Apakah punca kepada masalah diabetic ketoacidosis dan rawatannya? Aritkel ini akan membincangkan berkenaan perkara ini.
Isi Kandungan |
Pengenalan
Hormon insulin adalah satu hormon yang dihasilkan daripada organ yang bernama Pankreas. Hormon insulin mempunyai beberapa fungsi yang berperanan untuk mengawal keseimbangan fungsi badan terutama dalam proses metabolisma badan.
Antara fungsi insulin paling penting ialah mengawal kadar gula atau glukosa dalam darah. Ia akan mengatur bagaimana tubuh menggunakan lemak dan bagaimana tubuh menyimpan glukosa serta lemak.
Cara insulin bekerja adalah dengan menghantar signal ke sel otot untuk mengambil glukosa daripada darah dan seterusnya menyimpan sebagai lemak untuk kegunaan tenaga. Insulin juga akan membantu penukaran glukosa kepada glikogen yang akan disimpan di organ hati.
Apabila mempunyai gangguan pada penghasilan dan fungsi insulin, maka tubuh akan mula tidak seimbang terutama dalam mengawal kadar gula dalam darah. Inilah satu keadaan yang sentiasa berlaku iaitu penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus.
Namun, adakah anda sedar bahawa kesan daripada kencing manis atau Diabetes Mellitus ini ia akan membawa kepada satu komplikasi yang lain yang dinamakan sebagai Diabetec Ketoacidosis.
Dalam artikel ini akan membincangkan secara ringkas mengenai Diabetec Ketoacidosis.
Apakah itu Diabetic Ketoacidosis (DKA)?
Diabetec Ketoacidosis adalah satu komplikasi yang sangat serius terhasil daripada penyakit Kencing manis (Diabetes Mellitus) yang menyebabkan badan menghasilkan jumlah darah berasid dan glukosa yang sangat tinggi, dipanggil sebagai ketone.
Apakah itu ketone dan bagaimana ia terhasil?
Ketone ini adalah satu bahan kimia yang berasid terhasil daripada proses pencernaan lemak yang dipanggil sebagai ketogenesis. Ketone ini dihasilkan oleh organ hati dan berfungsi untuk memberi tenaga tambahan kepada sel otot jika badan kekurangan insulin.
Secara normal ketone ini tidak memberi masalah kepada badan terutama jika badan kekurangan insulin kerana ia berfungsi untuk memberi tenaga, namun jika seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus, ketone ini akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan.
Oleh sebab penyakit kencing manis mempunyai masalah kurang penghasilan insulin atau jumlah insulin yang tidak cukup untuk mengawal kadar gula dalam darah, maka ia akan menyebabkan lebih banyak ketone akan dihasilkan.
Oleh sebab itu, penghasilan ketone yang banyak dalam darah akan memberi ancaman kepada badan, seterusnya akan menyebabkan DKA.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Punca Diabetic Ketoacidosis
Seperti mana dimaklumkan pada awalnya, jika insulin tidak dapat dihasilkan dalam jumlah yang secukupnya maka penghasilan ketone akan berlaku untuk memberi mengambil alih tugas insulin bagi memberi tenaga kepada sel otot.
Dalam Diabetic Ketoacidosis ini glukosa tidak dapat digunakan oleh sel dan menyebabkan bilangan glukosa semakin bertambah dalam darah seterusnya menghasilkan ketone yang banyak dalam darah. Jika ketone terlampau banyak dalam darah, maka ia akan menyebabkan darah menjadi berasid dikenali sebagai ketoasidosis.
Antara punca DKA ini berlaku adalah:
- Sejarah kencing manis (Type 1 Diabetes Mellitus)
- Kerap terlepas pengambilan insulin.
- Serangan jantung.
- Penggunaan alkohol dan pengambilan dadah
- Jangkitan kuman yang teruk.
- Beberapa jenis ubat seperti corticosteroid
Simptom Diabetic Ketoacidosis
Diabetic Ketoacidosis mempunyai beberapa simptom yang boleh dikenal pasti. Jika DKA ini tidak dirawat dengan segera ia boleh membawa kepada koma dan kematian. Antara simptom DKA adalah:
- Dahaga yang berlebihan.
- Kerap kencing.
- Loya dan muntah.
- Sakit dibahagian abdomen.
- Rasa lemah dah cepat letih.
- Sesak nafas.
- Dehidrasi.
- Sakit kepala.
- Kering dibahagian kulit dan mulut.
Ujian Pemeriksaan
Jika doktor mengesyaki anda mengalami DKA, ia akan melakukan beberapa kaedah penyiasatan bagi mengenal pasti punca yang berlaku.
1. Ujian darah:
- Kandungan gula dalam darah: kandungan gula dalam darah akan meningkat (hyperglycemia) jika hormon insulin berkurang dan tidak cukup untuk mengawal kadar gula dalam darah.
- Paras ketone: Mengukur jumlah ketone dalam darah.
- Tahap keasidan darah: Ketone akan menyebabkan darah lebih berasid.
Perlu diketahui bahawa bacaan gula dalam darah ketika pesakit mengalami adalah sangat tinggi.
2. Ujian penyiasatan lain:
- Ujian elektrolit darah – Keasidan darah boleh mengganggu elektrolit yang lain yang boleh menyebabkan komplikasi pada jantung
- Ujian air kencing. – Untuk memeriksa sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman dalam saluran air kencing
- X-ray – Untuk mengesan jangkitan kuman dalam paru-paru
- Electrocardiogram – Untuk mengesan serangan sakit jantung
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi yang akan berlaku jika berlakunya DKA ini. Komplikasi ini akan berlaku selepas kesan daripada rawatan yang diambil:
- Kandungan gula dalam darah rendah (Hypoglycemia): Jika insulin diberikan untuk merawat semula kandungan gula dalam darah, ini akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi rendah.
- Kandungan potassium dalam darah rendah (Hypokalemia): Jika potassium rendah dalam darah, ini akan memberi kesan kepada jantung, otot dan saraf.
- Bengkak di bahagian otak (Cerebral edema)
Rawatan Diabetic Ketoacidosis
Jika anda telah disahkan mengalami DKA, anda akan menerima beberapa rawatan:
- Penggantian cecair (fluid replacement): Pesakit akan menerima cecair sama ada melalui mulut atau intervena sehingga pesakit kembali rehidrasi. Cecair ini berfungsi untuk mencairkan semula darah selepas mempunyai kandungan darah yang tinggi.
- Penggantian elektrolit (electrolyte replacement): Elektrolit seperti sodium (Na), potassium (K), dan Chloride (Cl) membantu untuk mengembalikan semula fungsi jantung, otot dan sel saraf.
- Insulin: Semestinya insulin akan diberikan untuk menurunkan semula kandungan gula dalam darah ke paras yang normal semula.
- Dialisis: Jika pH darah terlalu rendah, elektrolit tidak seimbang ataupun fungsi buah pinggang merosot, pesakit mungkin perlu menjalani dialisis untuk membetulkan semua parameter dalam badan pesakit semula
Secara kesimpulannya, tujuan rawatan bagi DKA ini adalah untuk membetulkan semula kandungan gula dalam darah dan menggantikan cecair dalam badan yang telah hilang.
Namun, jika anda muntah yang berpanjangan, tidak lalu makan, dan kandungan gula dalam darah adalah tinggi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera mungkin untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.
Rujukan:
- Mayo Clinic – Diabetic Ketoacidosis
- Medline Plus – Diabetic Ketoacidosis
- Healthline – Diabetic Ketoacidosis
- Diabetes.org – Diabetic Ketoacidosis
- Endocrineweb.com – What is insulin?