Skip to content

Ubat Pantoprazole: Dos, Kegunaan dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat pantoprazole? Artikel ini akan membincangkan kegunaan pantoprazole, dos dan kesan sampingan ubat ini.

Pengenalan

Sebelum ini kami sudah membentangkan artikel yang menceritakan ubat-ubatan yang boleh dipilih untuk menjadi rawatan kepada penyakit atau komplikasi yang berpunca daripada asid hidroklorik yang dihasilkan oleh perut kita secara berlebihan seperti ubat antasid dan omeprazole.

Untuk artikel kali ini, kita akan menyentuh tentang ubat lain yang berfungsi hampir sama seperti ubat tersebut, iaitu pantoprazole.

Apakah Kegunaan Omeprazole?



Pantoprazole digunakan untuk merawat atau melegakan simptom penyakit di perut dan esofagus yang disebabkan oleh penghasilan cecair asid hidroklorik oleh perut secara berlebihan. Antaranya ialah:

  • Penyakit refluks asid.
  • Zollinger-Ellison sindrom.
  • Sukar untuk menelan.
  • Pedih ulu hati.
  • Batuk.
  • Menghalang ulser di esofagus, perut, dan duodenum.
  • Menghalang kanser di esofagus, perut, dan duodenum.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimanakah Ubat Ini Berfungsi?

Seperti omeprazole, pantoprazole ialah ubat penahan pam proton (proton pump inhibitor atau PPI). Ubat ini berfungsi dengan memberi kesan kepada perut kita supaya kurang menghasilkan asid hidroklorik.

Ubat ini dapat menghasilkan kesan tersebut dengan menyekat enzim H+/K+ adenosine triphosphatase (ATPase). Enzim ini mempunyai peranan penting dalam penghasilan cecair asid perut.

Jenama Ubat Omeprazole dalam Pasaran

  • Protonix.
  • Somac control.
  • Tecta.
  • Conpanzole.
  • Controloc.
  • Pantobex.
  • Stripole.

Cara Penyimpanan Omeprazole

  • Simpan di dalam bekas yang tertutup rapat.
  • Simpan di tempat yang selamat daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Simpan di tempat dalam suhu bilik di antara 20 ke 25°C. Elakkan simpan di tempat yang panas dan lembap.
  • Untuk pelupusan pantropazole yang sudah tamat tarikh luput atau tidak digunakan, anda boleh dapatkan nasihat daripada pihak farmasi. Anda juga boleh berikan ubat tersebut kepada pihak farmasi untuk dilupuskan.

Kesan Sampingan

Berikut adalah antara kesan sampingan yang mungkin anda akan hadapi jika mengambil ubat ini:

  • Sakit sendi.
  • Sakit perut.
  • Cirit-birit (Cecair atau berdarah).
  • Sakit atau sukar menggerakkan pinggul atau pergelangan tangan.
  • Mengalami gejala alahan kepada pantoprazole seperti rasa gatal-gatal, sukar untuk bernafas, bengkak di muka, bibir, lidah, atau tekak.
  • Kurang magnesium dalam badan menyebabkan pening kepala, jantung berdegup laju atau tidak sekata, tremor, kejang otot di tangan atau kaki, dan batuk-batuk.
  • Masalah buah pinggang. Antara gejala-gejalanya ialah demam, ruam, rasa mual, hioang selera makan, sakit sendi, dan kencing berdarah.
  • Kurang vitamin B-12 dalam badan. Masalah ini berlaku jika pesakit mengambil pantoprazole dalam jangka masa yang lama.

Interaksi antara Omeprazole dengan Ubat Lain

Setiap ubat dapat menghasilkan interaksi antara satu sama lain. Sama ada interaksi tersebut meningkatkan atau mengurangkan keberkesanan ubat tersebut. Berikut ialah kesan omeprazole kepada ubat lain:

  • Diuretik – Meningkatkan risiko kurang magnesium dalam darah.
  • Warfarin – Menyukarkan badan untuk menghentikan pendarahan.
  • Clopidogrel – Menghilangkan kesan terapi clopidogrel.
  • Itraconazole – Mengurangkan penyerapan itraconazole.
  • Ketoconazole – Mengurangkan penyerapan ketoconazole.
  • Posaconazole – Mengurangkan penyerapan posaconazole.
  • Erlotinib – Mengurangkan penyerapan erlotinib.

Kesan Terlebih Dos Omeprazole



Jika pesakit menghadapi mana-mana perkara yang disenaraikan di bawah, sila dapatkan rawatan kecemasan dengan segera:

  • Pesakit tidak dapat sedarkan diri.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Sawan.

Peringatan Sebelum Mengambil Pantoprazole

Berikut adalah antara perkara-perkara yang anda perlu ambil perhatian sebelum mengambil ubat ini:

1. Sejarah pesakit

Anda perlu maklumkan kepada doktor jika anda sedang atau pernah mengalami sebarang penyakit, untuk melihat sama ada anda boleh mengambil ubat ini tanpa memberi kesan buruk kepada kesihatan anda. Terutamanya jika anda menghidapi penyakit:

  • Kurang magnesium dalam darah.
  • Kurang vitamin B-12.
  • Masalah tulang poros.
  • Masalah autoimmun seperti SLE.
  • Masalah pernafasan.
  • Masalah buah pinggang.
  • Umur pesakit.

Pantoprazole tidak sesuai diambil oleh pesakit yang umurnya lebih muda daripada 5 tahun dan lebih tua daripada 70 tahun. Sila dapatkan pandangan daripada doktor untuk ubat yang lebih sesuai dengan umur anda.

2. Perancangan keluarga.

Dapatkan nasihat daripada doktor jika keluarga anda sedang dalam perancangan untuk mempunyai anak, isteri anda sedang mengandung, atau sedang dalam tempoh menyusukan anak. Jika isteri anda hamil semasa mengambil pantoprazole, sila maklumkan kepada doktor anda.

3. Alahan.



Anda perlu maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai masalah alahan kepada ubat pantoprozile atau kandungannya. Anda boleh tanya tentang senarai kandungan ubat tersebut kepada ahli farmasi.

Anda juga boleh beritahu kepada doktor jika anda mempunyai alahan kepada ubat yang sama seperti pantoprazole:

  • Dexlansoprazole.
  • Esomeprazole.
  • Iansoprazole.
  • Omeprazole.
  • Rabeprazole.
  • Pemakanan dan ubat-ubat yang lain.

Anda juga perlu beritahu kepada doktor apakah ubat-ubatan atau makanan-makanan tambahan yang anda ambil. Berikut ialah senarai yang perlu anda maklumkan kepada doktor:

  • Rilpivirine.
  • Warfarin.
  • Atazanavir.
  • Dasatinib.
  • Digoxin.
  • Diuretik.
  • Erlotinib.
  • Itraconazole.
  • Ketoconazole.
  • Methotrexate.
  • Nelfinavir.
  • Nilotinib.
  • Zat besi tambahan.

Ubat Gastrik yang lain

Ubat OmeprazoleUbat Pantoprazole
Ubat EsomeprazoleUbat Rabeprazole
Ubat AntasidUbat Gastrik

Rujukan

  1. Pantoprazole – Drugs
  2. Pantoprazole – Medlineplus
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × two =