

3. Kumur air garam

Kumur dengan air garam dapat membantu tekak yang gatal dan juga memberikan keselesaan pada pesakit.

Air garam tersebut akan memudahkan pengeluaran kahak dan mengurangkan keradangan pada bahagian tekak.

Campurkan 1/2 atau 3/4 camca teh garam dengan air kosong di dalam gelas biasa. Kemudian kacau air tersebut hingga garam itu larut sepenuhnya dalam air.

Kemudian kumur air garam itu pada bahagian tekak selama 10-20 saat dan buang air kumur tersebut. Buat aktiviti ini untuk beberapa kali dalam sehari

4. Ambil madu lebah

Teh yang dicampur dengan madu ataupun pengambilan madu itu sahaja sudah mampu mengurangkan rasa sakit pada tekak.



Teh juga boleh mengekalkan hidrasi badan agar badan tidak kekurangan air hingga menyebabkan tekak menjadi kering dan sakit.

Madu pula terbukti membantu ketika seseorang itu sakit. Kajian menunjukkan ia juga boleh membantu dalam mengurangkan simptom batuk pada pesakit.

Tetapi elakkan penggunaan madu pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada setahun.

5. Kekalkan hidrasi

Sentiasa kekal hidrasi dan minum air secukupnya merupakan salah satu perkara utama untuk merawat sakit tekak.

Apabila anda mengalami dehidrasi/kekeringan atau tidak cukup air dalam badan, maka semakin kurang penghasilan air liur dan mukus dalam saluran pernafasan. Perkara ini akan menyebabkan tekak menjadi lebih sakit ketika ia kering.

Apa-apa jenis cecair boleh diambil seperti sup tulang, air teh dan sebagainya

6. Guna mesin pelembab udara

Mesin untuk melembabkan udara di dalam rumah atau ditempat kerja, akan mengelakkan tekak daripada kering.

Ini akan memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada pesakit dan mengelakkan tekak menjadi semakin sakit



Pilih mesin pelembab udara disini

7. Mandi dengan air suam

Jika anda tidak mempunyai pelembab udara, anda juga boleh mendapat wap air dengan menggunakan mandian air panas.

Stim daripada air panas tersebut membantu untuk melembabkan tekak dan memberikan kelegaan kepada tekak yang sedang sakit.

8. Teh Chamomile

Teh Chamomile secara semula jadinya memberikan kelegaan pada tekak yang sedang sakit. Ia seringkali digunakan sebagai anti-keradangan dan anti-oksidan

Terdapat kajian yang menunjukkan sedutan wap air yang mengandungi bunga chamomile boleh mengurangkan simptom sakit tekak.

Rawatan sakit tekak pada kanak-kanak

Terdapat beberapa tips rawatan jika kanak-kanak mengalami masalah ini:

  • Gunakan mesin pelembab udara dalam bilik kanak tersebut. Wap air dapat mengurangkan sedikit sebanyak sakit tekak
  • Sentiasa menyuruh kanak-kanak minum air untuk mengekalkan hidrasi badan.
  • Kanak-kanak kurang 5 tahun perlu elak pengambilan gula-gula untuk sakit tekak. Ini kerana ia mempunyi risiko untuk tercekik
  • Jangan berikan madu pada kanak-kanak yang berusia kurang dari 1 tahun

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Jika sakit tersebut berterusan lebih dari seminggu, maka anda perlulah berjumpa dengan doktor.

Selain itu, anda perlu berjumpa doktor jika:



Rujukan:

  1. Srivastava, J. K., Shankar, E., & Gupta, S. (2010). Chamomile: A herbal medicine of the past with bright future. Molecular medicine reports, 3(6), 895–901.
  2. Kima H-S, et al. (2014). New insights into the mechanisms of polyphenols beyond antioxidant properties; lessons from the green tea polyphenol, epigallocatechin 3-gallate.
  3. Mayo Clinic Staff. (2016). Sore throat: Self-management.
  4. Patidar A, et al. (2014). A review on advantages of natural analgesics over conventional synthetic analgesics.
  5. Paul IM, et al. (2007). Effect of honey, dextromethorphan, and no treatment on nocturnal cough and sleep quality for coughing children and their parents.
  6. Jull AB, Walker N, Deshpande S. Honey as a topical treatment for wounds.Cochrane Database Syst Rev. 2013 Feb 28;(2):CD005083. doi: 
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − eight =