Skip to content

Kekurangan Vitamin A: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca dan tanda kekurangan Vitamin A? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini.

Vitamin A merupakan sejenis vitamin larut lemak yang mempunyai fungsi penting di dalam badan. Ia terkandung di dalam makanan harian dan juga boleh diambil melalui suplemen. Vitamin A merangkumi beberapa jenis kompaun termasuk retinol, retinal dan retinyl-esters.

Jenis Vitamin A

Terdapat 2 jenis vitamin A yang terkandung dalam makanan.

  1. Retinol dan retinyl esters hanya terdapat dalam bahan berasaskan haiwan seperti tenusu, hati dan ikan.
  2. Carotenoid pula terkandung dalam bahan berasaskan tumbuhan seperti buahan, sayuran dan minyak.


Bagi menggunakannya, badan akan menukarkan kedua dua jenis vitamin A kepada retinol dan retinoic acid, iaitu vitamin A aktif. Memandangkan vitamin A adalah larut lemak, ia disimpan di dalam tisu bagi kegunaan akan datang.

Kebanyakan vitamin A dalam badan disimpan di dalam hati dalam bentuk retinyl esters. Ia kemudian akan ditukarkan kepada trans-retinol yang akan bergabung dengan protein sebelum memasuki saluran darah dan digunakan oleh badan.

Fungsi vitamin A

Vitamin A penting untuk kesihatan, menyokong pertumbuhan sel, sistem imunisasi, tumbesaran bayi dan penglihatan. Antara fungsi vitamin A ialah untuk penglihatan dan kesihatan mata.

Retinal iaitu vitamin A aktif bergabung dengan protein yang membantu penglihatan warna dan penglihatan dalam cahaya malap.

Ia juga membantu melindungi dan mengekalkan kesihatan kornea – lapisan paling luar pada mata dan juga konjunktiva – lapisan yang melindungi biji mata.



Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Sumber vitamin A

Sumber Vitamin A boleh dibahagian kepada 2 iaitu

  1. Pra-bentuk Vitamin A. Bagi jenis ini, ia sangat mudah diserap oleh badan dan digunakan
  2. Pro-bentuk Vitamin A. Bagi jenis ini pula, ia diserap seperti biasa. Akan untuk mengubahnya kepada bentuk Vitamin A yang aktif bergantung kepada beberapa faktor seperti keturunan, pengambilan ubat dan juga kesihatan individu tersebut

Sumber makanan yang kaya dengan Pra-bentuk vitamin A adalah seperti yang berikut:

  • Telur kuning
  • Hati lembu
  • Mentega
  • Pati Minyak ikan
  • Hati ayam
  • Salmon
  • Keju cheddar
  • Sosej hati
  • Ikan kembung
  • Ikan trout

Makanan yang kaya dengan Pro-bentuk carotene pula adalah:

  • Ubi keledek
  • Labu
  • Lobak merah
  • Kale
  • Bayam
  • Kubis
  • Lada benggala
  • Parsley
  • Labu air

Kebaikan vitamin A untuk badan

1. Vitamin A merupakan sejenis antioksidan yang bagus

Carotenoids seperti beta carotene, alpha carotene dan beta cryptocanthin adalah vitamin A dan mempunyai sifat antioksidan. Carotenoids membantu melawan radikal bebas – iaitu molekul reaktif yang boleh membahayakan badan dengan mencetuskan stres oksidatif.

Stres oksidatif banyak dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser dan penyakit degenerative seperti dementia dan Alzheimer. Diet yang tinggi dengan beta carotene iaitu Vitamin A dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser paru paru dan kencing manis.

2. Vitamin A penting untuk kesihatan mata dan mengelakkan degenerasi makula



Seperti yang telah dibincangkan di atas, vitamin A mempunyai tugas penting dalam memastikan fungsi penglihatan dan kesihatan mata.

Pengambilan vitamin A dalam pemakanan yang cukup membantu melindungi daripada beberapa penyakit mata seperti  age related macular degeneration (AMD) iaitu penyakit degenerasi makula dalam kalangan mereka yang berusia.

Kajian telah mendapati bahawa kandungan vitamin A yang tinggi dalam darah seperti beta carotene, alpha carotene dan beta cyptoxanthin boleh menurunkan risiko AMD sebanyak 25%.

Penurunan risiko ini terjadi kerana nutrien dalam carotenoid melindungi tisu makula dengan mencegah penghasilan stres oksidatif dan radikal bebas.

3. Vitamin A boleh melindungi daripada sesetengah kanser.

Disebabkan sifat antioksidan yang dimiliki, buahan dan sayuran yang kaya dengan karotenoid melindungi daripada beberapa jenis kanser.

Sebagai contohnya, kajian ke atas lebih 10000 orang dewasa perokok yang mengandungi lebih banyak beta carotene, alpha carotene dan beta crptoxanthin dalam badan mempunyai peratusan sebanyak 46-61% risiko lebih rendah untuk mati daripada kanser paru paru berbanding perokok yang mempunyai kandungan karotenoid yang lebih rendah.

Retinoid juga boleh menghalang penumbuhan sesetengah sel kanser seperti kanser pundi kencing, kanser payudara dan kanser ovari.



4. Vitamin A penting untuk kesuburan dan perkembangan janin.

Vitamin A memainkan peranan penting baik untuk pembiakan lelaki dan wanita kerana ia memberi kesan kepada penghasilan sperma dan ovum atau telur.

Ia juga penting untuk kesihatan tisu uri, tisu janin dan tumbesaran bayi dalam kandungan. Oleh itu, vitamin A penting kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan serta mereka yang sedang berusahan mendapatkan anak.

5. Vitamin A Meningkatkan prestasi sitem imun badan

Vitamin A menggalakkan respons yang melindungi badan dari penyakit dan jangkitan. Vitamin A terlibat dengan penghasilan banyak sel sel termasuk B sel dan T sel, yang memainkan peranan utama dalam penghasilan respons imun yang melindungi daripada penyakit.

Kekurangan vitamin A akan menyebabkan peningkatan penghasilan molekul inflamasi yang melemah sistem imun badan.

Kesan Kekurangan vitamin A dalam badan

Walaupun kekurangan vitamin A jarang terjadi dalam negara maju dan membangun seperti Amerika Syarikat, ia sangat kerap terjadi terutamanya di kawasan mundur kerana populasi disitu tidak mempunyai akses kepada makanan yang sihat.

Berikut merupakan antara komplikasi yang mungkin terjadi kerana kekurangan vitamin A:



  • Meningkatkan risiko jangkitan seperti measles dan cirit birit
  • Meningkatkan risiko anemia atau kurang darah merah dalam ibu mengandung
  • Meningkatkan risiko gangguan tumbesaran janin kerana tumbesaran terbantut
  • Masalah kulit seperti jerawat dan hyperkeratosis

Simptom Kekurangan Vitamin A

Terdapat beberapa simptom yang akan berlaku kepada pesakit jika mengalami kekurangan vitamin A ini. Ia adalah:

  1. Kulit kering. Vitamin A diperlukan untuk membina tisu kulit yang sihat. Kekurangan vitamin ini akan menjadi kecederaan pada kulit lambat baik dan juga menjadi salah satu punca kepada masalah kulit kering
  2. Mata kering. Salah satu simptom kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering disebabkan mata tidak mampu menghasilkan air mata yang secukupnya. Jika ia terlalu teruk, ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi buta
  3. Rabun Malam. Vitamin A adalah salah satu komponen penting dalam retina yang diperlukan untuk membantu dalam penglihatan ketika waktu gelap.
  4. Sukar untuk mendapat zuriat. Kekurangan Vitamin ini boleh menyebabkan telur(Ovum) dalam wanita dan sperma dalam lelaki mengalami masalah
  5. Terbantut pembesaran. Vitamin A merupakan salah satu keperluan untuk tumbesaran seseorang kanak-kanak
  6. Luka yang lambat sembuh.

Had pengambilan vitamin A

Had pengambilan vitamin A yang disarankan adalah 900mcg bagi lelaki dan 700mcg bagi wanita. Jumlah ini boleh didapati melalui pemakanan sahaja, tanpa memerlukan suplemen tambahan.

Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil vitamin A melebihi 3000mcg kerana ia boleh menyebabkan keracunan lebihan vitamin A. Berikut merupakan tanda tandanya:

Bagi mengelakkan keracunan, elakkan dari mengambil supleme dan makanan tambahan mengandungi vitamin A.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Gilbert C. (2013). What is vitamin A and why do we need it?Community eye health26(84), 65.
  2. Zhong, M., Kawaguchi, R., Kassai, M., & Sun, H. (2012). Retina, retinol, retinal and the natural history of vitamin A as a light sensor. Nutrients4(12), 2069–2096.
  3. Thorne-Lyman, A. L., & Fawzi, W. W. (2012). Vitamin A and carotenoids during pregnancy and maternal, neonatal and infant health outcomes: a systematic review and meta-analysisPaediatric and perinatal epidemiology26 Suppl 1(0 1), 36–54.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + seven =