Jenis Ubat

Ubat Loratadine: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

ubat loratadine

Apakah kegunaan dan fungsi ubat loratadine? Artikel ini akan membicangkan kegunaan loratadine, dos dan Kesan Sampingan ubat ini.

Pengenalan

Tablet Loratadine 10mg, dapat melegakan simptom yang berkait dengan alergi rhinitis, bersin, hidung berhingus atau gatal, dan mata yang terasa pedih atau gatal. Ia  juga boleh digunakan untuk melegakan simptom urtikaria dengan mengurangkan gatal-gatal, merah-merah, bilangan dan saiz gegata. Simptom-simptom ini dapat dilegakan sepanjang hari untuk membantu anda meneruskan kegiatan seharian anda yang biasa dan mendapatkan tidur yang lena.


Cara Ubat Berfungsi

Cara ubat ini berfungsi dengan mengurangkan simptom alergi adalah dengan menyekat kesan sejenis bahan bergelar histamina yang dihasilkan oleh badan. Penghasilan histamina ini adalah punca kepada masalah alahan dan juga selesema pada badan,

Oleh itu, ubat loratadine tergolong di dalam kelas ubat anti-histamina.

Penggunaan

Menurut risalah ubat loratadine 10mg keluaran Merck Sharp & Dohme (MSD), dewasa dan remaja yang melebihi usia 12 tahun hendaklah makan satu tablet sekali sehari dengan segelas air, sebelum ataupun selepas makan. Kanak-kanak antara usia 2 hingga 12 tahun diberikan dos mengikut berat badan.

Ahli farmasi biasanya akan bertanya dahulu berat kanak-kanak itu dan akan megira dos mengikut berat badan mereka. Untuk berat badan kanak-kanak yang melebihi 30 kg, mereka boleh mengambil dos seperti orang dewasa iaitu makan satu tablet sekali sehari dengan segelas air, sebelum ataupun selepas makan. Ubat ini tidak disyorkan untuk bayi yang belum mencapai usia 2 tahun.

Bila Perlu Menggunakan Ubat ini?

Anda mungkin hanya perlu mengambil tablet loratadine pada hari anda mengalami simptom, contohnya alahan yang menyebabkan kegatalan, ketidak selesaan terhadap hidung, bersin apabila terdedah kepad habuk, debu dan juga bulu haiwan. Lain pula cerita di negara yang mempunyai banyak musim, lazimya, mereka akan makan tablet loratadine secara berkala untuk mengelakkan gejala, seperti demam hay pada musim bunga dan musim panas.

Berapa lama perlu digunakan?

Dos tablet hendaklah dimakan mengikut arahan doktor. Jika terlupa menggunakan ubat ini pada waktu yang sepatutnya, jangan guna dua dos untuk menggantikan dos yang terlupa digunakan itu.

Untuk makluman anda, pada dos yang disyorkan, tablet loratadine tidak akan membuatkan anda berasa mengantuk atau kurang fokus. Walau bagaimanapun keadaan in berbeza kepada setiap individu, ada juga mereka yang akan rasa mengantuk dan ini boleh menjejaskan kemampuan mereka memandu atau mengendalikan jentera. Namun begitu, hal ini sangat jarang sekali berlaku.

Interaksi ubat

Interaksi ubat loratadine dengan makanan menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah jus epal, oren dan limau gedang. Apabila kumpulan ubat antihistamin ini di makan bersama makanan yang disebutkan di atas, kajian mendapati ianya akan mengurangkan tempoh masa untuk ubat itu bertindak dan keberkesanan loratadin.

Jangan makan ubat ini jika anda alah kepada kandungan aktif nya Loratadine. Jika individu tersebut mengalami penyakit hati, beritahu doktor sebelum mengambil ubat ini. Pengambilan tablet loratadine adalah tidak disyorkan sam sekali kepada individu yang hamil atau menyusukan anak dengan susu badan, kerana kajian mendapati bahawa Loratadine dikeluarkan melalui susu badan.

Kesan Sampingan

Sama seperti semua ubat lain, tablet loratadin boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidaklah semua orang akan mengalaminya.

Antara kesan sampingan yang paling lazim dilaporkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 12 tahun ialah:

  • Sakit kepala
  • Gementar
  • Rasa penat

Antara kesan sampingan yang paling lazim dilaporkan berlaku dalam kalangan orang dewasa dan remaja ialah:

Berdasarkan kenyataan risalah pemegang pendaftaran produk Merck Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn. Bhd dengan produk Tablet Clarityne (loratadin), mereka menyatakan bahawa, semasa memasarkan ubat loratadine, terdapat beberapa pesakit yang mengalami tindak balas alergi yang teruk, pening, degupan jantung yang tidak sekata atau pantas, loya atau mual, mulut kering, sakit perut, masalah hati, rambut gugur, ruam dan rasa penat adalah pernah tetapi sangat jarang-jarang dilaporkan. Kekerapan berlakunya masalah ini tidak dapat ditentukan.

Penyimpanan

Seperti ubat-ubatan yang lain, simpan ubat ini pada suhu yang kurang daripada 30oC.  Semestinya jauhkan strip atau kotak ubat-ubatan daripada kanak-kanak. Jangan makan selepas tarikh tamat tempoh yang tertera pada strip atau kotak ubat. Sebagai contoh “EXP: NOV 2022”, tarikh tamat tempoh ini merujuk kepada hari terakhir pada bulan yang dinyatakan itu.

Tetapi kebanyakan kilang ubat kini telah menulis tarikh luputnya dengan lengkap seperti “30112022” di tepi atau belakang strip ubat. Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak memakan mana-mana ubat-ubatan setelah anda dapati perubahan pada rupa tablet ini. Jangan buang ubat bersama-sama air sisa atau sampah dari rumah. Tanyalah ahli farmasi tentang cara membuang ubat yang tidak diperlukan lagi.

Sumber: Risalah Maklumat Ubat untuk Pengguna (RiMUP) Clarityne tablet (MSD), Loratdine – Medlineplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *