Skip to content

Ubat Amoxicillin: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan dan fungsi ubat antibiotik Amoxicillin? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap kegunaan, dos, kesan sampingan dan fungsi ubat ini

Pengenalan

Antibiotik ialah satu jenis ubat antimikrobial yang melawan bakteria. Antibiotik merupakan antara ubat yang penting untuk melawan jangkitan bakteria dan sering dipakai untuk merawat dan menyembuh banyak penyakit.

Antibiotik juga boleh terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  1. Ubat bakteriostatik.
    • Antibiotik ini akan bertindak dengan menghentikan proses pertumbuhan bakteria, mengurangkan kesan bakteria kepada badan, sebelum bakteria tersebut dibunuh oleh sistem immun badan kita.
  2. Ubat baktericidal.
    • Antibiotik ini berfungsi untuk membunuh bakteria sama ada melalui:
      • Menghalang pembentukan atau menghancurkan dinding  sel.
      • Mengganggu membran sitoplasma bakteria.
      • Menghalang sintesis protein bakteria.
      • Menghalang sintesis DNA bakteria.


Untuk amoxicillin, ubat ini merupakan antibiotik daripada kategori baktericidal. Dan dalam artikel kali ini, kita akan lihat beberapa maklumat tentang ubat ini.

Kegunaan Amoxicilin

Ubat Ini berkesan untuk merawat penyalit akibat jangkitan bakteria. Contoh penyakit tersebut ialah:

Tambahan, amoxicillin bukanlah ubat antiviral. Justeru, amoxicillin tidak dapat merawat mana-mana penyakit yang berpunca daripada jangkitan virus seperti demam campak, influenza, dan demam COVID-19.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimanakah Ubat Amoxicillin Berfungsi?

Seperti yang telah disebut di atas, ubat amoxicillin ialah tergolong dalam kumpulan ubat bakctericidal, iaitu ubat yang menyebabkan bakteria mati. Dan setiap ubat mempunyai mekanisme masing-masing untuk membunuh bakteria. Untuk amoxicillin, ubat ini bertindak dengan memusnahkan dinding sel bakteria.

Bakteria mempunyai dinding sel seperti yang dimiliki oleh sel tumbuhan. Sama seperti sel tumbuhan, dinding sel bakteria mempunyai peranan seperti jaket perlindungan bakteria. Struktur ini berfungsi sebagai pelindung supaya kandungan bakteria tidak terdedah kepada luar bakteria. Selain itu, dinding sel berfungsi untuk mengawal keluar masuk sebarang partikel ke dalam atau keluar daripada bakteria.



Kesimpulannya, amoxicillin bertindak memusnahkan dinding sel bakteria, menyebabkan bakteria tidak dapat mempertahankan diri mereka, serta menyebabkan kandungan bakteria terkeluar, lalu membunuh bakteria tersebut.

Cara Penyimpanan Amoxicillin

Berikut ialah panduan untuk menyimpan amoxicillin:

  • Jauhi ubat ini daripada kanak-kanak.
  • Simpan di tempat kering bawah suhu 25°C.
  • Lindung daripada cahaya.

Untuk melupus amoxicillin, kita tidak digalakkan untuk lupus melalui air buangan atau sisa isi rumah. Sila rujuk kepada ahli farmasi anda untuk mengetahui cara yang betul untuk melupuskan ubat yang tidak diperlukan lagi. Langkah ini penting untuk bantu melindungi alam sekitar.

Apakah Kesan Sampingan Amoxicillin?

Setakat ini, amat kurang pesakit yang mengambil ubat amoxicillin mengalami sebarang kesan sampingan. Dan amoxicillin adalah antara ubat yang dapat ditoleransi oleh badan pesakit.

Antara kesan sampingan amoxicillin yang mungkin akan dihadapi oleh pesakit ialah:

Namun, ada juga kesan sampingan yang teruk, iaitu:

  • Demam.
  • Tindak balas allergi atau alahan (gatal-gatal, sukar untuk bernafas, bengkak pada muka atau tekak).
  • Mata terasa panas.
  • Sakit tekak.
  • Sakit kulit.
  • Ruam berwarna merah atau ungu pada kulit, serta mengelupas.
  • Sakit perut yang teruk.
  • Cirit-birit cair atau berdarah.
  • Batuk-batuk yang teruk.
  • Pernafasan terganggu (wheezing).

Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk seperti di atas, anda perlulah segera mendapatkan pandangan dan pemeriksaan selanjutnya daripada doktor.

Peringatan Sebelum Mengambil Amoxicillin

Seperti ubat-ubatan yang lain, ada beberapa perkara yang perlu anda maklum kepada doktor sebelum mengambil amoxicillin. Antaranya ialah:



  1. Sejarah penyakit lama terutamanya masalah buah pinggang dan hati (liver).
  2. Sejarah alahan pada amoxicillin atau mana-mana antibiotik daripada kumpulan penisillin.
  3. Sama ada anda mengambil sebarang ubat, vitamin, produk herba, atau sebarang makanan kesihatan tambahan, kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan sebarang tindakbalas dengan amoxicillin.
  4. Isteri yang sedang melakukan perancangan keluarga. Hali ini kerana amoxicillin boleh menyebabkan pil perancang keluarga menjadi kurang berkesan.
  5. Ibu yang hamil dan sedang menyusu. Hal ini kerana amoxicillin boleh memasuki ke dalam susu ibu dan tidak bagus untuk bayi. Dapatkan nasihat daripada doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil ubat ini.

Interaksi antara Ubat

Amoxicillin mempunyai interaksi dengan beberapa ubat yang lain. Dan interaksi ini mungkin akan memberi kesan sama ada kepada fungsi ubat atau kesan sampingan kepada badan kita.

  1. Pil perancang keluarga
    • Jika keluarga anda sedang melakukan perancangan keluarga, elakkan isteri mengambil amoxicillin kerana ubat ini akan mengurangkan keberkesanan pil perancang keluarga.
  2. Tetracycline
    • Elakkan mengambil tetracycline semasa anda mengambil amoxicillin kerana tetracycline akan menghalang fungsi amoxicillin dalam badan kita.
  3. Methotrexate
    • Amoxicillin boleh mengurangkan penyingkiran methorexate daripada sistem badan kita. Jika perkara ini berterusan, kadar methorexate dalam sistem badan kita akan meningkat menyebabkan berlaku methorexate toxicity.

Justeru, sebelum anda mengambil sebarang ubat, anda harus rujuk doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu.

Kesan Terlebih Dos

Beberapa simptom akan muncul jika kita mengambil ubat ini dengan dos berlebihan, seperti:

  1. Muntah-muntah yang teruk.
  2. Cirit-birit berterusan.
  3. Kurang kencing.
  4. Sawan.
  5. Sukar untuk bernafas.
  6. Pengsan.

Jika anda dapati seseorang menghadapi situasi ini, segera hubungi pihak ambulan kerana dikhuatiri individu itu mengalami keracunan kerana terlebh dos.

Rujukan

  1. Amoxicillin – Drugs.com
  2. Amoxicillin Oral – WebMD
Advertisements

2 thoughts on “Ubat Amoxicillin: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan”

    1. Thanks for the question. Amoxicillin is antibiotic and it doesn’t act as painkiller. usually it gave to person with toothache due to infection. After the infection is resolve, the pain will gradually reducing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =