Skip to content

Bernafas Laju: Punca dan Rawatan

Apakah punca kepad masalah bernafas laju. Artikel ini akan menerangkan punca spesifik yang menyebabkan masalah ini berlaku berserta rawatan-rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Bernafas Laju
  3. Punca Berdengkur
  4. Bilakah perlu berjumpa doktor
  5. Rawatan Bernafas Laju
  6. Pencegahan

Pengenalan

Perasankah anda? Tiap kali anda bersukan, atau mengangkat barang-barang berat, pasti pernafasan anda menjadi lebih laju dan lebih dalam? Ini berlaku kerana badan kita bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak bekalan oksigen untuk organ-organ badan kita. Oksigen ialah medium asas yang diperlukan oleh setiap organ untuk berfungsi dengan baik.

Maka, normalnya, makin aktif organ kita, makin banyak oksigen yang kita perlukan. Namun, bagaimana pula jika kita bernafas laju dan dalam, sedangkan badan kita dalam keadaan rehat? Ini bermaksud badan kita mempunyai masalah untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi untuk badan kita.



Hal ini terjadi mungkin kerana kurang udara yang dapat memasuki hidung dan mulut anda, atau amat sedikit oksigen yang dapat mengalir ke dalam darah.

Punca Bernafas Laju

Berikut adalah antara punca-punca berlakunya masalah ini:

1. Demam atau Selsema

Ketika demam atau selsema, pesakit sering menghadapi masalah hidung tersumbat. Hal ini menyebabkan makin susah untuk oksigen melepasi lubang hidung untuk ke paru-paru.

Demam juga akan menyebabkan penghasilan hingus semakin meningkat dan membuatkan hidung makin tersumbat. Tanda-tanda yang dapat dikesan akibat daripada demam ialah:

  • Keluar discharge daripada hidung
  • Bersin
  • Batuk-batuk
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Nafas berbau


2. Alergi (Alahan)

Alergi ialah reaksi sistem pertahanan badan kita kepada sesuatu yang seharusnya tidak merbahaya, seperti debunga, spora, dan rerumput.

Perkara-perkara yang menyebabkan berlaku reaksi alergi dalam badan kita dipanggil sebagai alergen. Dan semasa alergi berlaku, badan kita akan merembes histamin. Tindak balas alergi akan menghasilkan simptom-simptom:

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Mata berair
  • Gatal-gatal
  • Rasa mual
  • Cirit-birit

Mungkin simptom-simptom di atas bagaikan tidak merbahaya bagi kita. Namun kita harus elak daripada menghadapi tindak balas alergi yang serius iaitu anaphylaxis.

Hal ini kerana anaphylaxis dapat mengancam nyawa kita kerana mampu menyebabkan mulut dan tekak kita membengkak, menyebabkan kita sukar untuk bernafas.

Anaphylaxis merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan segera.

3. Asma

Asma ialah penyakit kronik yang menyebabkan keradangan pada saluran udara di dalam paru-paru. Situasi ini mengakibatkan kesukaran untuk udara masuk ke dalam paru-paru, menyebabkan kurang bekalan oksigen untuk badan kita. Antara simptom yang berlaku akibat daripada asma ialah:



  • Berbunyi ketika bernafas kesan daripada saluran pernafasan yang sempit
  • Batuk-batuk
  • Sukar untuk bernafas
  • Sesak dada

Penyakit asma dapat dirawat dengan menggunakan ubat sedut corticosteroid untuk membuka saluran pernafasan dengan lebih luas untuk memudahkan anda untuk bernafas.

4. Jangkitan Bakteria atau Virus

Situasi ini berlaku apabila sistem pernafasan kita telah dijangkiti bakteria atau virus. Antara penyakit yang berlaku akibat mikroorganisma tersebut ialah pneumonia, bronkitis dan batuk kering (tuberculosis).

Antara tanda-tanda faktor ini ialah:

  • Batuk-batuk
  • Demam
  • Rasa penat
  • Pening kepala
  • Rasa tidak selesa pada dada
  • Anoreksia atau hilang selera untuk makan

Dan cara untuk merawat penyakit ini adalah dengan menggunakan antibiotik untuk jangkitan bakteria. Manakala jangkitan virus dapat dirawat dengan ubat antivirus seperti penicilin. Namun, selalunya ia akan pulih dengan sendiri dalam seminggu atau dua minggu.

5. Obesiti

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak ideal dengan ketinggian. Penyakit ini merupakan penyakit yang popular di kalangan warga Malaysia.

Doktor dapat mengesahkan pesakit menghadapi obesiti jika nilai ‘Body mass index’ (BMI) seseorang itu ialah 30 atau lebih. Pesakit obesiti sering menghadapi kesukaran untuk bernafas terutamanya selepas aktiviti lasak, menyebabkan nafas penghidap obesiti menjadi laju dan dalam.



Obesiti juga merupakan punca kepada komplikasi yang lain seperti penyakit jantung dan diabetes. Faktor ini dapat dirawat dengan mengurangkan berat badan melalui diet pemakanan harian dan sukan berkala.

6. Kebimbangan (Anxiety)

Kadangkala faktor nafas menjadi laju bukan hanya kerana masalah fizikal, tetapi kesan psikologi.

Semasa anda menghadapi rasa kebimbangan atau anxiety, anda akan merasa cemas, badan menjadi semakin tegang, dan pernafasan anda menjadi semakin laju. Dada anda juga mungkin akan  merasa sakit.

Antara simptom yang lain:

  • Denyutan jantung yang laju
  • Pening kepala
  • Banyak berpeluh
  • Badan menggeletar
  • Diarrhea

Anda boleh rawat anxiety melalui terapi dan ubat antianxiety.

7. Chronic obstructive pulmonary disease (COPD)

COPD ialah penyakit paru-paru yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas akibat daripada bronkitis yang kronik dan emphysema. Pesakit sukar untuk bernafas kerana kadar udara yang dapat masuk dalam badan berkurang.



Antara simptom COPD ialah:

  • Batuk yang kronik
  • Nafas menjadi pendek
  • Penat
  • Penghasilan mucus meningkat
  • Berbunyi ketika bernafas kesan daripada saluran pernafasan yang sempit

Simptom-simptom ini dapat diuruskan dengan rawatan ubat, pemulihan saluran pernafasan, serta pembekalan oksigen.

8. Kanser Paru-paru

Bernafas laju berlaku akibat daripada kesukaran untuk bernafas. Situasi ini ungkin merupakan tanda kita dihidapi kanser paru-paru, terutamanya bagi mereka yang sudah berada di fasa yang semakin parah.

Kes kanser paru-paru lebih banyak berlaku dalam kalangan warga emas berbanding mereka yang masih muda. Antara tanda-tanda lain yang dapat dikesan ialah:

  • Batuk-batuk
  • Sakit dada
  • Suara menjadi kasar
  • Kahak menjadi banyak
  • Batuk berdarah

Cara untuk merawat kanser bergantung kepada fasa dan saiz kanser tersebut, serta tahap kanser tersebut merebak.

9. Lemah Jantung

Anda akan menghadapi lemah jantung apabila anda menghidapi penyakit jantung atau koronari arteri yang akan menyebabkan jantung anda tidak dapat mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan.



Sesak nafas berlaku akibat daripada kebocoran bendalir atau cecair ke dalam paru-paru. Simptom lain yang dapat dikesan ialah:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah yang membuatkan seseorang tidur berdengkur?

Pernahkah anda ditegur oleh teman rumah anda bahawa anda amat bising semasa tidur? Anda mungkin tidak perasan kerana anda sendiri tidak dapat saksikan kerana anda sedang tidur.

Antara punca yang sering menyebabkan masalah ini berlaku ialah ‘obstructive sleep apnea’. Dalam kes ini, otot tekak anda akan relaks dan mengendur lalu menyekat saluran pernafasan anda. Kondisi ini akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas ketika tidur, menyebabkan badan anda berusaha untuk mengambil nafas.

Akibatnya, bunyi kuat akan terhasil daripada saluran pernafasan anda yang semakin sempit itu. Antara tanda lain untuk mengecam anda menghadapi masalah tersebut ialah:

  • Berdengkur kuat
  • Sakit kepala selepas bangun tidur
  • Mengantuk pada siang hari
  • Sukar untuk memberi tumpuan esoknya

Situasi ini boleh dirawat dengan menggunakan sebuah alat peranti khas yang mengandungi topeng mulut yang membekal udara ke dalam mulut anda semasa tidur. Alat tersebut akan memberi tekanan kepada saluran pernafasan anda supaya ia sentiada terbuka dan memudahkan untuk anda bernafas.

Bilakah anda Perlu berjumpa Doktor?

Jika anda bernafas laju dan tidak sembuh sehingga dalam satu hingga dua minggu,anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor atau jika anda mempunyai simptom berikut:

  • Nafas semakin laju dan dalam
  • Sakit dada
  • Sesak dada
  • Mulut anda membengkak
  • Tekak terasa sempit
  • Kahak berdarah
  • Pening kepala sehingga pengsan
  • Jika berlaku pada kanak-kanak atau orang tua

Rawatan Masalah Bernafas Laju

Setiap rawatan untuk bernafas laju bergantung kepada punca masing-masing.

  1. Punca daripada paru-paru seperti asma dan COPD:
    • Ubat bronchodilator
    • Terapi oksigen.
  2. Demam, selsema,dan jangkitan saluran pernafasan:
    • Antibiotik untuk jangkitan bakteria.
    • Antihistamin untuk melegakan radang di saluran hidung.
    • Kurangkan bengkak pada saluran hidung menggunakan semburan steroid atau nasal decongestant.
  3. Lemah jantung
    • Rawatan ubat seperti diuretik dan beta-blocker.
    • Implantasi peranti pada jantung untuk menyokong organ tersebut berfungsi dengan baik.
    • Pembedahan jantung.
  4. Kanser paru-paru
    • Kemoterapi.
    • Rawatan radiasi.
    • Immunoterapi.
    • Pembedahan untuk menyingkirkan tumor tersebut.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan masalah ini?

Berikut ialah langkah-langkah yang boleh anda amalkan:



  • Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
  • Sentiasa cuci tangan anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Jaga jarak antara anda dengan orang-orang yang sakit.
  • Berhenti merokok.
  • Dapatkan rawatan alergi daripada doktor.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit Pinggang Sebelah KananSakit Perut Berpanjangan
Sakit Kepala BerdenyutBatuk Berpanjangan
Sakit DadaSakit Bahu
Kuat BerpeluhKetiak Berbau
Muntah Hijau dan KuningSakit Kepala Berpanjangan
Selesema BerpanjanganRasa Tercekik
TercekikBernafas Laju
Buku Lali Bengkak

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Healthline – Heavy Breathing
  2. Dr. Ahmed Mowafy (2019). In Capsule Series Internal Medicine: Pulmonary. 4th edition. University Book Centre Sayed Mahmoud
Advertisements

2 thoughts on “Bernafas Laju: Punca dan Rawatan”

    1. Pergi klinik atau hospital puan. Ini mungkin kecemasan. Tidak dinasihatkan untuk bertanyakan hal yang mencemaskan secara online puan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × two =