Skip to content

Ubat Perindopril: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat darah tinggi perindopril? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat ini, dos dan kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.

Kegunaan

Menurut FDA, kegunaan perindopril secara rasmi adalah

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Rawatan pencegahan risiko berkaitan kardiovaskular dalam pesakit arteri koronari stabil

Kegunaan di luar FDA termasuklah:

  • Rawatan pencegahan risiko berkaitan kardiovaskular dalam pesakit diabetis
  • Rawatan pencegahan berkaitan kecederaan otak (cerebrovascular accident)
  • Rawatan darah tinggi dalam pesakit kencing manis
  • Kegagalan jantung
  • Rawatan darah tinggi dalam pesakit transplan ginjal
  • Distropi muskular Duchenne – rawatan bagi masalah genetik melibatkan myokardium (otot jantung)
  • Serangan jantung (infarksi myokardial)


Ubat ini dimulakan oleh doktor perubatan sahaja dan memerlukan preskripsi doktor untuk belian di farmasi komuniti.

Cara pengambilan ubat ini

  • Ambil sebelum makan biasanya. Walaupun ada kajian menyatakan pengambilan ubat pada waktu malam boleh mengurangkan risiko jantung dan strok, pengambilan waktu siang pun juga masih lagi dibenarkan. Berbincang dahulu dengan doktor berkenaan waktu pengambilan yang sesuai berdasarkan situasi semasa pesakit.
  • Telan dengan segelas air kosong. Boleh juga dihancurkan buat pesakit yang sukar menelan ubat. Boleh juga dipotong separuh. (Ini biasanya merujuk pada ubat perindopril sahaja).
  • Jika terlupa, ubat tersebut perlu dimakan segera. Jika teringat ketka hampir ke waktu pengambilan ubat seterusnya (kurang dari 12 jam), pesakit perlu meninggalkan dos lama dan mengambil dos seterusnya. Jangan gandakan dos.
  • Ubat salutan filem tidak boleh dipecah, dipotong dan dikunyah. Telan sepenuhnya

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyimpanan

Boleh disimpan dalam suhu bilik (20 – 25°C). Tidak boleh digunakan melepasi tarikh luput. Jauhkan dari cahaya dan kelembapan dan kanak-kanak.

Dos

  • Darah tinggi
    • Dewasa:
      • Biasa: Dos permulaan 4 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 5 mg sekali sehari (perindopril arginine) kemudian boleh dinaikkan dan diturunkan dos ikut keadaan pesakit, maksimum 8 mg/hari (perindopril erbumine) dan 10 mg/hari (perindopril arginine).
      • Pesakit darah tinggi dengan penyakit melibatkan buah pinggang, pesakit dalam rawatan diuretik, pengurangan cecair dalam badan dan darah tinggi serius: Mulakan dahulu 2 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 2.5 mg sekali sehari (perindopril arginine). Maksimum sama seperti di atas.
    • Warga tua:
      • Mulakan dengan dos rendah terlebih dahulu 2 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 2.5 mg sekali sehari (perindopril arginine), boleh dinaikkan perlahan-lahan selang 1-2 minggu ke 4 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 5 mg sekali sehari (perindopril arginine). Maksimum sama seperti di atas.
  • Kegagalan jantung
    • Dos permulaan 2 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 2.5 mg sekali sehari (perindopril arginine), boleh disesuaikan dos ikut keadaan semasa pesakit. Dos selenggaraan biasa adalah 4 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 5 mg sekali sehari (perindopril arginine), dengan maksimum boleh sehingga 8-16 mg/hari.
  • Penyakit arteri koronari stabil
    • Dewasa: Mulakan dos 4 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 5 mg sekali sehari (perindopril arginine) untuk 2 minggu, kemudian sesuaikan dos ikut keadaan pesakit, maksimum 8 mg/hari (perindopril erbumine) dan 10 mg/hari (perindopril arginine).
    • Warga tua: Mulakan dos 2 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 2.5 mg sekali sehari (perindopril arginine) untuk 2 minggu, kemudian naikkan dos ke 4 mg sekali sehari (perindopril erbumine) atau 5 mg sekali sehari (perindopril arginine) dan sesuaikan dos ikut keadaan pesakit,  maksimum 8 mg/hari (perindopril erbumine) dan 10 mg/hari (perindopril arginine).
  • Darah tinggi dalam pesakit transplan buah pinggang
    • Dos selenggaraan biasa adalah antara 4 – 16 mg sekali sehari, sesuaikan dos dengan keadaan pesakit supaya tekanan darah pesakit berjaya sampai ke sasaran 130/80 mmHg.
  • Distropi muskular Duchenne (dalam kanak-kanak) bagi pencegahan ketidakfungsian ventrikel kiri jantung (Off-label)– 2 – 4 mg sekali sehari (perindopril tidak digunakan dalam negara untuk hipertensi kronik dalam kalangan kanak-kanak dan bayi)
  • Pesakit kegagalan buah pinggang
    • Pesakit antara 30 – 60 ml/min: 2 mg (perindopril erbumine) atau 2.5 mg (perindopril arginine) sekali sehari.
    • Pesakit antara 15 – 30 ml/min: 2 mg (perindopril erbumine) atau 2.5 mg (perindopril arginine) selang sehari.
    • Pesakit bawah 15 ml/min: 2 mg (perindopril erbumine) atau 2.5 mg (perindopril arginine) pada hari dialisis.

Brand ubat yang ada dalam pasaran

Fasiliti kerajaan biasa menyimpan ubat amlodipine sebagai tablet berkekuatan 4 dan 8 mg (jenis garam perindopril erbumine/ tert-butylamine). Dalam pasaran tablet perindopril turut dijual sebagai sebatian garam arginine (5 mg dan 10 mg). Tiada beza antara keberkesanan kedua-dua garam ini terhadap perindopril secara amnya, cuma perindopril arginine mampu bertahan dalam keadaan kelembapan lebih tinggi.

Dapatan NPRA memperoleh jenama ubat dalam kalangan bersendirian dan juga gabungan pelbagai ubat.

  • Perindopril (garam erbumine) 2 mg: HITEN 2 (Healol)
  • Perindopril (garam erbumine) 4 mg: HITEN 4 (Healol), Coversyl (Servier), Provinace (Xepa sp), Perinace (Duopharma Manufacturing), Covapril (Duopharma), Perindosyl (Novartis), Covinace (Pharamniaga)
  • Perindopril (garam erbumine) 8 mg: HITEN 8 (Healol), Perinace (Duopharma), Covinace (Pharmaniaga), Coversyl (Servier)
  • Perindopril (garam arginine) 5 mg: Coversyl 5 (Servier) (salutan filem dan boleh dipotong)
  • Perindopril (garam arginine) 10 mg: Coversyl 10 (Servier) (salutan filem dan boleh dipotong)

Berikut adalah formulasi perindopril (garam erbumine dan arginine) bersama ubat lain:

  • Bersama ubat darah tinggi jenis diuretik bukan keluarga thiazide (jenis perindopril erbumine)
    • Tablet 4 mg dan indapamide 1.25 mg: Coversyl Plus 4mg/1.25mg (Servier)
  • Bersama ubat darah tinggi jenis diuretik bukan keluarga thiazide (jenis perindopril arginine)
    • Tablet 5 mg dan indapamide 1.25 mg: Coversyl Plus 5mg/1.25mg (Servier) (salutan filem)
    • Tablet 10 mg dan indapamide 2.5 mg: Coversyl Plus 10mg/2.5mg (Servier) (salutan filem)
  • Bersama ubat darah tinggi jenis penebat beta (bisoprolol) (jenis perindopril arginine) (Semua ini dalam sediaan salutan filem)
    • Tablet 5 mg dan bisoprolol 5 mg: Cosyrel (Servier)
    • Tablet 5 mg dan bisoprolol 10 mg: Cosyrel (Servier)
    • Tablet 10 mg dan bisoprolol 5 mg: Cosyrel (Servier)
    • Tablet 10 mg dan bisoprolol 10 mg: Cosyrel (Servier)
  • Bersama ubat darah tinggi jenis penebat saluran ion kalsium amlodipine (jenis perindopril arginine)
    • Tablet 5 mg dan amlodipine 5 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 5 mg dan amlodipine 10 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan amlodipine 5 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan amlodipine 10 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 3.5 mg dan amlodipine 2.5 mg: Viacoram (Servier)
    • Tablet 7 mg dan amlodipine 5 mg: Viacoram (Servier)
  • Ubat darah tinggi jenis jenis penebat saluran ion kalsium amlodipine dan jenis diuretik bukan keluarga thiazide (jenis perindopril arginine)
    • Tablet 5 mg dan amlodipine 5 mg dan indapamide 1.25 mg: Triplixam (Servier)
    • Tablet 5 mg dan amlodipine 10 mg dan indapamide 1.25 mg: Triplixam (Servier)
    • Tablet 10 mg dan amlodipine 5 mg dan indapamide 2.5 mg: Triplixam (Servier)
    • Tablet 10 mg dan amlodipine 10 mg dan indapamide 2.5 mg: Triplixam (Servier)
  • Ubat darah tinggi jenis penebat saluran ion kalsium amlodipine dan ubat kolesterol
    • Tablet 5 mg dan amlodipine 5 mg dan atorvastatin 10 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 5 mg dan amlodipine 5 mg dan atorvastatin 20 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan amlodipine 5 mg dan atorvastatin 20 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan amlodipine 10 mg dan atorvastatin 20 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan amlodipine 10 mg dan atorvastatin 40 mg: Triveram (Servier)

Cara Ubat Berfungsi



Perindopril dipercayai merencat pertukaran kompaun angiotensin I kepada angiotensin II dalam buah pinggang. Angiotensin II dipercayai menyempitkan saluran darah dan menaikkan penyaluran darah semula ke jantung. Dalam pesakit kegagalan jantung, penyempitan saluran darah dan penyaluran semula darah ke jantung dalam masa yang lama boleh mengakibatkan pemodelan semula tisu otot jantung (cardiac remodelling) yang tidak boleh diselamatkan sekaligus mengancam nyawa.

Oleh sebab itu pengambilan ubat ini juga turut digunakan bagi mengurangkan komplikasi jantung dan strok juga. Dalam pesakit diabetis pula perindopril turut mengurangkan pengeluaran protein dari air kencing dan seterusnya memperlahankan kerosakan buah pinggang menerusi pengembangan saluran darah arteri ke ginjal. Perindopril juga turut merencat pengeluaran aldosterone yang merupakan punca utama penyerapan semula ion natrium dan air ke dalam badan, dengan itu tekanan darah akan berkurangan.

Perindopril ialah ubat tidak aktif (prodrug) yang ditukarkan dalam hati menjadi perindoprilat untuk menunjukkan kesan dilatasi pembuluh darah arteri dan vena. Namun begitu sesetengah pesakit boleh mendapat batuk kering (non-productive cough) disebabkan kenaikkan perantara inflamatori bradykinin dan bahan P yang biasanya didegradasikan oleh enzim ACE sendiri.

Kesan sampingan

Antara kesan sampingan yan boleh dilihat:

  • Bengkak-bengkak muka, bibir, mulut dan lidah dan bahagian badan
  • Kesukaran bernafas
  • Ruam kulit
  • Bintik-bintik merah pada kulit
  • Pening dan sakit kepala, rasa pitam
  • Vertigo
  • Mengantuk
  • Gangguan tidur dan ‘mood’
  • Degupan jantung tidak sekata atau abnormal
  • Tekanan darah rendah
  • Sakit-sakit, kejang atau lemah otot badan dan sendi
  • Sakit dada, kesukaran bernafas (bronchospasm)
  • Batuk-batuk kering (antara kesan biasa ubat)
  • Sakit perut
  • Loya dan muntah
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Keradangan pankreas (sakit perut yang teruk dan sakit belakang)
  • Jaundis (kekuningan)- kolestatik jaundis perlu diambil perhatian
  • Kenaikan garam kalium
  • Gangguan deria pendengaran dan penglihatan
  • Kekadang boleh sampai kepada anemia (dan kekurangan darah putih lain), mati pucuk, serangan jantung dan strok dan kesan hipersensitif (sangat bahaya).
  • Boleh mengganggu nilai nisbah aldosterone/renin makmal.

Oleh sebab itu, ubat perindopril tidak boleh digunakan bagi golongan berikut:

  • Ibu mengandung: Kategori D FDA. Boleh membahayakan tekanan darah dan fungsi ginjal ibu dan anak. Kecacatan kekal otak juga turut dilaporkan.
  • Ibu menyusu: Bukti tidak mencukupi. Pengeluar biasanya tidak membenarkan penggunaan perindopril dalam ibu menyusu.
  • Kanak-kanak bawah 18 tahun: Tidak berapa digalakkan.
  • Pesakit yang mengalami angioedema dengan pengambilan perindopril dan ubat dalam keluarga yang sama (enalapril dsb)
  • Pesakit buah pinggang dengan rawatan ekestrakorporeal
  • Pesakit buah pinggang renal stenosis (tidak mengira unilateral atau bilateral)
  • Pengambilan bersama dengan aliskiren (penebat renin) dalam pesakit diabetis atau fungsi buah pinggang bawah 60 ml/min
  • Pengambilan bersama sacubitril/valsartan (ubat untuk kegagalan jantung) – kesan angioedema lebih tinggi

Peringatan (precaution)

  • Ubat masih lagi boleh diberikan pada mereka tetapi dengan nasihat dan pantauan doktor:
    • Pesakit kardiovaskular lain (penyakit jantung iskemik)
    • Penyakit kardiomyopati hipertropik (penyakit berkaitan tumbesaran otot jantung)
    • Pesakit dengan kekurangan garam dalam badan dan air
    • Penyakit autoimun tisu badan (SLE, skleroderma)
    • Pesakit mengalami penyempitan injap aortik dan mitral jantung
    • Dalam operasi pembedahan atau dalam anestesia
    • Ascites (pengumpulan cecair dalam perut) berulangan atau dalam pesakit cirrhosis hati
    • Diabetis
    • Pesakit kulit hitam (berkemungkinan mendapat kesan angioedema lebih tinggi)
    • Penyakit aldosteronisme prima (badan pesakit mengeluarkan aldosterone dalam kuantiti banyak)
    • Pesakit kegagalan hati dan ginjal
    • Warga tua

Interaksi antara ubat

Pesakit perlu memaklumkan pada doktor jika mengambil apa-apa ubat bersama amlodipine. Antara interaksi biasa dijumpai termasuklah:

  • Menaikkan kesan tekanan darah rendah: bersama ubat darah tinggi dalam jenis sama (enalapril, captopril dsb) dan jenis lain (losartan, valsartan, metoprolol, bisoprolol, prazosin, tamsulosin, doxazosin, hydrochlorothiazide dan keluarga thiazide, furosemide dsb); pengambilan alkohol menaikkan insiden tekanan darah rendah orthostatik (badan tidak boleh bergerak)
  • Menaikkan kesan hiperkalemia (ion kalium menaik): ubat diuretik penahan ion kalium – spironolactone, amiloride; suplemen penambah kalium; ataupun ubat yang mempengaruhi ion kalium seperti antibiotik trimethoprim, ubat imunosupresan cyclosporin dan ubat cair darah heparin, enoxaparin dsb; ubat tahan sakit NSAIDS (diclofenac, mefenamic acid, aspirin dsb)
  • Menaikkan kesan kecederaan buah pinggang: pengasidifikasi urin dinatrium hydrogen fosfat
  • Menaikkan kesan angioedema: ubat imunosupresan (tacrolimus, sirolimus), ubat diabetis jenis penebat enzim DPP4 (vildagliptin, sitagliptin dsb)
  • Reaksi anafilaktik serius: ubat tambah darah iron dextran dalam kalangan pesakit aferesis LDL (proses penyedutan lemak)
  • Menaikkan toksisiti buah pinggang: ubat antimania lithium, ubat-ubatan NSAIDS
  • Menaikkan insiden neutropenia dan hipersensitiviti ubat: allopurinol (ubat gout)
  • Menaikkan kesan toksisiti darah – azathioprine (ubat imunosupresan), interferon (protein direka khas untuk pelbagai penyakit seperti kanser dan kelemahan sistem imun badan)
  • Menaikkan insiden hipoglisemia dalam pesakit diabetis: insulin dan ubat diabetis lain (gliclazide, glimepiride dsb)

Kesan terlebih dos

Simptom perindopril berlebihan seperti tekanan darah rendah, degupan jantung tidak stabil (bradycardia dan tachycardia), hiperventilasi, kejutan peredaran darah (circulatory shock), pening, ketakutan dan batuk dilaporkan.

Rawatan yang biasa diberikan:



  • Infusi intravena normal saline 0.9%
  • Pesakit hipotensi perlu diletakkan dalam keadaan kejutan (shock position) dan mungkin perlukan infusi angiotensin II dan ejen inotropik (epinephrine dan seumpama dengannya)
  • Hemodialisis

Ubat Darah Tinggi yang lain

Ubat AmlodipineUbat Perindopril
Ubat CaptoprilUbat Losartan
Ubat EnaprilUbat Candesartan
Ubat TelmisartanUbat Darah Tinggi

Rujukan

  1. Buku Biru Formulari Farmaseutikal Kebangsaan, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. BNF 78
  3. Micromedex
  4. MIMS Gateway
  5. Medscape
  6. Quest 3+ Sistem Pendaftaran Produk & Pelesenan: Product Search
  7. Perindopril – NHS
  8. Malaysian Society of Hypertension, Ministry of Health Malaysia & Academy of Medicine of Malaysia (2018). Clinical practice guidelines on management of hypertension (5th ed.). Malaysia: Malaysian Society of Hypertension.
  9. Nicolas, D., Kerndt, C. C. & Reed, M. (2021). Sacubitril/valsartan.
Advertisements

4 thoughts on “Ubat Perindopril: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan”

  1. Tekanan darah saya sejak bertahun-tahun hingga sekarang adalah dalam lingkungan 110/70 ke 132/83. Kata doktor saya tiada masalah tekanan darah tinggi.
    Saya telah melalui pembedahan jantung pintasan pada 05.01.2023 kerana dua arteri saya tersumbat 90%.
    Pertanyaan saya, mengapa doktor beri ubat perindopril erbumine 4 mg kepada saya mulai September 2023? Sejak makan ubat ini saya mengalami kerongkong gatal dan batuk kering. Adakah itu kesan sampingannya?

    1. Selalunya bila seseorang itu mengalami masalah jantung, doktor akan memulakan ubat ACEi(angiotensin coverting enzyme inhibitor) kerana banyak kajian menyatakan ia boleh melindungi jantung daripada sakit jantung. Salah satu kesan sampingannya adalah batuk kering. Selalunya kalau ada kesan sampingan tersebut kita akan tukarkan ubat tersebut kepada jenis ARB(Angiotensin receptor blocker). Boleh berjumpa dengan doktor En dan ceritakan kesan sampingan tersebut.

  2. Monarita binti Abdullah

    Salam…saya ingin bertanya ubat darah tinggi perindropril 4mg apakah kesan sampingan. Adakah ubat ini melindungi buah pinggang dan jantung.

    1. Waalaikumsalam. Betul ubat ini dapat melindungi buah pinggang dan jantung. Selalunya, apabila kita mula berikan ubat ini kepada pesakit, kita akan ambil ujian fungsi buah pinggang selepas 2 minggu kerana ada sesetengah pesakit akan mengalami kesan sampingan kepada buah pinggang. Tetapi kalau bacaan buah pinggang normal, maksudnya dia akan melindungi buah pinggang kita. Selalunya pesakit yang ada protein dalam air kencing(disebabkan buah pinggang bocor), apabila diberikan ubat ini setelah beberapa minggu apabila diperiksa air kencing, protein tersebut akan hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 5 =