Sakit leher adalah sesuatu masalah yang selalu berlaku di kalangan masyarakat. Tulang, ligamen, otot yang memberi sokongan kepada kepala boleh cedera dan menyebabkan kesakitan dibahagian leher.
Kebanyakkan sakit leher adalah disebabkan postur badan yang tidak betul menyebabkan tekanan yang berlebihan dibahagian leher.
Selalnya sakit leher bukanlah disebabkan masalah yang serius. Tetapi jika ianya terlalu sakit, berlaku secara berpanjangan dan mempunyai simptom-simptom lain, pesakit perlulah dibawa pergi ke hospital dengan segera.
Punca sakit leher
Sakit leher mempunyai pelbagai penyebab dan punca
1. Ketegangan otot
Ia selalunya disebabkan aktiviti ataupun sikap seseorang
- Berdiri dan duduk dengan postur yang salah
- Duduk bekerja dimeja dalam satu masa yang panjang tanpa mengubah posisi
- Tidur dengan posisi yang salah
- Suka menggerakkan leher dengan laju ketika bersenam
2. Kecederaan
Struktur di kawasan leher mudah untuk tercedera terutamanya ketika terjatuh, eksiden atau sewaktu bersukan. Jika struktur seperti tulang, ligamen dan juga otot tercedera, ia akan menyebabkan kawasan leher menjadi sakit.
Jika tulang patah iaitu tulang belakang, ia mungkin akan menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian
3. Serangan sakit jantung
Leher sakit juga boleh menjadi salah satu tanda serangan sakit jantung. Tetapi selalunya pesakit juga akan mempunyai simptom yang lain seperti:
- Sesak nafas
- Berpeluh dengan banyaknya
- Loya dan muntah
- Sakit tangan sebelah kiri dan sakit dagu
4. Meningitis
Meningitis adalah jangkitan kuman pada selaput otak. Mereka yang mengalami jangkitan kuman ini selalunya akan mengalami demam, sakit kepala dan juga sakit leher. Lehernya seolah-olah keras. Jika kita cuba untuk membengkokkannya, pesakit akan menjerit kesakitan
5. Penyebab lain
Terdapat juga penyebab-penyebab lain seperti:
- Rheumatoid arthritis
- Osteoporosis – Tulang rapuh
- Fibromyalgia – keadaan dimana otot menjadi sakit pada keseluruhan badan
- Spondylosis
- Slipped disc
- Systemic lupus erythematosus
Bila perlu berjumpa dengan doktor?
Terdapat beberapa keadaan dimana pesakit perlulah berjumpa dengan doktor. Keadaan tersebut ialah:
- Sakit yang lebih daripada seminggu
- Sakit yang teruk
- Sakit yang disebabkan trauma
- Mempunyai benjolan di leher
- Sakit kepala yang kuat
- Muntah-muntah
- Susah untuk menelan
- Tangan dan kaki menjadi lemah
- Kebas
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Penyiasatan
Sakit leher selalunya boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan terutamanya jika ia berpunca pada postur yang tidak betul.
Tetapi jika ia disebabkan perkara-perkara lain, beberapa ujian perlu dilakukan
- X-ray leher: Jika pesakit baru sahaja mengalami trauma seperti kemalangan jalan raya. X-ray leher merupakan suatu perkara yang wajib untuk melihat samada leher pesakit mempunyai tulang patah ataupun tidak
- Electrocardiogram: Perlu dilakukan jika pesakit mengadu sakit dada, sesak nafas ataupun sakit ulu hati untuk mengesan serangan sakit jantung
- Pengambilan air tulang belakang: Perlu diambil jika pesakit disyaki menghadapi jangkitan pada selaput otak (meningitis). Ia bertujuan untuk mengetahui jenis kuman yang menyebabkan jangkitan tersebut.
- Terdapat juga beberapa ujian lain yang lebih spesifik untuk mengetahui punca kepada masalah sakit leher ini
Rawatan
Kebanyakkan sakit leher adalah disebabkan masalah postur badan. Ia boleh baik dengan sendirinya apabila seseorang itu membetulkan posturnya.
Tetapi jika sakit tersebut mengganggu, ada beberapa rawatan yang boleh dicuba. Ia adalah:
- Letakkan ais pada kawasan yang sakit
- Regangkan otot
- Duduk secara menegak dengan kerusi yang sesuai
- Elakkan menggunakan bantal yang terlalu leper atau lembik
- Pengambilan ubat tahan sakit
- Pengambilan ubat relakskan otot
Penyakit lain yang berkaitan:
Sakit Tumit | Sakit Pergelangan Tangan |
Sakit Belakang | Sakit Leher |
Sakit Rusuk | Sakit Lutut |
Sakit Otot | Sakit Muka |
Sakit Sendi | Sakit Tapak Kaki |
Sakit Pinggang | Sakit Bahu |
Rujukan:
- Mayo Clinic Staff. (2015). Neck pain.
- Neck pain. (2013).orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=A00231