Wanita Mandul: Punca, Simptom dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Mandul di definisikan sebagai kesukaran untuk hamil dalam waktu sekurang-kurangnya setahun walaupun telah melakukan hubungan seks yang kerap.

Faktor Kemandulan selalunya berpunca 1/3 daripada perempuan dan 1/3 daripada lelaki. 1/3 lagi puncanya tidak diketahui atau ia mungkin kombinasi fakor daripada lelaki dan perempuan.

Punca kenapa seseorang wanita itu mandul selalunya susah untuk diketahui. Terdapat pelbawai rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit bergantung kepada punca masalah tersebut. Kebanyakan pasangan yang tidak subur selalunya akan berjaya mempunyai anak tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Simptom

Simptom utama bagi mereka yang mengalami masalah mandul ini adalah mereka tidak boleh hamil lebih daripada setahun. Kitaran haid yang terlalu lama(35 hari ke atas) ataupun terlalu pendek(kurang daripada 21 hari), kitaran haid yang tidak sekata mungkin menunjukkan proses ovulasi dalam badan tidak berlaku.

Walaubagaimanapun, terdapat simptom lain yang menunjukkan anda mempunyai masalah ataupun penyakit lain yang menyebabkan anda tidak boleh mengandung. Simptom tersebut adalah:

  • Sakit perut yang teruk ketika datang haid
  • Haid yang tidak sekata
  • Berat badan yang berlebihan
  • Bulu daripada badan menjadi semakin lebat.

Punca Wanita Mandul

Terdapat beberapa faktor yang diperlukan untuk anda hamil. Faktor tersebut adalah:

  • Proses ovulasi perlu berlaku: Untuk hamil, ovari perlu menghasilkan ovum untuk dilepaskan ke dalam Tiub Fallopio. Proses ini dinamakan sebagai ovulasi
  • Pasangan anda memerlukan sperma: Kebanyakan pasangan tidak mempunyai masalah ini kecuali jika pasangan tersebut mempunyai penyakit lain ataupun pembedahan. Doktor anda boleh memeriksa sampel sperma untuk mengetahui sperma yang dihasilkan oleh pasangan mempunyai masalah ataupun tidak.
  • Perlunya hubungan seks yang kerap: Anda perlu melakukan hubungan dengan pasangan anda secara kerap terutamanya ketika waktu subur.
  • Perlunya tiub fallopio dan rahim yang normal: Sperma dan ovum and bersenyawa di dalam tiub fallopio dan membesar di dalam rahim.

Untuk kehamilan berlaku, setiap daripada proses reproduktif perlu berlaku dengan betul. Proses tersebut secara ringkas adalah:

  • Salah satu ovari akan melepas ovum
  • Ovum tersebut akan masuk ke dalam tiub fallopia
  • Sperma akan berenang untuk bersenyawa dengan ovum dikawasan tiub fallopio
  • Hasil persenyawaan tersebut akan masuk ke dalam uterus dan membesar pada dinding rahim

Punca Mandul pada wanita

Terdapat beberapa punca yang menjadikan seseorang wanita itu mandul. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa perkara

Masalah Proses Ovulasi

Masalah ovulasi bermaksud proses ovulasi tidak selalu berlaku ataupun anda tidak mengalami ovulasi langsung. Ia berlaku pada 1/4 daripada pasangan yang mengalami masalah sukar untuk hamil. Masalah pada hormon reprodukti akan menyebabkan kalenjar pituitari ataupun masalah pad aovaru akan menyebabkan masalah pada proses ovulasi

Masalah tersebut adalah:

  • Polycystic Ovary Syndrom(PCOS): PCOS menyebabkan ketidakseimbangan pada hormon yang mengganggu proses ovulasi. Pesakit PCOS selalunya mengalami obesiti, kerintangan insulsin, masalah jerawat dan bulu badan yang tumbuh secara berlebihan.
  • Masalah hipothalamus: Hormon reproduktif dikawal oleh bahagian otak hipothalamus. Kurangnya penghasilan hormon ini akan mengganggu proses ovulasi untuk berlaku
  • Kecederaan pada tiub fallopio: Kerosakan pada tiub fallopio ataupun tiub fallopio tersumbat akan menyebabkan ovum dihalang daripada bersenyawa dengan sperma. Punca kepada berlakunya sumbatan ini adalah:
  • Penyakit Keradangan Pelvis(Pelvic Inflammatory Disease): Jangkitan kuman seperti Chlamydia atau Gonorrhea boleh menyebabkan kawasan dalam pelvis mengalami keradangan.
  • Pembedahan yang melibatkan bahagian abdomen terutamanya pembedahan kandungan diluar rahim.

Endomteriosis

Endometriosis berlaku apabila sel yang sepatutnya berada di dalam rahim telah berada pada kawasan luar rahim. Sel tersebut adalah sel endometrium dan sel inilah yang menyebabkan penghasilan darah haid.

Apabila ia hidup diluar rahim, ia juga akan menghasilkan darah dan ini akan menyebabkan kawasan tersebut mengalami keradangan. Perkara ini akan menyebabkan kawasan tiub fallopio tidak berfungsi sepenuhnya.

Masalah Rahim ataupun Serviks

Terdapat beberapa masalah serviks dan rahim yang akan mengganggu proses implantasi ovum yang telah disenyawakan ke dalam dinding rahim. Beberapa masalh tersebut adalah:

  • Polip ataupun ketumbuhan dalam rahim seperti Fibroid: Ketumbuhan ini mungkin akan menyebabkan tiub fallopio tersumbat ataupun mengganggu proses implantasi.
  • Bentuk Rahim yang tidak normal
  • Cervical stenosis: Adalah masalah serviks yang menjadi sempit sehingga menyebabkan sperma tidak boleh masuk ke dalam bahagian rahim.


Faktor Risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian anda menjadi tidak subur dan mandul. Faktor risiko tersebut adalah:

  • Umur: Kualiti dan kuantiti ovum yang dihasilkan oleh wanita semakin menurun apabila semakin berumur. Ini menyebabkan seseorang itu sukar untuk hamil ketika umurnya meningkat
  • Merokok: Asap rokok akan meroksakkan bahagian serviks dan tiup fallopio. Bahkan ia meningkatkan risiko untuk berlakunya keguguran dan kandungan di luar rahim. Berhenti merokok sebelum memulakan rawatan kesuburan
  • Berat badan: Orang yang berlebihan berat badan ataupun kurang berat badan sedikit sebanyak akan mengganggu proses ovulasi.
  • Sejarah seks: Mereka yang mengalami jangkitan kuman disebabkan hubungan seks (Sexually Transmitted Disease) boleh menyebabkan masalah keradangan pada bahagian pelvis.
  • Alkohol: Kurangkan ataupun berhenti minum alkohol

Cara untuk mengelakkan masalah mandul

Jika anda adalah wanita dan anda merancang untuk hamil pada masa hadapan, anda perlulah memperbaiki gaya hidup anda dengan:

  • Mengekalkan berat badan sihat: Mereka yang berlebihan berat badan dan kurang berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai masalah ovulasi. Jika anda ingin kurangkan berat badan, buat senaman secara sederhana dan amalkan diet yang sihat
  • Berhenti merokok: Rokok mempunyai pelbagai kesan negatif yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.
  • Elakkan daripada mengambil alkohol: Pengambilan alkohol boleh menyebabkan kecacatan pada bayi yang sedang membesar.
  • Kurangkan stress

Penyiasatan

Jika anda masih tiakd boleh mengandung dalam waktu setahun tanpa menggunakan apa-apa teknik perancang keluarga, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan menyiasat punca masalah tersebut

Ujian kesuburan termasuk:

  • Ujian ovulasi: Pengambilan Hormon Stimulasi Folikel(Follicle Stimulation Hormone/FSH) dan Liteinizing hormone(LH) perlu diambil untuk mengetahui sama ada ketidakstabilan hormon tersebut telah mengganggu proses ovulasi
  • Hysterosalpingography: Ujian ini digunakan untuk memastikan bahawa tiub fallopio tidak tersumbat
  • Ujian hormon yang lain: Ujian untuk mengetahui hormon tiroid dan beberapa jenis hormon lain boleh dibuat jika pesakit disyakit menghadapi masalah tersebut.
  • Ujian pengimejan: Ultrasound scan akan dilakukan untuk melihat keadaan organ pembiakan samaada mengandungi fibroid, cyst, ovari yang tidak normal dan beberapa perkara yang lain
  • Laparoscopy: Ini adalah pembedahan dimana kamera dimasukkan ke dalam bahagian abdomen untuk mengetahui punca kepada masalah pesakit. Selalunya pesakit jenis endometriosis perlu menjalani pembedahan jenis ini untuk mengesahkan bahawa pesakit mempunyai masalah tersebut

Rawatan kemandulan

Masalah mandul bergantung kepada punca dan juga umur pesakit. Disebabkan kemandulan adalah penyakit yang kompleks, selalunya rawatan ini melibatkan kewangan, fizikal, psikologikal dan juga komitment ketika dalam rawatan.

Ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh diberi kepada pesakit jika pesakit mengalami beberapa masalah. Ubat tersebut adalah:

  • Clomiphene(clomid): Ianya berfungsi untuk merangsang penghasilan FSH dan LH. Kenaikan hormon tersebut dengan harapan akan merangsang penghasilan ovum
  • Metformin: Ia selalunya digunakan pada wanita yang mengalami masalah PCOS. Metformin membantu untuk memperbaiki masalah kerintangan insulin yang juga akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah mengalami proses ovulasi
  • Bromociptine: Ia digunakan untuk merawat mereka yang mengalami masalah penghasilan hormon prolactin yang berlebihan.

Pembedahan

Terdapat beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah yang menyebabkan kemandulan:

  • Pembadahan laparoscopic: Boleh dibuat untuk mereka yang mengalami bentuk rahim yang tidak normal, membuang fibroid dan sebagainya
  • Pembedahan tiub: Mereka yang mengalami sumbatan pada tiub boleh menjalani pembedahan jenis ini untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil

Membantu Persenyawaan

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk membantu proses persenyawaan berlaku. Ia adalah:

  • Intraueterine insemination(IUI): Sperma akan diambil daripada pasangan dan sperma itu disuntik terus ke dalam bahagian rahim supaya ianya lebih mudah untuk sampai kepada ovum
  • Persenyawaan invitro: Ovum diambil daripada wanita dan sperma diambil daripada pasangannya. Kemudian, ianya disenyawakan di dalam piring petri sebelum dimasukkan semula ke dalam rahim wanita tersebut


Rujukan:

  1. Kuohung W, et al. Causes of female infertility.
  2. Hornstein MD, et al. Optimizing natural fertility in couples planning pregnancy.
  3. Nelson LM. Clinical manifestations and evaluation of spontaneous primary ovarian insufficiency (premature ovarian failure).
  4. Barbieri RL, et al. Clinical manifestations of polycystic ovary syndrome in adults. .

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

1 Comment

Fibroid: Punca, Faktor Risiko dan Cara Rawatan - TheDiagnosa · August 22, 2019 at 9:02 am

[…] juga boleh menyebabkan ketidaksuburan seseorang perempuan. Tetapi sangat jarang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *