Apakah kegunaan ubat regulon? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat regulon, dos dan kesan sampingannya pada badan.
Pengenalan
Tablet pencegah kelahiran gabungan ini mengandungi hormon wanita yang menghalang ovulasi iaitu pelepasan telur dari ovari. Tablet Regulon merupakan ubat oral kontraseptif iaitu ubat untuk pencegah kehamilan. Tablet Regulon mengandungi bahan aktif seperti berikut:
- Ethinylestradiol 0.03mg
- Desogestrel 0.15mg
Nama Brand Lain
Berdasarkan penelitian, perbezaannya antara jenama itu hanya terletak pada jumlah kandungan bahan aktifnya sahaja. Berikut adalah pilihan ubat jenama lain tetapi masih mengandungi bahan aktif yang sama seperti yang ditulis di atas iaitu Ethinylestradiol dan Desogestrel.
- Novynette
- Mercilon
- Marvelon
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Cara Ubat Regulon Berfungsi
Dengan mekanisme maklum balas negatif pada hipotalamus, desogestrel dan etinilestradiol mengubah corak rembesan gonadropin normal hormon stimulasi folikular yang lebih dikenali sebagai nama singkatan nya (FSH) dan hormon luteinizing (LH). Ianya menyekat fasa FSH dan perubahan lendir di serviks dan edometrium.
Penggunaan
Tablet ini hanya untuk makan sahaja. Telan keseluruhan tablet, jangan kunyah atau hancurkan. Ambil tablet pertama pada hari pertama haid atau hari Ahad pertama setelah haid anda bermula. Ambil satu biji tablet setiap hari selama 21 hari dan kemudian diikuti dengan 7 hari tanpa pengambilan tablet.
Apabila tablet habis, mulakan pek baru pada hari berikutnya. Dapatkan preskripsi sebelum tablet yang sedia ada habis sepenuhnya. Sekiranya terlupa 1 dos Regulon, makan sebiji sejurus anda ingat dan makan dos berikutnya seperti biasa.
Ikut arahan doktor, jangan ambil ubat ini dalam dos yang besar dan memanjangkan durasi terapi sendiri. Boleh dimakan bersama makanan mahupun tanpa makanan. Jika anda merasakan kondisi ketidakselesaan pada perut selepas mengambil teablet ini, anda dinasihatkan untuk makan tablet Regulon bersama bersama makanan untuk dos seterusnya.
Kontraindikasi
Keadaan tubuh di mana ubat tidak boleh digunakan. Contohnya, ubat itu dilabel sebagai ubat dengan kontraidikasi penyakit darah tinggi. Maksudnya, ubat ini tidak boleh digunakan oleh penghidap hipertensi kerana hal ini akan menyebakan risiko penyakit lebih parah dan juga membahayakan pesakit tersebut. Berikut adalah kontraindikasi tablet Regulon:
- Kepada individu yang diketahui mengandung dan disyaki mengandung.
- Estrogen dependent tumour
- hiperplasia endometrium (ketebalan tisu di sistem reproduktif wanita, yang meningkatkan risiko kanser endometrium)
- Pendarahan vaginal yang tidak didiagnos
- Darah tinggi
- Diabetis angiopathy
- Kolelitiasis (Penyakit batu karang di hempedu)
Peringatan
Sila rujuk pegawai perubatan dan ahli farmasi berdekatan anda sebelum memulakan pengambilan tablet Regulon ini. Walaupun ubat ini ialah ubat pencegahan kehamilan, anda seharusnya tahu bahawa ubat ini akan mengakibatkan bahaya kepada bayi di dalam rahim sekiranya anda mengandung ketika pengambilan ubat ini. Sekiranya anda mengesyaki kehamilan semasa menggunakan ubat ini, segera laporkan kepada doktor.
Pendarahan vagina mungkin berlaku dia antara kitaran haid regular semasa tiga bulan pertama penggunaan ubat ini. Pendarahan sebegini lazimnya berhenti dalam masa seminggu. Hubungi doktor jika ianya berlaku lebih daripada seminggu.
Kami mengingatkan sekali lagi, kepada individu yang menghidap penyakit seperti senarai di bawah, tidak boleh mengambil ubat ini.
- Penyakit Jantung
- Darah tinggi
- Epilepsi @ sawan
- Diabetis mellitus
- Phlebitis (keradangan urat yang disebabkan oleh urat yang tersumbat)
- Otosklerosis (gangguan pendengaran disebabkan oleh kondisi dimana pertumbuhan tulang di dalam telinga yang tidak normal)
- Tumor pada rahim, endometriosis
- Penyakit gangguan pembekuan darah
- Kegagalan buah pinggang
Kesan sampingan
- Muntah dan ketidakselesaan perut (berlaku di awal pengambilan)
- Jerawat dan kulit kusam
- Penambahan berat badan
- Sedikit pendarahan vagina
- Keletihan
- Sembelit/cirit-birit
Kebiasaannya, kesan sampingan hanya sementara dan akan hilang selepas badan anda menyesuaikan diri dengan ubat.
Kesan Terlebih Dos Ubat Regulon
Hubungi unit kecemasan di hospital. Simptom overdos seperti sakit perut, muntah, pendarahan vagina, kesukaran bernafas muka, bibir, lidah, dan tekak membengkak dan apabila menghadapi lain-lain situasi yang tidak pernah dialami semasa pengambilan ubat ini. Ingat tindakan segera semasa kecemasan dapat mengurangkan risiko keparahan.
Interaksi antara ubat
Menurut sumber daripada MIMS Malaysia, Ubat ini akan berinteraksi dengan:
- Ubat Antibiotik
- Ubat Antidiabetik
- Insulin
- Ubat Activated Charcoal
- Ubat Pelawas
- Ubat Antikoagulan
- Ubat Antidepressant
- Ubat Penenang (Tranquilizer)
Cara Penyimpanan
Produk ini tidak memerlukan keadaan penyimpanan yang khas. Seperti ubat-ubatan tablet yang lain, jangan simpan ubat di tempat yang suhunya melebihi daripada suhu bilik. Pastikan ubat sentiasa berada dalam keadaan yang kedap untuk melindunginya daripada kerosakan akibat lembapan dn panas. Jauhi darpada capaian kanak-kanak. Jangan simpan ubat lama mahupun ubat yang terapinya sudah tidak diperlukan.