Najis hitam adalah perubahan pada warna najis yang ketara. Terdapat beberapa punca utama kepada masalah ini seperti permakanan, pengambilan beberapa jenis suplemen dan juga pendarahan dalam saluran permakanan.
Punca najis hitam
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan najis hitam.
Makanan atau diet
Terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan najis menjadi sedikit gelap daripada biasa. Makanan tersebut adalah:
- Blueberry
- Cokelat
- Ubi bit merah
Ubat atau suplemen
Terdapat beberapa jenis ubat atau suplemen yang boleh menyebabkan najis berwarna gelap. Ubat-ubat tersebut adalah
- Charcoal(Arang)
- Bismuth – Selalu digunakan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik
- Ubat zat besi seperti ferrous fumarate, Zincofer, iberet ataupun obimin
Pendarahan dalam saluran permakanan
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan pendarahan dalam saluran permakanan. Punca-punca tersebut adalah:
1. Ulser perut
Jika terdapat ulser di dalam perut, ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan di dalam dan najis akan berwarna hitam.
Punca kepada ulser perut ini selalunya disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang lama dan juga jangkitan bakteria H. pylori
Terdapat juga simptom-simpton lain yang boleh berlaku bersama-sama dengan masalah ini. Ia adalah:
- Sakit atau pedih ulu hati
- Perut rasa kembung
- Perut berangin
- Muntah darah
- Kurang selera makan
- Badan lemah
Rawatan kepada masalah ini adalah bergantung kepada puncanya. Jika ia disebabkan ubat tahan sakit, maka pesakit diminta untuk memberhentikan pengambilan ubat tersebut
Jika ia disebabkan jangkitan bakteria, maka pesakit perlu mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.
2. Kanser
Kanser perut atau kanser usus boleh menyebabkan pendarahan yang kronik dalam saluran permakanan.
Ini disebabkan kanser adalah sel yang rapuh dan senang pecah. Ia mempunyai saluran darah yang sangat banyak hingga menyebabkan ia mudah pecah dan menyebabkan pendarah
3. Radang usus
Masalah radang usus seperti crohn’s disease ataupun ulcerative colitis akan membuatkan bahagian usus atau saluran permakanan ini lebih mudah mengalami pendarahan.
4. Masalah esofagus
Esofagus boleh mengalami beberapa jenis masalah yang boleh menyebabkan pendarahan di bahagian tersebut
Masalah itu adalah:
- Esophageal varices: Ia adalah keadaan dimana terdapat saluran darah yang besar dan membengkak dibahagian bawah saluran esofagus. Ia selalunya terjadi pada mereka yang mengalami masalah kerosakan hati
- GERD: Masalah ini disebabkan asid dalam perut refluks naik ke dalam saluran esofagus semula. Ini boleh menyebabkan luka dan pendarahan
Punca Najis hitam secara ringkas
Dari segi aspek pemakanan | Dari segi aspek ubat |
Pendarahan ulser dalam perut | Kanser Perut |
Kanser Usus | GERD |
Esophageal Varices | Radang Usus |
Simptom-simptom lain
Terdapat simptom-simptom lain yang boleh datang bersama dengan masalah najis hitam ini, ia adalah.
Pedih Ulu Hati | Perut Memulas |
Muntah Darah | Badan Lemah |
Berat badan turun | Kerap Muntah |
Kurang Selera Makan | Perut Berangin |
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Ujian untuk mengesan punca
Tidak semua ujian dibuat serentak untuk mengenali punca kepada masalah najis hitam ini. Selalunya doktor akan bertanyakan tentang permakanan pesakit sama ada pesakit mempunyai sejarah mengambil makanan ataupun ubat yang boleh menyebabkan najis berwarna hitam.
Jika tiada barulah tanda-tanda lain akan diperiksa daripada pesakit untuk mengetahui punca-puncanya
1. Oesophago-gastro-duodenoscopy
Ini adalah prosedur dimana kamera dimasukkan ke dalam saluran pencernaan melalui mulut untuk melihat keadaan esofagus dan perut. Penting untuk mengesan punca pendarahan
2. Colonoscopy
Ini adalah satu prosedur dimana kamera akan dimasukkan ke dalam dubur untuk melihat keadaan di dalam usus besar.Penting untuk mengesan punca pendarahan
3. Fungsi hati
Mereka yang mengalami esophageal varices selalunya mengalami masalah hati. Oleh itu, dengan mengambil darah untuk mengesan fungsi hati, kita sedikit sebanyak tahu apakah yang menyebabkan pendarahan dalam seseorang itu berlaku.
Bahkan fungsi hati yang tidak normal juga akan menyebabkan protein untuk pembekuan darah tidak dapat dihasilkan dengan mencukupi. Ini juga akan menyebabkan seseorang terdedah dengan pendarahan yang sukar untuk dihentikan.
Rujukan:
- Sami, S. S., et al. (2013). Review article: Gastrointestinal angiodysplasia – pathogenesis, diagnosis and management. – Online Library Wiley
- Symptoms & causes of GER & GERD. (2014). – National Institute of Health
- Symptoms & causes of GI bleeding. (2016). – National Institute of Health
- Symptoms & causes of peptic ulcers (stomach ulcers). (2014). – National Institute of Health
Hai sy nak tanya sy ade masalah sakit dalam perut dan sukar bernafas.pernafasan sy tersekat di tenggah2 diantara perut dan dada
Ia boleh disebabkan beberapa punca. Punca yang paling bahaya adalah boleh disebabkan sakit jantung. Jadi selalunya jika datang ke klinik kesihatan, doktor akan melakukan pemeriksaan ECG terlebih dahulu untuk melihat sama ada puan mempunyai masalah jantung atau tidak
Selain dari itu punca yang selalu dihadapi oleh orang Malaysia adalah Gastroesophageal Reflux Disease(GERD) dimana asid dalam perut refluks naik ke atas saluran esofagus. Ini menyebabkan makanan dalam saluran esofagus menolak saluran pernafasan(trakea) dihadapan dan pesakit akan komplain susah untuk bernafas. Simptom susah bernafas ini akan semakin teruk pada waktu baring. Oleh itu, pesakit akan cakap waktu malam simptom susah bernafas ini akan menjadi semakin teruk.
Pesakit GERD ini juga akan mengadu simptom lain seperti: