Skip to content

Gigi Ngilu: Punca, Simptom dan Rawatan

Gigi ngilu sering dikaitkan dengan masalah gigi sensitif dimana pesakit akan merasa ketidakselesaan atau sakit pada bahagian yang terjejas. Keadaan ini sering berlaku apabila mengambil minuman sejuk, makanan yang manis ataupun ketika memberus gigi. Kita harus tahu bahawa gigi ngilu bukanlah normal dan amatlah dinasihatkan untuk mendapatkan susulan rawatan sebelum menjadi lebih teruk.

Simptom Gigi Ngilu

Secara asas, gigi ngilu bukanlah satu penyakit malah ia adalah salah satu simptom awal bagi penyakit seperti penyakit gusi dimana telah berlaku penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya  menyebabkan pendedahan akar gigi.

Namun begitu, karakter gigi ngilu yang paling dialami ramai adalah sakit yang berupa tajam,spontan dan hilang dalam beberapa saat selepas stimulus dikeluarkan.

Punca Gigi Ngilu



Amnya, masalah ini terjadi apabila terdapat hakisan pada enamel gigi (struktur paling luar gigi) sehingga mendedahkan dentin (struktur bawah lapisan enamel) yang berada di atas saraf rangsangan.

Antara punca lain gigi ngilu adalah seperti berikut: 

  • Teknik memberus gigi yang kurang tepat atau terlalu kuat sehingga menyebabkan penurunan gusi dan mendedahkan lapisan dentin di akar gigi.
  • Gigi berlubang yang tidak dirawat 
  • Gigi retak disebabkan mengunyah makanan keras atau kecederaaan.
  • Tabiat seperti menggesel atau mengetap gigi sehingga menyebabkan permukaan gigi haus
  • Tampalan lama gigi yang telah terhakis ataupun tercabut
  • Pengambilan makanan dan minuman yang mempunya konten asid yang tinggi secara berterusan sehingga menyebabkan proses hakisan pada gigi.
  • Penggunaan bahan-bahan pemutih gigi ‘homemade’ seperti hidrogen peroksida atau serbuk penaik secara berlebihan sehingga permukaan gigi menjadi nipis.
  • Rawatan pemutihan gigi professional secara tidak terkawal tanpa pemeriksaan awal yang terperinci

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Gigi Ngilu

Bagi mengelakkan masalah gigi ngilu berlarutan, adalah amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi berdekatan dalam masa terdekat untuk mengetahui punca sebenar masalah tersebut dan mendapatkan rawatan susulan.

Setiap rawatan yang disediakan adalah bergantung pada punca akar masalah tersebut. Berikut adalah antara rawatan yang sering diberikan:

  1. Gigi sensitif
    • Aplikasi ubat gigi khas bagi menutup saluran tubul dentin yang mendatangkan sensasi ke saraf gigi.
  2. Gigi berlubang / tampalan tertanggal / Gigi retak
    • Tampalan atau gantian tampalan baharu
    • Tampalan atau rawatan akar bergantung pada tahap keretakan gigi
  3. Akar gigi terdedah
    • Rawatan gusi mengikut tahap masalah gusi tersebut
  4. Gigi haus
    • Pemakaian pendakap gigi lutsinar keras bagi mengatasi tabiat mengasah gigi

Alternatif lain adalah seperti pemakaian sarung gigi kekal seperti crown dan veneers. Namun, rawatan ini hanya digunapakai apabila terlalu banyak bahagian gigi yang terdedah sehingga rawatan minimal tidak dapat menangani masalah ini.

Pencegahan



Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah gigi ngilu ini daripada terjadi. Perkara tersebut adalah:

  1. Sentiasa memastikan kondisi kebersihan mulut dalam keadaan optimal dengan mempraktikkan cara berus gigi yang efektif serta penggunaan agen pembersih mulut yang tepat.
  2. Menggunakan ubat gigi berfluorida bagi meningkatkan kadar remineralisasi enamel gigi supaya lapisan dentin tidak terdedah.
  3. Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang berasid seperti limau dan minuman berkarbonat yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi, sebaliknya berselang-seli dengan air jarang/air mineral bagi menstabilkan pH dalam mulut.
  4. Gunakan berus gigi yang lembut. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan penggunaan berus gigi yang keras dalam membuang karang gigi. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan penyusutan gigi jika digunakan dengan teknik berus gigi yang tidak tepat dalam jangka masa panjang.

Masalah Gigi dan Gusi yang lain:

Gigi BerlubangGigi Ngilu
Gigi KuningGigi Goyang
Gigi TercabutGigi Rapuh
Sakit GigiGigi Rongak
Karies GigiGigi Hitam
Plak GigiGigi Jarang
Gusi HitamGusi Bernanah
Gusi BengkakGusi Berdarah
Gigi BongsuGigi Berlapis
Gigi Jongang

Rujukan:

  1. Jangan abaikan penyebab gigi ngilu, ini cara mengubatinya – ALODOKTER           
  2. Gigi Sensitif- Portal MyHealth
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =