Apakah itu Demam Reumatik (Rheumatic Fever) dan punca-puncanya? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah demam reumatik ini berserta rawatannya.
Isi Kandungan |
Pengenalan
Demam reumatik merupakan satu komplikasi kepada jangkitan sakit tekak oleh kuman streptococcus. Ia serius dan sering terjadi kepada kanak kanak yang berusia 5 hingga 15 tahun. Namun, orang dewasa dan kanak kanak lebih tua juga boleh mendapatnya.
Ia masih kerap terjadi terutama di kawasan sub saharan Afrika, selatan Asia Tengah, dan sesetengah populasi di Australia dan New Zealand.
Punca Demam Reumatik
Demam reumatik berpunca daripada jangkitan bakteria bernama Group A streptococcus. Bakteria in boleh menyebabkan jangkitan sakit tekak dan dalam sesetengah orang boleh menyebabkan demam scarlet. Keduanya merupakan sejenis keadaan radang.
Penyakit ini menyebabkan keradangan dan sel imun badan menyerang tisu badan kita sendiri. Reaksi ini menyebabkan keradangan menyeluruh di satu badan, dan menjadi asas kepada simptom simptom demam ini.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Faktor risiko demam reumatik
Antara faktor yang menyebabkan anda terdedah kepada demam reumatik ialah:
- Sejarah perubatan keluarga. Sesetengah gene yang anda miliki membuatkan anda lebih berisiko
- Jenis bakteria streptococcus. Sesetengah jenis lebih berisiko menyebabkan demam ini
- Faktor persekitaran seperti tempat tinggal yang sesak dan padat
Simptom demam reumatik
Demam ini terjadi sebagai respons badan terhadap jangkitan kuman sakit tekak. Walaupun tidak semua kes jangkitan kuman sakit tekak boleh menyebabkan penyakit ini, namun komplikasi serius dan mengancam nyawa ini boleh dicegah dengan diagnosis dan rawatan awal.
Jika anda ataupun anak anda mengalami sakit tekak dan mempunyai tanda di bawah, anda perlu segera berjumpa doktor:
- Biji limfa yang bengkak dan sakit
- Ruam kemerahan pada kulit
- Sukar menelan
- Keluar lelehan pekat bercampur darah dari hidung
- Demam bersuhu tinggi melebihi 38.3 darjah celcius
- Tonsil yang bengkak dan merah
- Tompok putih pada tonsil ataupun keluar nanah
- Tompok merah pada lelangit
- Sakit kepala
- Loya
- Muntah
Terdapat pelbagai variasi simptom demam reumatik. Ia biasanya datang 2 hingga 4 minggu setelah jangkitan sakit tekak.
- Bijian kecil di bawah kulit
- Sakit dada
- Rasa berdebar debar
- Kelesuan
- Hidung berdarah
- Sakit perut
- Sakit sendi pergelangan tangan, siku, lutut dan pergelangan kaki
- Sakit sendi yang merebak ke sendi yang lain
- Sendi yang bengkak, merah dan hangat
- Sukar bernafas
- Demam
- Berpeluh
- Muntah
- Ruam kemerahan yang tidak sekata
- Pergerakan kaki dan tangan yang spontan
- Kurang daya tumpuan
Cadangan termometer yang bagus
Ujian Pengesanan demam reumatik
Doktor akan bertanyakan soalan terperinci mengenai simptom anda dan sejarah jangkitan sakit tekak. Kemudian doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal seperti:
- Memeriksa ruam dan bijian bawah kulit
- Mendengar degupan jantung untuk sebarang perubahan
- Melakukan ujian bagi menentukan keadaan sistem saraf
- Memeriksa sendi untuk kesan radang
- Memeriksa tekak dan mengambil sampel darah untuk melihat jangkitan
- Melakukan elektrokardiogram bagi memeriksa aktiviti jantung
- Melakukan echocardiogram bagi melihat struktur jantung
Rawatan
Rawatan demam reumatik bertujuan untuk membuang semua kuman streptococcus dari dalam badan dan mengawal simptom.
- Rawatan antibiotik akan diberikan bagi membunuh kuman streptococcus. Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin memerlukan rawatan antibiotik jangka lama sebagai perlindungan dari jangkitan sama
- Rawatan anti radang seperti corticosteroid. Selain itu, ubat anti radang yang juga mempunyai fungsi tahan sakit diberikan seperti aspirin dan naproxen
- Ubat sawan juga diberikan sekiranya pergerakan spontan terjadi dengan terlalu kerap
- Rehat secukupnya. Anak anda mungkin memerlukan rehat berpanjangan sehingga simptom sakit dan radang beransur pulih. Sekiranya berlaku kesan jangkitan pada jantung, anda mungkin memerlukan rehat yang lebih lama
Pencegahan
Cara terbaik bagi mencegah demam reumatik ialah dengan merawat jangkitan sakit tekak dengan betul dan awal. Ini termasuk memastikan segala ubata sakit tekak diberi doktor dihabiskan.
Selain itu, amalkan juga amalan penjagaan kebersihan diri seperti:
- Menutup mulut apabila batuk dan bersin
- Membasuh tangan
- Mengelakkan kontak dengan mereka yang sakit
- Tidak berkongsi barangan peribadi dengan mereka yang sakit
Komplikasi
Tanda ini boleh dialami dan bertahan selama berbulan dan bertahun lamanya. Antara komplikasi jangka panjang penyakit ini adalah penyakit jantung reumatik. Antara keadaan jantung yang lain ialah:
- Aortic valve stenosis iaitu apabila injap jantung menjadi sempit
- Aortic regurgitation iaitu apabila injap jantung menjadi longgar
- Kerosakan pada otot jantung kerana keradangan yang melemahkan otot jantung dan membuatkan jantung menjadi kurang efisien
- Atrial fibrillation iaitu apabila kadar degupan jantung menjadi tidak sekata
- Kegagalan jantung iaitu apabila jantung tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan.
Cadangan termometer yang bagus
Jenis Demam yang Lain
Demam Ruam | Demam Campak |
Demam Kuning | Demam Reumatik |
Demam Berpanjangan | Demam Malaria |
Demam Denggi | Demam Kepialu |
Demam Sawan | Demam Virus |
Rujukan:
- Rheumatic Fever – Healthline.